Saturday, January 23, 2010

Al-Fatihah



Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kami warga UMNO BTP mengucapakan takziah kepada seluruh rakyat Johor.


Amin..

Rahmat Jumaat Jalinan Kasih Pemimpin bersama Rakyat





Syukur alhamdullilah itulah yang dilafazkan, setiap kali beliau (YB) mengziarahi rakyat di dalam program Rahmat Jumaat. Program yang diadakan setiap minggu pada setiap hari jumaat telah menjadi satu kewajiban pada beliau melihat sendiri masalah rakyat di kawasan beliau (DUN Kuang).
Program ini telah membuktikan bahawa pimpinan UMNO (BN) tidak pernah meminggirkan masyarakat yang susah dan memastikan rakyat didahului pencapaian diutamakan. Keperihatinan beliau mengadakan program ini menyebabkan beliau (YB) disenangi serta mudah didampingi oleh segenap masyarakat tanpa mengira bangsa di DUN Kuang.
Di dalam program ini sebanyak 20 rumah akan dilawati dan diberi sumbangan berbentuk keperluan harian beras, susu, telur,biskut dan sebagainya.Disamping itu juga secara tidak langsung beliau juga akan membuat kaji selidik serta semakan samada mereka yang dilawati ini layak atau tidak untuk mendapatkan apa jua bantuan dari kerajaan (JKM,Baikpulih rumah atau sebagainya).
Hati mana yang tidak sayu, apabila seorang wakil rakyat sangguh menyelami masalah rakyat, itulah luahan rasa di antara mereka yang pernah saya tanya apabila sama-sama membuat kunjungan di dalam program ini.Program ini juga diadakan secara giliran setiap minggu, lepas kawasan ini, beliau (YB) akan pergi ke kawasan lain pada minggu berikutnya.. Bandar Tasik Puteri tidak juga terlepas di dalam program ini.
Ya allah semoga engkau beri kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Beliau (YB), agar usaha yang murni ini diteruskan demi kebaikan kepada mereka yang memerlukannya..
amin....
Saf(9.00am (SB))

Thursday, January 21, 2010

Mesyuarat Bersama PENGERUSI JKKKP Kawasan DUN KUANG bersama YB Abdul Shukur

Taklimat Pengerusi / YB: ( Bantuan Kerajaan Persekutuan )

1. Peruntukan untuk DUN Kuang berjumlah RM1 Juta kepada 10 Kampung serta Taman Perumahan bagi tujuan penambahbaikan jalan,longkang dan perparitan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
2. Peruntukan untuk DUN Kuang berjumlah RM1 Juta pada tahun 2010 bagi projek penyelenggaran infrastruktur awam dan asas (PIA/PIAS) yang diperuntukan kepada 10 kampung serta Taman Perumahan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
3. Skim Program Bantuan Rumah (PBR) bagi bantuan baik pulih dan bina baru bagi fasa 1 telahpun berjalan, baik pulih = 41 Unit dan Bina Baru = 31 unit di kawasan DUN Kuang.
4. Senarai penerima bantuan kebajikan untuk kelulusan yang baru akan diserahkan kepada Pengerusi JKKKP dan Pengerusi Penduduk bagi tujuan penyelarasan kepada bantuan yang layak secara tetap.
5. Penerima-penerima JKM perlu didaftarkan kepada Data E-Kasih disebabkan peruntukan kerajaan diberi keutamaan kepada penama dalam E-Kasih.
6. Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempunyai bantuan kepada sebarang bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan juga kebakaran, YB meminta untuk menghubungi MKN dan seterusnya mengadakan satu taklimat kepada JKKKP serta Pengerusi Penduduk Taman Perumahan.
7. beberapa perancangan aktiviti dan program untuk tahun 2010 di bawah DUN Kuang akan di "update" dari masa ke semasa bagi makluman umum penduduk.
Di sini dijelaskan projek rangsangan ekonomi fasa 2 ( Projek Infrastruktur awam / Asas Tahun 2010 Kawasan DUN KUANG di bawah Kerajaan Barisan Nasional seperti perkara 1 dan 2 yang telah diluluskan:
** Hanya difokuskan di Bandar Tasik Puteri:-
1. Menaiktaraf Sekolah Agama Darul Thulab - Peruntukan RM20,000.00
2. Membina Padang Permainan di Blok 29 - Peruntukan RM20,000.00
3. Membina Padang Bola Tampar di Blok 27B - Peruntukan RM20,000.00
** Kami Warga UMNO Bandar Tasik Puteri mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan pihak YB dalam menjaga kebajikan rakyat. Kami sentiasa akan memastikan penduduk di Bandar Tasik Puteri mendapat nikmat serta pembangunan yang perlu dari kerajaan.
Tuan/Puan juga boleh memaklumkan apa jua cadangan yang baik bagi masyarakat BTP untuk di utarakan kepada pihak YB di E-mail umnobtp@yahoo.com

Wednesday, January 20, 2010

Gagahkah Pas?


Kalau berhujah dan berceramah, Pas dilihat bukan main lagi mempertahankan Islam. Meninggikan martabat Melayu dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah dalam memerintah.

Pas bukan main lagi menuduh UMNO dengan menghamburkan fitnah dan perkataan caci nista.
Tetapi realitinya, adakah Pas benar-benar gagah seperti mana mereka bersuara?
Pas kini begitu mudah tunduk dan mengikut sahaja apa kata DAP? Bila ditanya, kena ikut sebab DAP ada suara majoriti!. Pas dah tak boleh buat apa-apa. Menjerit, mengkritik tetapi akhirnya diam kerana tidak berbisa dan tidak perlu dilayan pun.

