Wednesday, February 11, 2009

Perjumpaan Saf Kepimpinan UMNO Caw.BTP Bersama YB Ketua Bahagian UMNO Selayang





Kuang 10hb.Feb'09, Satu pertemuan telah diadakan di Pejabat YB DUN Kuang bersama Saf kepimpinan UMNO cawangan Bandar Tasik Puteri bersama YB Ketua UMNO Bahagian Selayang membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan UMNO.
Syed Ahmad Ferdaus Bin Syed Salim selaku Ketua Cawangan (KC), telah mengutarakan 8 perkara, kebanyakannya menyentuh soal kepentingan UMNO Bahagian Selayang.
  1. Status atau matlamat serta hala tuju perjuangan UMNO Bhg.Selayang yang perlu didedahkan di peringkat akar umbi.
  2. kaedah atau pendekatan yang akan diambil oleh kepimpinan bahagian dalam memperkasakan UMNO serta mengembalikan kepercayaan orang melayu terhadap UMNO.
  3. Peranan YB Ketua Bahagian dalam menyatupadukan semua kepimpinan akar umbi (KC) bagi menjamin kejayaan UMNO pada pilihanraya ke-13.
  4. Peranan YB Ketua Bahagian dalam merancang daftar pemilih yang menjamin kemenangan kepada UMNO khasnya.
  5. Sikap atau pendirian UMNO Selayang di dalam memberi pandangan berhubung isu-isu semasa serta penonjolan UMNO Selayang itu sendiri.
  6. Adakah pihak YB Ketua Bahagian terfikir untuk mencari satu kaedah seperti berdialog atau sebaliknya dalam merungkai atau mencari jalan penyelesaian di atas kemusykilan ahli-ahli UMNO dan masyarakat.
  7. Bagaimana penerimaan YB Ketua Bahagian, sekiranya kami katakan salah satu faktor kelemahan yang menyebabkan sesuatu aktiviti yang dianjurkan tidak mendapat sambutan disebabkan penyebaran maklumat tidak disalurkan dengan cara yang betul atau berkesan.
  8. Adakah UMNO bahagian Selayang dibawah kepimpinan YB telah merancang untuk menwujudkan satu tarkwin tahunan yang menyediakan segala aktiviti untuk disalurkan kepada peringkat akar umbi.

Antara pandangan yang diberikan oleh pihak YB Ketua Bahagian:

  1. Untuk menwujudkan kekuatan UMNO di Bandar Tasik Puteri, kepimpinan UMNO di situ perlu mendampingi masyarakat setempat dalam apa cara sekalipun. Tubuhkan banyak cawangan UMNO mengikut blok yang mudah dipantau serta senang dikawal. Pihak UMNO Bahagian akan menyokongnya.
  2. YB telah mencadangkan di peringkat atas, supaya Jawatankuasa Penduduk diberi sedikit elaun bulanan bagi mengadakan mesyuarat.Secara tidak langsung mereka akan memberi kerjasama dengan kita.
  3. Menwujudkan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) yang memperuntukkan geran serta memudahkan JKP menjalankan aktiviti.
  4. Dalam melahirkan keakraban bersama golongan Belia, YB mencadangkan agar diwujudkan Belia Cawangan bagi setiap Cawangan UMNO di BTP, perkara ini boleh dirujuk di Pejabat Bahagian.
  5. UMNO Bahagian telahpun merancang agar setiap DUN di Selayang mempunyai seorang petugas yang ditugaskan untuk Daftar Pemilih, pastikan bahawa orang kita.. bagi memastikan kemenangan pada pilihanraya ke-13.
  6. Langkah terdekat bagi memastikan penyatuan UMNO Selayang, satu penganjuran kursus yang bertajuk "Mengembalikan kepercayaan Melayu kepada UMNO" ia diwajidkan kepada semua Ketua Cawangan di UMNO Selayang serta kepimpinan Bahagian.
  7. Mengarahkan semua kepimpinan sayap Pemuda,Wanita dan Puteri Bahagian memberi tarkwin tahunan kepada Bahagian supaya dapat melakukan penyelarasan program.Peruntukkan juga diberi bagi setiap sayap sejumlah RM20,000.00.
  8. Beberapa pendekatan juga perlu diambil oleh setiap ahli UMNO, dimana janganlah kita mengunakan pendekatan yang kurang baik malah mengunakan strategi yang lembut atau tidak berkeras agar masyarakat lebih senang mendampingi kita.
  9. Di peringkat Cawangan, YB meminta agar sekurang-kurangnya 2 aktiviti perlu dibuat, jika lebih ia lebih baik. Ini semua merapatkan kepimpinan akar umbi.
  10. Dalam merapatkan perhubungan YB bersama masyarakat yang susah terutamanya di DUN Kuang, pihak YB telah mengadakan program "Rahmat Jumaat" ia menghulurkan sumbangan berbentuk Beras,tepung,gula dan sebagainya dalam kontek ziarah.Hampir 800 keluarga telahpun dibantu dalam membela rakyat di DUN Kuang.
  11. YB juga menasihat generasi muda agar mengekalkan kemenangan UMNO, kerana UMNO sahaja yang dapat melabelkan parti-parti yang berbilang kaum dalam membentuk masyarakat majmuk yang memberi kesinambungan keamanan negara.
  12. Kita di UMNO Selayang akan memastikan pilihanraya ke-13 dapat mengembalikan kuasa kembali kepada UMNO khasnya di Selangor.

Saf 12.00 (R)..