Sunday, February 22, 2009

Gotong-Royong Wujudkan Pesekitaran Bersih"Tiada Aedes Tiada Denggi"







Bandar Tasik Puteri, Alhamdulillah..walaupun jadual padat YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus, beliau sempat juga meluangkan masa sejam merasmikan program gotong-royong di kawasan blok 27A.Penduduk yang hadir rata-rata mengucapkan terima kasih kepada YB di atas keprihatinan beliau hadir. Dalam ucapan beliau mengajak masyarakat supaya bersatu di dalam melaksanakan program seperti ini.Dengan adanya usaha sebegini ia dapat merapatkan keakraban sesama penduduk.Jika penyertaan di dalam program ini tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat, sudah pastinya ia tidak akan berjaya seperti hari ini kata beliau..
Atas tanggungjawab sebagai YB di kawasan Tasik Puteri beliau prihatin masalah masyarakat dan meluluskan 2 buah khemah untuk digunakan bagi menjalankan sesuatu aktiviti di kawasan mereka. Sikap yang mesra sebagai seorang wakil rakyat yang sentiasa berpegang atas konsep "Dampingi masyarakat"ini yang menjadikan kekuatan kepada beliau supaya tidak jemu bertemu masyarakat.
Kesempatan ini, beliau juga bersama-sama masyarakat setempat meninjau kawasan-kawasan atau tempat-tempat pembiakkan nyamuk aedes.Beliau juga menasihat masyarakat setempat agar memastikan kebersihan dalam menjamin persekitaran rumah bersih dari tempat pembiakkan aedes. Di masa yang sama beliau juga memberi sumbangan peribadi kepada seorang penduduk yang mempunyai anak yang sakit kritikal.
Semoga usaha ini YB teruskan bagi membela rakyat....
Turut hadir wakil MPS dan Bomba
Saf 1.30pm (A)