Pas kini umpama lalang. Tidak ada pendirian, pengecut! Tak payah banding dengan PKR kerana parti Anwar Ibrahim itu sebenarnya tak ada apa-apa pun. Tak ada asas perjuangan. Bangsa, agama dan tanahair tiada perbezaan. Semua sama saja. Peranan mereka hanya betul-betul dipacu oleh Anwar Ibrahim. Tiada Anwar Ibrahim maka hapuslah PKR.

Bila dinilai balik, UMNO masih lagi parti yang terbaik. Ramai yang mengakuinya baik di lidah mahupun di hati.

Hujah pendek ini memang biasa tetapi sengaja ingin ditekankan lagi sekali supaya ia sentiasa diingat. UMNO masih menjadi parti yang berpegang pada janji. Perjuangan kerana Allah demi Agama Bangsa dan Tanahair tercinta.

Pas hanya pandai cakap tapi tak berani nak buat manakala PKR itu duri dalam daging dan musang berbulu ayam. DAP pula tanyalah abangnya PAP!

Budaya “Cah Keting” Sudah Lama Wujud Dalam PAS

Budaya “cah keting” atau cantas-mencantas bukan perkara baru dalam PAS tetapi sebenarnya telah lama wujud di dalam parti itu.Budaya itu sudah lama wujud dalam PAS tetapi parti itu berselindung di sebalik parti Islam yang dipimpin oleh ulama.

PAS cuba melindungi masalah dalamannya dengan ‘menyerang’ kerajaan pusat, Barisan Nasional (BN) dan UMNO menerusi pelbagai dakwaan dan tuduhan tidak berasas.Hasil dari pengakuan terbuka Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam tentang kewujudan budaya “cah keting” sehingga memburukkan lagi kepincangan dalam parti itu.

“Rakyat boleh menilai sendiri parti PAS yang kini dilanda pelbagai bentuk kepincangan serta kebolehannya mentadbir dengan berkesan negeri-negeri yang dikuasainya oleh pakatan pembangkang,” Kepincangan dalam PAS semakin serius dan wujud perbalahan pendapat serta pertelingkahan terbuka di kalangan anggota serta pemimpin parti itu mengenai beberapa isu.
Bukan menyokong parti tertentu boleh menentukan keimanan seseorang di sisi Allah swt, malah mereka yang mengaku memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya cara kehidupan mereka pun lari dari apa yang mereka perjuangkan. Sesetengah pengikut PAS di BTP hanya menyokong secara ikut-ikutan sahaja. Malah mereka sendiri tidak tahu perjuangan yang mereka perjuangkan.
Apakah lafaz yang lahir dari mulut mereka itu sama dengan yang mereka lakukan. Fikir-fikirkanlah... kita juga ingin lihat mana jasa mereka kepada anak bangsa kita serta sumbangan parti PAS yang melaungkan "Kebajikan" khasnya di BTP.
"Janganlah kopiah di kepala sudah mengaku perjuangkan Islam, hakikat disebaliknya...."
Apa-apa aje... (12.49am)

Wednesday, January 13, 2010

MAKLUMAN ......

Pengambilan Anggota Pasukan Sukarela Pertahanan Awam Malaysia di bawah DUN KUANG:
(Hanya Penduduk Bandar Tasik Puteri)



- Terbuka kepada semua KAUM (Melayu/India/Cina..)
- Umur di antara 18 - 45 Tahun ( 45 Th ke atas budi bicara )
- Permohonan tanpa mengira jantina (Lelaki/Wanita)
- Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi
talian 019-2225850
- Perasmian dijangka pada bulan Mac 2010 oleh pihak Menteri di Kuang.

Seni Silat Warisan Jawa



8 Jan 2010, Jam 9.00pm...
Majlis penganugerahan jurulatih kepada pelajar yang tamat latihan telah diadakan baru-baru ini diperkalangan rumah Sdra.Suryani (Guru persilatan ) di perumahan Oak blok 7. Ia telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Cawangan Bandar Tasik Puteri.Di majlis ini seramai 10 orang pelajar telah menamatkan pembelajaran dan seramai 4 orang layar sebagai jurulatih, 2 orang pembantu jurulatih dan yang selebihnya masih dalam pembelajaran.
Usaha murni ini patut diketengahkan supaya golongan remaja ini diberi perhatian serta tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kita lihat hari ini, ramai di kalangan masyarakat hanya pandai berkata-kata sebaliknya tiada usaha mendekati golongan remaja serta memahami apa kehendak mereka. Remaja hari ini juga dilihat, kurang berminat dengan seni warisan yang diwarisi oleh nenek-monyang kita seperti seni persilatan. Kebanyakan kita lupa kekuatan seni inilah yang telah membantu kita serta memberi kejayaan kepada negara. Hasilnya apa yang telah kita nikmati pada hari ini.
Bila ditanya kepada Jawatankuasa Pentadbir Seni Warisan Jawa, apakah harapan mereka..? Seni ini akan cuba diperkembangkan kepada generasi muda (Khasnya di Bandar Tasik Puteri), kita tidak perlu terlalu ramai pelajar jika hanya separuh jalan, biar sedikit tetapi khatam serta berkesan.
Semoga usaha murni ini diberkati allah swt .. serta menjadi sebagai pemangkin kepada golongan remaja dalam mengatasi gejala yang tidak sihat..
Saf 15.31(R)