Sunday, May 30, 2010

Jalinan Kasih PERKIM, Kelab Motorcross BTP bersama masyarakat Orang Asli Pos Bersih - Ulu Slim




Ulu Slim,Perak 29/5/2010

PERKIM cawangan Bandar Tasik Puteri bersama Kelab Motocross BTP, Manjong, Tg.Malim dan Slim River, mengadakan program Jalinan Kasih bersama Remaja dan Masyarakat Orang Asli Pos Bersih di Ulu Slim Perak. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat Orang Asli dan masyarakat luar. Berbagai program yang dirancangkan telah dijalankan bersama mereka.

Kali ini pendekatannya ada kelainan sedikit, kata Datuk Hasbullah Bin L.Isa selaku Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), di mana kita berkerjasama dengan Kelab Motorcross, untuk memberikan satu pendedahan kepada mereka (Masyarakat Orang Asli) tentang sukan lasak Motorcross. Dengan kerjasama ini, ia dapat membantu pihak PERKIM dalam merapatkan Jalinan Kasih bersama masyarakat Orang Asli serta memberi pendedahan tentang Islam kepada mereka.

Hadir sama di dalam program ini, Sdra.Dr.Ilham selaku Penasihat kepada Kelab Motorcross BTP, Sdra. Mohd Nasir Pengerusi Kelab Motorcross BTP, Sdra.Wahid Pengerusi PERKIM Cawangan BTP, Sdra.Syed Ketua UMNO Cawangan BTP dan Sdra.Mohd Khairuddin Ketua Pemuda UMNO Cawangan BTP.

Usaha ini amat baik dan perlu diketengahkan sebagai satu landasan serta menjadi "trademark" kepada mana-mana pertubuhan dan individu bagi melihat serta mengenalpasti keadaan mereka yang perlu diberi perhatian samada dari segi kemasyarakatan, keislamannya dan keperluan-keperluan lain. Apa yang pasti mereka ini jangan dipandang sepi atau dibiarkan.

Para pendakwah Islam juga harus pergi dan menjelaskan kepada mereka tentang agama Islam. Kita jangan alpa kerana ini merupakan tanggungjawab kita mendidik mereka. Sememangnya masyarakat mereka ini harus juga diberikan pendedahan kepada dunia luar, jika tidak mereka merasakan diri mereka terpinggir. Ada di antara mereka-mereka ini digunakan oleh pihak tertentu dalam mencapai kepentingan tertentu. Kita tidak mahu golongan mereka ini dimanipulasikan, sebaliknya kita perlu jaga hak mereka.

Apa-apapun program ini berjaya, samada di pihak mereka atau kita, mereka mendapat pendedahan dan kita memahami tentang masyarakat mereka serta kehendaknya. Usaha ini perlu diteruskan dan bukan berpuashati hanya sekali mengadakan program, malah perlu kerap berdamping dengan mereka. Sasaran perlu ada, kerana golongan remaja mereka perlu dijaga serta di beri perhatian.

Sunday, May 23, 2010

Hargailah Keamanan Yang Sedia ada...



BTP, 22/5/2010 Jam 8.30 malam,

Hargailah keamanan yang sedia ada, itulah ingatan yang dilahirkan oleh KC UMNO BTP dalam ucapan di mesyuarat agung cawangan. Hadir sama YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku Ketua UMNO Bahagian Selayang dan Isterinya, Sdra.Zawawi Bin Mohamad Setiausaha Bahagian, Datin Reny Rahayu Ketua Wanita Bahagian serta AJK Bahagian Sdra.Anuar Bin Aziz, Hj.Mohd Kassim Bin Jalildin, Wan kamal Bin Wan Ibrahim dan Ketua-Ketua Cawangan di BTP.

Beliau melihat dewasa ini, orang melayu sudah lupa atau tidak lagi bersungguh-sungguh untuk memastikan politik melayu yang diperjuangkan UMNO terus berada kehadapan. Malangnya mereka ini lebih suka menggambil sikap acuh tak acuh disebabkan mereka selesa dengan keamanan yang ada pada hari ini.

Mereka perlu sedar, keamanan yang mereka kecapi ini adalah hasil perjuangan UMNO yang ada kuasa dalam menentukan dan memastikannya. Tambah beliau, salahkah kita bersikap berterima kasih, serta berfikiran terbuka tentang apa yang telah diperjuangkan oleh Datuk, nenek kita terdahulu di bawah perjuangan UMNO.

Beliau percaya, ahli-ahli yang hadir kebanyakannya yang telah berjaya, ada yang sebelum ini menuntut di luar negara atau di dalam negara, tidakkah ahli-ahli terfikir kejayaan ini hasil dari perjuangan yang telah dilakukan, untuk melihat anak bangsa kita berjaya. Inilah hasil perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Nasihat beliau, janganlah satu hari nanti keamanan yang ada pada hari ini, yang diusahakan hasil perjuangan oleh datuk, nenek kita kepada kita, sebaliknya kita cemarkan dengan fikiran yang tidak matang dan menyebabkan anak, cucu kita menderita, disebab sikap kita. Inikah yang kita ingin lihat.

Beliau juga meminta kepada semua ahli-ahli UMNO Cawangan, supaya memastikan kemenangan UMNO di BTP pada PRU ke-13. Kita perlu berkerja dari sekarang dan bukan masanya untuk duduk diam. Ia tidak akan berjaya jika tiada kesungguhan dan tekad yang padu dari ahli-ahli semua. Di samping itu juga, semua kepimpinan sayap perlu membantu.

Jika ingin melihat UMNO terus di hati masyarakat, kita perlu memahami, mendampingi kehendak masyarakat.

