Thursday, August 19, 2010

Sumbangan Bulan Ramadhan kepada Masjid dan Surau-Surau di BTP oleh YB ADUN Kuang

Sumbangan berbentuk barang keperluan kepada Surau-Surau dan Masjid diberi tambahan wang tunai sejumlah RM500.00.

UMNO pertikai ceramah politik dalam masjid

Petikan dari SH 19/8/2010,
Pemuda UMNO Bandar Tasik Puteri (BTP) menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat unsur ceramah politik dalam masjid BTP. Ketua Pemudanya,Mohhd Khairuddin Hanapah berkata, penyampaian tazkirah di Masjid BTP oleh seorang pimpinan setempat Ahad lalu didapati tidak selari Garis Panduan Tazkirah Ringkas Bulan Ramadan Tahun 1431H/ 2010M ditetapkan.
“Jika merujuk garis panduan itu, tazkirah disampaikan tidak sepatutnya mempertikaikan kepimpinan Kerajaan Pusat berhubung isu judi bola dan perlesenan yang dikaitkan dengan pimpinan negara. “Antara contoh, penyampai tazkirah hendaklah terdiri daripada mereka mempunyai tauliah daripada Jais, tidak menyentuh masalah khilafiah, politik kepartian dan peribadi seseorang samada yang hidup atau mati,” katanya.
Khairuddin berkata demikian selepas laporan polis dibuat berhubung penyampaian tazkirah oleh Pemuda Pas Kawasan Selayang, Zaidy Abdul Talib, malam Ahad lalu.
Ketua UMNO Cawangan BTP, Syed Ahmad Ferdaus Syed Salim pula berkata,penceramah mestilah bertauliah dan mengambil berat titah Duli Tuanku Sultan Selangor, melarang masjid serta surau di negeri ini digunakan untuk berpolitik. “Kita harap perkara ini diberi perhatian pihak berkenaan serta memantau penceramah di masjid dan surau. Jangan kata kita tidak maklumkan, ini merupakan tindakan awal kita lakukan.
“Sementara itu, Zaidy ketika mengulas perkara itu menafikan pihaknya mengulas isu politik dalam masjid dengan mengaitkan pimpinan tertinggi negara. “Memang ada seseorang berjumpa saya mengatakan aduan perkara ini selepas tazkirah itu, namun dalam keadaan masa terhad hanya sempat bercakap dua tiga patah. “Saya ingat perkara itu pun tiada ada apa kerana kita hanya menyentuh sedikit sahaja perkara bagaimana mencari ‘sumber cerdik’ iaitu dengan pancaindera, akal dan wahyu. Perkara dikaitkan hanya contoh dan ia terlalu sedikit sebelum tazkirah tamat,” katanya.