Sunday, February 8, 2009

BN Selangor sedia hadapi gelombang baru

Petikan Sinar Harian 8hb.Feb'09, Apa yang berlaku di Perak kini gelombang perubahan dirasakan di Selangor pula. Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus dan juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Selayang, beliau bersedia menghadapi perubahan sekiranya ia berlaku di Selangor.
Dalam keadaan politik Selangor yang tidak menentu setelah pendedahan diketengahkan, mempersoalkan ketelusan pentadbiran PR dibawah menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim, sudah tiba masanya kita harus membawa perubahan kepada Selangor. Ahli UMNO harus yakin akan gelombang perubahan ini.Di masa yang sama juga memainkan peranan menyakinkan kepercayaan masyarakat kepada UMNO khasnya dan juga BN.
Inilah masanya kita perlu membentuk kekuatan UMNO. UMNO bukan lemah tetapi kita ahli UMNO yang melemahkannya.Kita UMNO Bahagian Selayang, harus bangkit dan kembalikan kekuatan UMNO bagi menghadapi pilihanraya ke-13.
SH Saf 13.26 (A)