Monday, August 24, 2009

Majlis Perasmian Penutup Ceriathon Sek.Men.Bandar Tasik Puteri


Bandar Tasik Puteri, kehadiran YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus di dalam majlis perasmian penutup Ceriathon memberi nafas baru, apabila beliau menyumbangkan sedikit peruntukkan bagi menjayakan majlis Ceriathon itu.
Beliau juga mengingatkan para guru agar memberi didikan sempurna kepada anak-anak dan janganlah berpolitik di sekolah sehingga menjejaskan serta hilang rasa tanggungjawab yang diamanahkan di dalam mendidik anak-anak.Tidak salah jika hendak berpolitik, tetapi di luar bukannya menghasut anak-anak di sekolah, ujarnya. Dalam majlis ini juga turut hadir sama ialah, wakil pejabat pendidikan daerah gombak, pimpinan UMNO dan masyarakat Bandar Tasik Puteri.
Ingin lihat gambar lain ---> Klik sini
Saf 12.00T/H

Majlis Tahlil - Sambutan Ramadhan Al-Mubarak




20 Ogos 2009, Majlis tahlil sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang diadakan di rumah YB Abdul Shukur pada hari khamis malam jumaat baru-baru ini.
Majlis ini dihadiri oleh semua pimpinan UMNO di peringkat akar umbi termasuk kepimpinan UMNO BTP.Di majlis ini juga YB memaklumkan Perdana Menteri Malaysia akan turun berbuka puasa dan bersembahyang tarawih bersama penduduk di Kuang pada 1 September 2009 hari selasa di masjid Kuang bt.20.
Beliau juga meminta orang ramai datang beramai-ramai, menyambut kehadiran PM.
Saf 11.51am

Thursday, August 20, 2009

AYUH BANGKIT KEMBALI AHLI UMNO - TAWAN SELANGOR


SELANGOR BANGKIT : DAULAT TUANKU! KAMI SEDIA MEMERANGI PAKATAN HARAM SELANGOR !!



takbir takbir takbir ! nampaknya kerajaan pakatan haram selangor mendapat penampar pertama daripada kebawah duli tuanku sultan selangor !ampun tuanku, kami antai pakatan haram sedia berjihad memerangi pakatan haram selangor. janji kami akan kami serang sampai rakyat mencapai kemenangan ! tuanku, halau sahaja munafik-munafik adun pakatan selangor ini keluar dari bumi selangor ! tuanku, kenapa selangor makin huru hara ? kerana ada sebahagian adun-adun pakatan ini BUKAN ANAK SELANGOR , terutamanya daripada adun pkr ! halau sahaja tuanku mangkok hayun pkr ni !Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu."Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri. "Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda, lapor Bernama. Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun."Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Kecelaruan 'syurga' Pas - Jangan gadai agama dan bangsa demi kepentingan politik sempit

ISU "syurga, neraka serta mengkafirkan UMNO" berlaku seawal 1986. Namun ia tidak bererti ia terhenti begitu sahaja. 'Rekod lama' itu kini dimainkan semula. Lebih-lebih lagi dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir ketika ini.
Pada 1990, bekas Ahli Jawatankuasa Lujnah Undang-Undang Pas Pusat, Suhaimi Said pernah meminta ulama Pas supaya berhenti daripada membuat pelbagai hukum dan fatwa yang boleh mengelirukan ahli sedangkan hukum-hukum itu berubah-ubah tanpa menentu.
"Sekejap halal, sekejap haram, sekejap kafir dan sekejap tidak kafir," tegasnya.
Fatwa yang tidak menentu seperti itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai tetapi ahli Pas berkecamuk sesama sendiri. Akhirnya timbullah pelbagai kumpulan dengan dasar serta pemikiran tersendiri sehingga tidak boleh dikawal lagi.
Bagaimanapun, persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang kafir sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas?
Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja?
Hakikatnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini. Malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula, baik oleh ahli sendiri mahupun umat Islam.
Begitupun dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam khususnya para pengikut Pas yang barangkali bersikap "apa yang dikatakan oleh tok guru semuanya betul", maka Pas khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu menjawab soalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan rakan-rakan komponennya, MCA dan MIC sebagai kafir.
Pernah pada 1995, terdapat seorang pemimpin Pas yang berkata, orang beragama Islam tidak boleh mengundi calon daripada kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam.
"Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya," kata laporan itu.
Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: "Bagaimana pula kerjasama yang terjalin antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP?
Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang dikecualikan? Bagaimana pula kerjasama Pas dan DAP yang diketuai Lim Kit Siang? Beliau secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas.
Adalah malang bagi pengikut Pas yang mempercayai bahawa hanya menjadi ahli parti itu, baru boleh masuk syurga.
Ironinya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang telah dikata dan dilakukan mereka.
Ketika berbaik-baik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila suatu ketika tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai "sudah luput masa" dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding pada pilihan raya umum 2004. Kini kedua-duanya 'bersatu' kembali.
Bukan sahaja Nik Abdul Aziz, gelagat pemimpin Pas lain juga menampakkan mereka seolah-olah 'memegang syurga dan neraka'.
Ketika calon Pas, Abu Bakar Sakak menarik diri daripada bertanding menentang Datuk Seri Syed Hamid Albar di Parlimen Kota Tinggi pada 2004, Abdul Hadi mencela bahawa Abu Bakar akan mengalami hidup yang tidak berkat di dunia dan akhirat.
Sedangkan, menang kalah, sokong atau tidak sokong, tidak ada kena mengena dengan akidah seseorang. Memanglah sesiapa yang buat jahat akan terjerumus di dalam neraka tetapi itupun ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia.
Jika disenaraikan fitnah-fitnah yang pernah dilontarkan di tengah-tengah masyarakat maka tidak terhitung banyaknya.
Ketika menjelang pilihan raya umum pertama pada 1955, isu besar pada waktu itu ialah perjuangan mahu merdeka. Tetapi sebilangan penceramah Pas ada yang berkata: "Apa guna merdeka untuk waktu ini, kerana sebatang jarum pun orang Melayu tidak tahu membuatnya".
Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan konsep Pandang Ke Timur, mereka jaja konsep tersebut kononnya Dr. Mahathir mahu memindahkan Kaabah dari kota Mekah ke Tokyo.
Ketika mempercepatkan setengah jam masa di Semenanjung untuk menyamakan waktu dengan Sabah dan Sarawak dituduh pula sebagai hendak mengubah perjalanan matahari. Apabila memperkenalkan Wawasan 2020, dimomokkan kerajaan akan mengenepikan wawasan akhirat dan sebagainya. Bahkan penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa dikatakan sebagai "Islam kulit dan kosmetik" sahaja.
Apabila pihak kerajaan mengisytiharkan negara ini negara Islam, dilabelkan pula sebagai Islam klon. Bahkan, semua program agama dijadikan bahan ketawa mereka di majlis-majlis ceramah bersama rakyat.
Apa pun mereka kata, Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang termaju di dunia hari ini manakala pemimpin negara turut menjadi tumpuan umat Islam antarabangsa. Putrajaya telah membuktikan kewujudannya dan telah menyambut ribuan tetamu dengan penuh selesa ketika sidang pemimpin negara-negara Islam.
Selagi ketua-ketua parti politik tidak bersikap lebih terbuka dan toleran, atau tidak mementingkan kepentingan umum yang lebih utama untuk kebaikan masyarakat kita, maka dibimbangi selama itulah sikap dan cara berfikir rakyat, khususnya umat Islam akan berkecamuk dan keliru. Malah persepsi mereka akan menjadi samar-samar termasuk isu syurga dan neraka, dosa pahala, Islam dan tidak Islam.
Mereka akan terus-menerus menjadi orang yang taksub, termasuk menjadi pak turut yang membuta tuli tanpa ilmu dan kesedaran terhadap realiti hidup yang sebenarnya. Dan terus menerus menjadi orang yang emosional tanpa dapat menggunakan akal fikiran yang rasional lagi.
Ahli sufi yang menempuh peringkat nafsu mulhammah hingga ke peringkat yang paling agak tinggi iaitu nafsu mardiyyah pun berasa diri mereka belum layak lagi menjadi ahli syurga.Dan sehingga kini tidak ditemui sebarang firman atau hadis menyebut "undi Pas boleh ke syurga".

