Sunday, October 26, 2008

ANTARA USUL YANG DI BAWAH OLEH UMNO CAW.DATARAN PUTERI KE MESYUARAT AGUNG UMNO BHG.SELAYANG

BANDAR TASIK PUTERI, Antara beberapa usul yang telah dikemukakan di dalam mesyuarat Agung UMNO Bahagaian Selayang, kata Ketua Cawangan (KC) UMNO Dataran Puteri Sdra.Hanafiah (Gambar), bagi memantapkan serta mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap UMNO.
1. PEMULIHAN SOKONGAN ORANG MELAYU TERHADAP PERJUANGAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL -- Pengorbanan oleh perjuang-perjuang ulung bangsa melayu yang telah berjaya membentuk kemajuan negara hingga kini perlu difahami semula dan disedarkan semula kepada generasi Bangsa Melayu Moden agar perjuangan suci dan mulia ini diteruskan oleh mereka hingga ke akhir zaman.
2. UMNO BAHAGIAN SELAYANG MENJADI PENGGERAK UTAMA KESEDARAN RAKYAT SEHINGGA NEGERI SELANGOR KEMBALI KEPADA BARISAN NASIONAL -- UMNO Bahagian Selayang dengan kesedaran dan keinsafan akan kepentingan perjuangan Bangsa Melayu akan menjadi penggerak utama ke seluruh negeri Selangor melalui cawangan-cawangan UMNO dan Bahagian-Bahagian UMNO untuk menyampaikan kesedaran dan sokongan dari orang-orang Melayu bagi merampas kembali pentadbiran kerajaan negeri selangor yang kini di tadbir oleh pembangkang.
Atas kesedaran ini, akar umbi perlu diberi mandat dan sokongan bagi menjalankan kerja-kerja di peringkat cawangan.Habisnya pemilihan Bahagian yang telah berlangsung pada 19hb.Okt 2008, tibalah masanya kita menyusun saf kepimpinan bagi meletakkan kembali penyatuan dalam menghadapi pilihanraya yang ke-13 akan datang.Perjuangan UMNO perlu diteruskan, walaupun berlakunya pertukaran kepimpinan.Jangan kita beza-bezakan kita sesama UMNO.UMNO tetap hidup walaupun pemimpin bertukar ganti.
Saf 17:36 (AH)

Saturday, October 25, 2008

PEMBINAAN TANGGA... DI PINEWOOD BLOK 19



BANDAR TASIK PUTERI, Sikap rasa tanggungjawab terhadap penduduk setempat, UMNO Caw.BTP dengan kerjasama pejabat DUN Kuang di bawah YB Shukur Bin Hj.Idrus mengambil langkah segera membina laluan pintas (Tangga) kepada penduduk Blok 19 bagi kegunaan seharian. Dengan adanya kemudahan ini, bukan sahaja penduduk Blok 19 malah anak mereka juga menggunakannya sebagai laluan pintas ke sekolah.Walaupun kos pembinaannya tidaklah begitu besar, tetapi cukup membantu dan selesa kepada penduduk di situ.
Sebelum ini penduduk terpaksa melalui jalan jauh atau menuruni bukit yang curam, ia mendatangkan bahaya apabila musim hujan.Sekarang penduduk menarik nafas lega dengan adanya pembinaan tangga ini.Penduduk juga berharap banyak lagi bantuan dapat disalurkan demi kepentingan masyarakat. Penduduk yang ditemui meminta agar UMNO ini berperanan membantu masyarakat demi mengembalikan UMNO seperti dulu.
Saf 22:10 (SB)

Friday, October 24, 2008

KEBAKARAN DI PANGSAPURI PINEWOOD BLOK 19



BANDAR TASIK PUTERI, Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. begitulah penderitaan yang ditanggung oleh dua keluarga, En.Harun bin Ahmad dan En.Masri Bin Said.Ketika kita bergembira menyambut hari lembaran, masyarakat BTP digemparkan dengan kejadian kebakaran.Kebakaran yang berlaku ketika penghuninya tiada dirumah dan sedang menyambut Hari raya di kampung.
Punca kebakaran dikesan berpunca dari sebuah motorsikal yang berada di sebelah belakang menyebabkan kemusnahan keseluruhan rumah di tingkat bawah dan merebak di tingkat atas.Kejadian ini disedari oleh jiran yang berhampiran.
Atas keperihatinan ini, pihak UMNO di Bandar Tasik Puteri bersama dengan Pejabat YB DUN Kuang telah menghulurkan bantuan segera, serta menghulurkan bantuan yang diusahakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dato' Ahmad Bhari selaku Ketua UMNO Bahagian Selayang ketika itu, menghulur sumbangan peribadi melalui KC UMNO Caw. BTP kepada kedua-dua keluarga ini. Sumbangan ini bagi meringankan beban yang ditanggung.
Bagi kita yang mendokong perjuangan UMNO, sudah pastinya kebajikan raykat perlu dijaga dan dipelihara.
Saf11:38 (JU)

GAMBAR SEKITAR PILIHANRAYA KE-12, 2008

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SELURUH AHLI UMNO



"KAMI AHLI UMNO MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SELURUH WARGA MUSLIM / MUSLIMAT DI BANDAR TASIK PUTERI"...

