Wednesday, February 11, 2009

Satu Perarakan Aman - Laporan Polis Di Buat Ke Atas Kebiadapan Karpal Singh Menyaman Paduka Seri Sultan Perak





Shah Alam 11hb.Feb'2009, Kebiadapan Karpal Singh yang ingin menyaman Paduka Seri Sultan Azlan Shah menyebabkan satu laporan polis lagi dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam.
Seramai 2000 orang turut serta yang terdiri dari ahli UMNO sekitar Selangor dan NGO di dalam perhimpunan aman ini.Laungan "Daulat Tuanku" serta lagu "Inilah Barisan Kita" mengiringi perarakan menuju ke Balai Polis.
6 perkara antara laporan yang dibuat:

1.Tindakan Pengerusi DAP,YB Karpal Singh mengemukakan saman terhadap Paduka Seri Sultan Perak adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah berniat jahat yang bertujuan mengheret institusi di Raja ke kancah skandal umum.
2.YB karpal Singh sebagai pengamal undang-undang sedia maklum bahawa tindakan Sultan dalam kapasiti di Rajanya tidak boleh dipersoal di mahkamah, bahkan Karpal pernah mencuba tindakan sebegini pada masa lampau dan gagal.
3.Majlis peguam juga telah memberi pandangan undang-undang bahawa tindakan Sultan dalam kapasiti di Raja adalah di luar bidang kuasa mahkamah.
4.Tindakan menyalahguna proses mahkamah untuk mengheret institusi ini ke kancah skandal dalam keadaan Karpal Singh mengetahuinya adalah satu tindakan yang jahat serta biadap dan mempunyai unsur-unsur hasutan bersifat jenayah.
5.Saya menyeru pihak polis di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan peguam Negara untuk mengkaji setiap aspek Pliding & Hujah YB Karpal Singh di mahkamah nanti.Samada ianya bersifat hasutan dan sebaliknya. Tiada perlindungan (Privilege) di sisi undang-undang untuk perbuatan hasutan meskipun ianya dilakukan di mahkamah.
6.Kami warganegara dan kerakyatan Malaysia, khusus orang-orang Melayu sangat terguris hati dan marah atas penghinaan yang telah dilemparkan oleh YB Karpal Singh kepada Paduka Seri Sultan Perak dan Raja-Raja Melayu.
Saf 20.24 (R)