Sunday, May 23, 2010

Hargailah Keamanan Yang Sedia ada...



BTP, 22/5/2010 Jam 8.30 malam,

Hargailah keamanan yang sedia ada, itulah ingatan yang dilahirkan oleh KC UMNO BTP dalam ucapan di mesyuarat agung cawangan. Hadir sama YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku Ketua UMNO Bahagian Selayang dan Isterinya, Sdra.Zawawi Bin Mohamad Setiausaha Bahagian, Datin Reny Rahayu Ketua Wanita Bahagian serta AJK Bahagian Sdra.Anuar Bin Aziz, Hj.Mohd Kassim Bin Jalildin, Wan kamal Bin Wan Ibrahim dan Ketua-Ketua Cawangan di BTP.

Beliau melihat dewasa ini, orang melayu sudah lupa atau tidak lagi bersungguh-sungguh untuk memastikan politik melayu yang diperjuangkan UMNO terus berada kehadapan. Malangnya mereka ini lebih suka menggambil sikap acuh tak acuh disebabkan mereka selesa dengan keamanan yang ada pada hari ini.

Mereka perlu sedar, keamanan yang mereka kecapi ini adalah hasil perjuangan UMNO yang ada kuasa dalam menentukan dan memastikannya. Tambah beliau, salahkah kita bersikap berterima kasih, serta berfikiran terbuka tentang apa yang telah diperjuangkan oleh Datuk, nenek kita terdahulu di bawah perjuangan UMNO.

Beliau percaya, ahli-ahli yang hadir kebanyakannya yang telah berjaya, ada yang sebelum ini menuntut di luar negara atau di dalam negara, tidakkah ahli-ahli terfikir kejayaan ini hasil dari perjuangan yang telah dilakukan, untuk melihat anak bangsa kita berjaya. Inilah hasil perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Nasihat beliau, janganlah satu hari nanti keamanan yang ada pada hari ini, yang diusahakan hasil perjuangan oleh datuk, nenek kita kepada kita, sebaliknya kita cemarkan dengan fikiran yang tidak matang dan menyebabkan anak, cucu kita menderita, disebab sikap kita. Inikah yang kita ingin lihat.

Beliau juga meminta kepada semua ahli-ahli UMNO Cawangan, supaya memastikan kemenangan UMNO di BTP pada PRU ke-13. Kita perlu berkerja dari sekarang dan bukan masanya untuk duduk diam. Ia tidak akan berjaya jika tiada kesungguhan dan tekad yang padu dari ahli-ahli semua. Di samping itu juga, semua kepimpinan sayap perlu membantu.

Jika ingin melihat UMNO terus di hati masyarakat, kita perlu memahami, mendampingi kehendak masyarakat.