RENUNGAN KEPADA AHLI UMNO."CARI RAHMAT DI RUMAH TERBUKA....

Amalan mengadakan rumah terbuka yang mengunjurkan kepada kunjung-mengunjungi adalah satu ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam.Memuliakan tetamu dengan pelbagai juadah selagi ia tidak membawa kepada pembaziran dan disertakan dengan niat yang ikhlas di janjikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Ini kerana menerusi amalan ziarah-menziarahi itu, umat muslim yang bersaudara dapat menyuburkan amalan hormat menghormati, sayang menyayangi dan lebih utama saling bermaafan antara satu sama lain. Namun dalam konsep rumah terbuka yang menjadi amalan di kalangan umat Islam terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ketika ini, caranya sedikit tersasar, meskipun nawaitu boleh dilihat dengan jelas.
Amalan mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran dan mengehadkan pula tarikh dan waktu misalnya, tidak lagi selari dengan konsep kunjung-mengunjungi seperti yang digalakkan oleh Islam.Justeru dalam situasi seperti ini, konsep kunjung-mengunjungi seperti yang diunjurkan oleh Islam yang bermatlamat untuk memuliakan antara yang bersaudara tidak lagi menjadi keutamaan, sebaliknya tidak lebih satu jamuan untuk pengunjung menjamu selera semata-mata.
Apa yang dikesalkan juga ialah kita sudah terbiasa dengan amalan rumah terbuka, kita akan berasa berat hati untuk mengunjungi rakan-rakan yang tidak mengadakan rumah terbuka kerana beranggapan mereka tidak membuat persediaan selayaknya untuk menerima kunjungan tetamu. Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, hanya akan mengunjung sekiranya menerima jemputan, sedangkan di dalam Islam kita digalakkan untuk saling mengunjungi tanpa ada batas tarikh atau waktu.
Namun perlu diingatkan, dalam kemeriahan meraikan tetamu itu janganlah pula keterlaluan, terutamanya dalam menyediakan makanan sehingga membawa kepada pembaziran.
Perlu disematkan di dalam diri bahawa apa yang dicari dalam adab kunjung-mengunjungi itu adalah kerahmatan.Justeru itu peluang itu seharusnya digunakan sebaik-baik mungkin untuk saling bermaaf-mafaan dan mengeratkan silaturahim yang selama ini mungkin agar renggang kerana kesibukan masing-masing.
PUM9:45(JU)

Thursday, October 23, 2008

MAJLIS KORBAN DAN AQIQAH 1429H DI MASJID BTP

Semperna kehadiran bulan Zulhijah 1429H bersamaan 8hb.Disember 2008 yang akan datang, pihak masjid bersama Jawatankuasa PPMB14 menganjurkan Majlis Korban dan Aqiqah seperti yang tertera di atas. Saya selaku KC bersama dengan KC dari cawangan UMNO yang terdapat di Bandar Tasik Puteri meminta kerjasama dari seluruh ahli UMNO, hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada program yang dianjurkan oleh pihak masjid.

Tunjukkan sokongan demi masa depan parti kita...


saf16:01(KH)

MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH KC ....


20hb. Sept.2008 , Umno Caw. BTP bersama Jawatankuasa PPMB14 menganjurkan majlis berbuka puasa, bertempat di rumah Tn.Syed selaku Ketua Caw.Umno BTP (KC) yang baru dilantik di dalam pemilihan baru-baru ini.
Dengan penganjuran majlis ini, sekurang-kurangnya ia dapat mengeratkan hubungan antara ahli dan masyarakat setempat amnya. Bagi Umno BTP, penganjuran ini merupakan satu pendekatan yang baik bagi menghampiri masyarakat. Mengulas kembali arah tuju UMNO BTP, Tn.Syed berkata, UMNO BTP akan membawa satu pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan masyarakat di BTP, malah kita perlu menghampiri masyarakat setempat di dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.Di samping itu juga, jangan kita lupa pelapis masa depan.. golongan remaja, ia juga perlu diberi perhatian.
saf13:14(KH)