Sunday, February 8, 2009

Usaha yang dijalankan bagi memastikan orang susah terpelihara di bawah DUN KUANG



Kg.Setia 8hb.Feb'09, Dalam ucapan perasmian program yang dianjurkan oleh Biro Penjaja dan Peniaga Kecil UMNO Bhg.Selayang,selain mengucapkan terima kasih kepada Otai Franchise Sdn.Bhd. kerana sudi memberi kerjasama di dalam menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat DUN Kuang dan sekitarnya tanpa mengira fahaman politik.
Apa yang penting masyarakat perlu mengambil peluang yang ada bagi meningkatkan ekonomi di dalam menempuh kehidupan ini. Peluang ini juga bukan sahaja disasarkan kepada mereka yang tidak berkerja malah juga kepada mereka yang sudah mempunyai pekerjaan. Beliau bangga anak muda bumiputra ini ( En.Shuhaimi Bin Abas - CEO Otai ) dapat bersaing di dalam pasaran global dan memberi kesempatan dari usahanya membantu masyarakat yang ingin berniaga.
Sebagai seorang Wakil Rakyat, sudah semestinya memastikan usaha sebegini diadakan bagi membolehkan masyarakat mengambil peluang yang ada. Tambahan beliau hampir RM250,000.00 sebulan secara tunai diperlukan membantu masyarakat susah yang berada di DUN Kuang. Kita tidak dapat bantuan sesenpun dari kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat malah kewangan bagi kawasan DUN Kuang disalurkan kepada orang mereka.
Bantuan yang kita dapat adalah dari agensi persekutuan seperti Kementerian Luar Bandar & Wilayah dan sebagainya.Kesempatan ini saya nak nyatakan sesiapa yang memerlukan bantuan membina rumah serta membaiki kerosakan rumah yang uzur, bagi mereka yang dikategorikan sebagai orang susah (yang mempunyai geran ) bolehlah berjumpa saya dan di mana, insyaallah saya cuba membantu dengan peruntukkan sebanyak RM33,000.00 (membina rumah) dan RM11,000.00 (membaik pulih) secara percuma.
Saya juga berharap agar kita mengunakan kesempatan ini dengan betul dan berhikmah....

Saf 18.04 (A)