Wednesday, November 5, 2008

PROJEK PEMBAGUNAN LUAR BANDAR DUN KUANG 2009




Rahman Putra, Satu mesyuarat telah diadakan bersama semua ketua-ketua cawangan di DUN Kuang serta JKK bagi membincangkan projek pembangunan luar Bandar yang akan dirangka serta dijalankan bagi tahun 2009. Mesyuarat ini yang diadakan bersama YB Abdul Shukur Bin Idrus selaku pengerusinya, pada kebiasaannya ia diadakan 2 bulan sekali. Bandar Tasik Puteri juga tidak terlepas pandang dalam perkara ini.

masyarakat harus tahu bahawa segala peruntukkan yang disalurkan bagi tujuan pembangunan atau kebajikan melalui pejabat YB DUN Kuang datangnya dari kerajaan pusat. Malah kerajaan pusat telah memperuntukkan RM350 juta (Kebajikan) untuk negeri selangor, jika kita bandingkan dengan kerajaan negeri selangor yang hanya memperuntukkan hanya RM500,000 ribu sahaja untuk tujuan kebajikan di negeri Selangor.

Penjelasan yang dibuat oleh YB dalam projek kecil luar bandar, banyak perkara telah dilakukan antaranya membantu masyarakat yang susah (termasuk di BTP), Pinjaman Tekun, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.
Saf 15.35 (K)

MAJLIS HARI RAYA MASJID BTP KALI PERTAMA




Bandar Tasik Puteri,Majlis sambutan hari raya yang disambut baru-baru ni, merupakan julung kali atau kali pertama pihak masjid menganjurkannya.Anjuran bersama dengan surau-surau, berasaskan satu surau satu menu telah menarik ramai pengunjung, rata-ratanya penduduk setempat. Jamuan yang bermula jam 12 t/hari berakhir jam 4.00 petang mendapat sambutan yang amat mengalakkan.Pengunjung dihidangkan dengan beraneka pilihan makanan seperti Nasi tomato di gerai Surau Mawaddah Blok 29, Lemang dan Rendang di gerai Surau Al-Ikhlas Blok 18, Laksa di gerai Surau As-Sobirin blok 2, Bubur Kacang di gerai Surau Al-Furqan Blok 28, Bihun di gerai SurauAs-Siddiqin Blok 8, Buah-Buahan di gerai Surau Al-kausar Blok 1, Minuman di gerai Surau madinatul-Ilmi Blok 19 dan pihak Masjid menyediakan Air Kelapa serta Bihun Sup Utara.
Dalam ucapan perasmian oleh Nazir(Tn.Hj.Ramlee), beliau merasa bangga serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program yang diadakan ini,selain dapat mengeratkan silatulrahim sesama kita, ia juga mengajak ahli kariah mengenali masjid lebih rapat lagi serta memberi rasa cinta kepada kariah untuk hadir ke masjid dalam proses pengimarahan.
Disamping itu juga, persembahan oleh kanak-kanak dari tadika juga diadakan.Tidak ketinggalan pertunjukan kompang dari pertubuhan kompang seni fatani yang diketuai oleh Puan Rohana Kassim dari Blok 26.Antara tetamu VIP yang hadir pada majlis ini ialah YB Abdul Shukur Bin Idrus selaku ADUN Kuang serta merangkap Ketua UMNO Bhg.Selayang yang baru dinobatkan bagi penggal ini.Kehadiran beliau menyerikan lagi majlis ini dan beliau banyak membantu dalam usaha penambahbaikan Masjid BTP.
Saf 11:12 (R)

GOTONG-ROYONG,JALAN MASUK KE-MASJID BTP






Bandar Tasik Puteri, Kesempatan cuti Deepavali pada 27hb.Okt 2008, Umno BTP bersama penduduk Camelia Court dan Azelia Court telah mengadakan gotong-royong memperbaiki Jalan sementara ke Masjid dan perumahan mereka. Kerja yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang, mendapat kerjasama yang baik dari penduduk setempat.
Satu jentera pengaut digunakan bagi melancarkan aktiviti ini. Dengan adanya penambahbaikan, sekurang-kurangnya memudahkan masyarakat setempat, hadir ke masjid mengerjakan solat lima waktu.Tiada lagi kata-kata susah hendak ke masjid (pusing jauh).Walaupun jalan sebenarnya belum lagi di bina, apa-apapun kita bersama Jawatankuasa Masjid sedang berusaha dalam perkara ini. Kita harap penduduk sabar dan memahami masalah ini.Jika dahulu kita bising tiada masjid tetapi sekarang, masjid telahpun terbina indah malangnya jema'ah yang hadir menunaikan solat lima waktu tidak sampai pun satu saf.
Fikirkan secara baik, dengan adanya jalan sementara, yang boleh dilalui oleh motor dan kereta, setidak-tidaknya membolehkan penduduk yang tinggal di blok 2, 3, 14 dan Desa puteri hadir ke masjid sementara menanti jalan sebenar siap.
"kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga"

Saf 9:48 (R)