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia di Putrajaya.

Kebolehan Nik Aziz 'dikagumi' - Nik Aziz Oh Nik Aziz?



Oleh TARMIZI ABDUL RAHIMtarmizi.rahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan 'kebanggaan dan kekagumannya' terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menjadi satu-satunya individu yang boleh menentukan manusia masuk syurga atau neraka.
Beliau berkata, Nik Abdul Aziz adalah manusia istimewa yang 'lebih daripada manusia biasa' kerana insan lain hanya selepas mati baru mengetahui sama ada akan memasuki syurga atau neraka, itupun tidak boleh kembali ke dunia untuk menceritakannya semula.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada sesiapa yang ingin mengetahui destinasi masing-masing selepas mati, pergilah bertanyakan kepada Menteri Besar Kelantan itu.
"Saya tahu Nik Aziz dah pergi tengok syurga dan neraka sebab itulah dia boleh cakap dengan jelas. Orang lain semua tidak boleh, dia satu-satunya orang yang lebih daripada manusia biasa kerana manusia biasa hanya selepas mati baru boleh pergi syurga, tetapi dia tidak boleh balik untuk ceritakan semula.
"Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka, cuma apa yang kita tahu sebagai manusia kena hidup sebagai orang baik. Tetapi tidak boleh pula cakap orang baik tidak ke neraka kerana kadang-kadang mereka juga buat silap, menghina orang," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima Anugerah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) sempena konvokesyen ke-10 universiti berkenaan di sini hari ini.
Hadir sama, Canselor dan Presiden IMU, Tan Sri Dr. Sulaiman Daud dan Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman.
Dr. Mahathir mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.
Tambahnya, beliau bangga dengan kebolehan Nik Abdul Aziz yang dapat menentukan pihak mana akan menjadi ahli syurga atau dimasukkan ke dalam neraka.
"Siapa yang nak tahu (masuk syurga atau neraka) lebih baik pergi tanya dia, dahulu ada seorang wanita yang buat salah pergi berjumpanya dan Nik Abdul Aziz ampunkan dia.
"Kalau ada manusia yang boleh ampunkan dosa orang lain, saya tidak tahulah, barangkali ilmu agama dia begitu tinggi," katanya.
Beliau juga ditanya mengenai keperluan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa memandangkan telah terlalu banyak kenyataan berbentuk ekstrem dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz sejak kebelakangan ini.
Dr. Mahathir berpendapat, fatwa khusus tidak perlu kerana umum telah mengetahui tiada manusia dalam dunia ini yang boleh tentukan mana-mana individu sama ada akan ke syurga atau neraka selepas mati.
"Walaupun orang itu betul-betul warak sekalipun, mungkin dia ada niat buat benda tidak baik maka kebarangkalian dia akan ke neraka juga ada," katanya.

Selamat Berpuasa...

Kami Jawatankuasa UMNO BTP mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di Bandar Tasik Puteri khasnya serta seluruh umat Islam, semoga tahun ini diberikan keberkatan oleh Allah swt buat kita semua.

Kami mendoakan agar amalan di bulan yang penuh barakah ini dipelihara serta diamati dengan penuh keimanan..


Dari kami J/Kuasa UMNO BTP