Sunday, February 22, 2009

Jangan Pertikaikan Keputusan SPRM

Inilah golongan kecewa PKR ---Parti keliru Rakyat yang tidak habis-habis menyalak dan menyalahkan orang lain. Lepas satu, ...satu isu yang mereka salakan.... Bila orang mereka kena, tak betulah SPRM tetapi kita orang UMNO-BN tidak pernah mempertikaikan jika di kalangan kita melakukan kesalahan..
Cubalah rasional sikit, janganlah pula hendak mengheret UMNO-BN dalam masalah hampa.. takanlah hampa yang makan nangka, kami pula yang kena getahnya... Hampa ingat hampa tu malaikat ke... ???.

Khalid ni, bukan hampa tak kenal, lupa saja ..ingat tak pilihan raya kecil di ijok, dalam ceramah beliau mengajak menyokong UMNO-BN, tetapi menyalahkan media kononnya edit ..ucapan beliau..macam-macam lagi.. Dulu masa dalam berkhidmat dengan kerajaan, semua bagus..bila ada "something" salahkan pimpinan kerajaan, yang hang dok membesarkan family ketika tu hang tak kira, malah hang hentam..pulak (siapa tak kenang budi...).

"menangis konon, buat apa datang, pegi dari sini, kawin dengan anak aku satu sen pun tak keluar malah anak aku kau seksa, Sabariah tak dee ( Dialog dalam Ibu mertuanku..P.Ramlee )..
Ana, rasa bila kerja, nawaitu tak betul ..tanggunglah akibatnya..... janganlah ikut telunjuk Anuar...

i am sorry.......(Amir raja lawak)

Minah letir 1.55pm(A)

Gotong-Royong Wujudkan Pesekitaran Bersih"Tiada Aedes Tiada Denggi"







Bandar Tasik Puteri, Alhamdulillah..walaupun jadual padat YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus, beliau sempat juga meluangkan masa sejam merasmikan program gotong-royong di kawasan blok 27A.Penduduk yang hadir rata-rata mengucapkan terima kasih kepada YB di atas keprihatinan beliau hadir. Dalam ucapan beliau mengajak masyarakat supaya bersatu di dalam melaksanakan program seperti ini.Dengan adanya usaha sebegini ia dapat merapatkan keakraban sesama penduduk.Jika penyertaan di dalam program ini tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat, sudah pastinya ia tidak akan berjaya seperti hari ini kata beliau..
Atas tanggungjawab sebagai YB di kawasan Tasik Puteri beliau prihatin masalah masyarakat dan meluluskan 2 buah khemah untuk digunakan bagi menjalankan sesuatu aktiviti di kawasan mereka. Sikap yang mesra sebagai seorang wakil rakyat yang sentiasa berpegang atas konsep "Dampingi masyarakat"ini yang menjadikan kekuatan kepada beliau supaya tidak jemu bertemu masyarakat.
Kesempatan ini, beliau juga bersama-sama masyarakat setempat meninjau kawasan-kawasan atau tempat-tempat pembiakkan nyamuk aedes.Beliau juga menasihat masyarakat setempat agar memastikan kebersihan dalam menjamin persekitaran rumah bersih dari tempat pembiakkan aedes. Di masa yang sama beliau juga memberi sumbangan peribadi kepada seorang penduduk yang mempunyai anak yang sakit kritikal.
Semoga usaha ini YB teruskan bagi membela rakyat....
Turut hadir wakil MPS dan Bomba
Saf 1.30pm (A)

Cite Di Sana Sini.....



Tasik Puteri,kerjasama akan membawa berkat, inilah yang perlu dikekalkan bagi melahirkan perpaduan sesama kita. UMNO Caw.BTP pada 8hb.Mac 2009 akan menganjurkan Hari Keluarga bagi mengeratkan hubungan sesama keluarga ahli.Insyaallah majlis ini akan dirasmikan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN N13 Kuang merangkap Ketua UMNO Bahagian Selayang.
Kesempatan yang ada kami bersama-sama bergotong-royong memasang kain rentang untuk hebahan kepada masyarakat umum.Sesiapa yang berkelapangan bolehlah turut serta dalam menjayakan aktiviti ini.
Saf 7.30 (A)

Saturday, February 21, 2009

AL-FATIHAH.........



21hb.Feb'2009, Kami Jawatankuasa UMNO Caw.BTP, mengucapkan takziah di atas pemergian Ibu (Hjh. Tukijah Binti Maridin) tercinta Sdra. Setiausaha Cawangan UMNO BTP Sdra.IK.Jagua Bin Hj.Jalal (Gambar) yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini, Jam 11.35 Pagi.
Warga UMNO BTP mendoakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. dan semoga pemergiannya memberi ketabahan kepada Sdra.Setiausaha dan menjalani kehidupan seharian...
"amin...."
Saf 13.40 (SB)