Persiapan Mesyuarat Cawangan UMNO BTP




Persiapan untuk mengadakan mesyuarat cawangan UMNO BTP berjalan lancar. Awal-awal lagi ahli cawangan telah berkerjasama memastikan segala persiapan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Mesyuarat cawangan UMNO BTP adalah yang ke-6, ia dijangkakan akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Selayang YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus. Bagi memastikan kekuatan perpaduan politik Melayu diharapkan semua ahli-ahli cawangan dapat hadir.

Semoga usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli-ahli cawangan mendapat keberkatan ilahi. "Semoga allah swt memberikan kekuatan kepada pejuang-pejuang yang cintakan agama dan bangsanya"


"Hidup UMNO"

Tuesday, May 18, 2010

Keluhan Penduduk Desa Puteri "Kawasan Bandar, Jalan Tanah Merah"..

Petikan SH 17/5/2010,

RAWANG – Penduduk di Desa Puteri, Bandar Tasik Puteri amat memerlukan jalan pintas untuk menghubungkan mereka ke Pekan Kundang sejak lebih tiga tahun lalu. Namun, melihat laluan yang digunakan sekitar 200 unit rumah penduduk di situ, termasuk lebih 5,000 unit rumah sekitarnya, situasi jalan tanah merah dan berlopak-lopak yang terpaksa diharungi amat menyedihkan. Pekerja swasta, Fitri Abdul Rahim, 32, berkata, wujud kejanggalan berikutan dalam keadaan tinggal di kawasan berstatus bandar, penduduk perlu melalui kemudahan sejauh kira-kira satu kilometer itu setiap hari.

Menurutnya, jika mengikut laluan biasa di Jalan Sungai Bakau–Batu Arang, ia akan mengambil masa lebih sejam untuk keluar ke Kundang di laluan sejauh 35 kilometer. “Jalan pintas ini dari Desa Puteri untuk ke Kundang hanya mengambil masa kira-kira lima minit. Manakala sekiranya jalan kurang memuaskan seperti sekarang, perlu mengambil masa 15 minit. “Kita hairan kerana semasa membeli rumah ini kami dijanjikan kemudahan laluan di sini (jalan pintas). Malah papan tanda menunjukkan laluan berkenaan ada ditunjukkan, tetapi lihatlah bagaimana keadaannya,” katanya. Dalam pada itu, Fitri berkata, jika jalan itu kepunyaan pihak persendirian mahupun syarikat, papan tanda laluan berkenaan tidak seharusnya diletakkan semata-mata untuk melariskan jualan rumah. Menurutnya, dia berharap pihak seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dapat memantau masalah itu memandangkan pelan pembangunan perumahan berkenaan dihantar pada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Fitri dalam pada itu juga memberitahu, bukan sahaja penduduk, malahan kenderaan agensi seperti pihak MPS dan bomba, turut dilihat menggunakan laluan berkenaan. Seorang lagi penduduk, Roshita Salleh, 45, berkata, laluan pintas itu amat diperlukan penduduk untuk ke klinik dan hospital kerajaan terdekat di Sungai Buloh. “Sebagai contoh, saya sendiri penghidap asma dan kebetulan tempoh hari, saya diserang penyakit itu dan perlu segera ke hospital kerana gangguan pernafasan. “Jika tidak menggunakan laluan ini untuk ke klinik swasta terdekat di Rahman Putra, saya sudah pasti susah kerana di Desa Puteri ini pun tiada kemudahan klinik,” katanya.

Thursday, May 13, 2010

Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Selayang Telah Bermula..

Mesyuarat Agung UMNO cawangan telahpun bermula dari 1 Mei 2010 hingga 15 Jun 2010. UMNO Cawangan Bandar Tasik Puteri telah setuju akan mengadakan seperti berikut:-

Tarikh : 22hb Mei 2010 (sabtu)

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Di Rumah KC

Dirasmikan Oleh : YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus

Wakil Bahagian : Sdra.Wan Kamal Bin Wan Ibrahim

Semua ahli-ahli cawangan dijemput hadir bersama keluarga...

Kembalinya anak tersayang ke pangkuan Ilahi....




Kuang, 11 Mei 2010,

Hari ini merupakan, hari ke-64 sambutan hari penubuhan UMNO. Ia menjadi sejarah buat Sdra.Hussin Md.Nor ( AJK UMNO Bahagian Selayang ) apabila mendapat berita kematian anak sulong beliau dalam satu kemalangan jalanraya di jalan Kuang.Kejadian ini berlaku jam 2.30 petang berhampiran station minyak Petronas, anak beliau bersama rakannya yang menunggang motosikal pulang dari sekolah bergesel dengan kenderaan MyVi lalu tercampak ke jalan bertentangan dan menyebabkan mereka berdua di langgar oleh lori pasir dari arah bertentangan.

Kejadian ini menyebabkan anak beliau dan rakannya meninggal di tempat kejadian.Mayat kedua mangsa ini telah di bawa ke Hospital Sungai Buluh untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati kecederaan di bahagian kepala yang kuat menyebabkan kematian. Jenazah di tuntut oleh keluarga jam 7.30 malam dan di bawa pulang ke rumah bapanya di kampung Setia Kuang dan akan disemadikan di tanah perkuburan Batu 20 Kuang selapas solat Isyak pada malam ini juga.Hadir sama YB Ketua Bahagian UMNO Selayang Abdul Shukur Bin Hj.Idrus dan Timbalan Beliau Dato'Subahan Kamal serta kepimpinan UMNO peringkat Bahagian dan Sayap. Mereka semua melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah di atas pemergiaan ini.

Seluruh warga UMNO Cawangan BTP mendoakan agar roh anak kepada Sdra.Husin di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Sdra.Husin menerima ujian ini dengan penuh kesabaran.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu.