Tuesday, September 28, 2010

Thursday, August 19, 2010

Sumbangan Bulan Ramadhan kepada Masjid dan Surau-Surau di BTP oleh YB ADUN Kuang

Sumbangan berbentuk barang keperluan kepada Surau-Surau dan Masjid diberi tambahan wang tunai sejumlah RM500.00.

UMNO pertikai ceramah politik dalam masjid

Petikan dari SH 19/8/2010,
Pemuda UMNO Bandar Tasik Puteri (BTP) menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat unsur ceramah politik dalam masjid BTP. Ketua Pemudanya,Mohhd Khairuddin Hanapah berkata, penyampaian tazkirah di Masjid BTP oleh seorang pimpinan setempat Ahad lalu didapati tidak selari Garis Panduan Tazkirah Ringkas Bulan Ramadan Tahun 1431H/ 2010M ditetapkan.
“Jika merujuk garis panduan itu, tazkirah disampaikan tidak sepatutnya mempertikaikan kepimpinan Kerajaan Pusat berhubung isu judi bola dan perlesenan yang dikaitkan dengan pimpinan negara. “Antara contoh, penyampai tazkirah hendaklah terdiri daripada mereka mempunyai tauliah daripada Jais, tidak menyentuh masalah khilafiah, politik kepartian dan peribadi seseorang samada yang hidup atau mati,” katanya.
Khairuddin berkata demikian selepas laporan polis dibuat berhubung penyampaian tazkirah oleh Pemuda Pas Kawasan Selayang, Zaidy Abdul Talib, malam Ahad lalu.
Ketua UMNO Cawangan BTP, Syed Ahmad Ferdaus Syed Salim pula berkata,penceramah mestilah bertauliah dan mengambil berat titah Duli Tuanku Sultan Selangor, melarang masjid serta surau di negeri ini digunakan untuk berpolitik. “Kita harap perkara ini diberi perhatian pihak berkenaan serta memantau penceramah di masjid dan surau. Jangan kata kita tidak maklumkan, ini merupakan tindakan awal kita lakukan.
“Sementara itu, Zaidy ketika mengulas perkara itu menafikan pihaknya mengulas isu politik dalam masjid dengan mengaitkan pimpinan tertinggi negara. “Memang ada seseorang berjumpa saya mengatakan aduan perkara ini selepas tazkirah itu, namun dalam keadaan masa terhad hanya sempat bercakap dua tiga patah. “Saya ingat perkara itu pun tiada ada apa kerana kita hanya menyentuh sedikit sahaja perkara bagaimana mencari ‘sumber cerdik’ iaitu dengan pancaindera, akal dan wahyu. Perkara dikaitkan hanya contoh dan ia terlalu sedikit sebelum tazkirah tamat,” katanya.

Sunday, May 30, 2010

Jalinan Kasih PERKIM, Kelab Motorcross BTP bersama masyarakat Orang Asli Pos Bersih - Ulu Slim




Ulu Slim,Perak 29/5/2010

PERKIM cawangan Bandar Tasik Puteri bersama Kelab Motocross BTP, Manjong, Tg.Malim dan Slim River, mengadakan program Jalinan Kasih bersama Remaja dan Masyarakat Orang Asli Pos Bersih di Ulu Slim Perak. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat Orang Asli dan masyarakat luar. Berbagai program yang dirancangkan telah dijalankan bersama mereka.

Kali ini pendekatannya ada kelainan sedikit, kata Datuk Hasbullah Bin L.Isa selaku Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), di mana kita berkerjasama dengan Kelab Motorcross, untuk memberikan satu pendedahan kepada mereka (Masyarakat Orang Asli) tentang sukan lasak Motorcross. Dengan kerjasama ini, ia dapat membantu pihak PERKIM dalam merapatkan Jalinan Kasih bersama masyarakat Orang Asli serta memberi pendedahan tentang Islam kepada mereka.

Hadir sama di dalam program ini, Sdra.Dr.Ilham selaku Penasihat kepada Kelab Motorcross BTP, Sdra. Mohd Nasir Pengerusi Kelab Motorcross BTP, Sdra.Wahid Pengerusi PERKIM Cawangan BTP, Sdra.Syed Ketua UMNO Cawangan BTP dan Sdra.Mohd Khairuddin Ketua Pemuda UMNO Cawangan BTP.

Usaha ini amat baik dan perlu diketengahkan sebagai satu landasan serta menjadi "trademark" kepada mana-mana pertubuhan dan individu bagi melihat serta mengenalpasti keadaan mereka yang perlu diberi perhatian samada dari segi kemasyarakatan, keislamannya dan keperluan-keperluan lain. Apa yang pasti mereka ini jangan dipandang sepi atau dibiarkan.

Para pendakwah Islam juga harus pergi dan menjelaskan kepada mereka tentang agama Islam. Kita jangan alpa kerana ini merupakan tanggungjawab kita mendidik mereka. Sememangnya masyarakat mereka ini harus juga diberikan pendedahan kepada dunia luar, jika tidak mereka merasakan diri mereka terpinggir. Ada di antara mereka-mereka ini digunakan oleh pihak tertentu dalam mencapai kepentingan tertentu. Kita tidak mahu golongan mereka ini dimanipulasikan, sebaliknya kita perlu jaga hak mereka.

Apa-apapun program ini berjaya, samada di pihak mereka atau kita, mereka mendapat pendedahan dan kita memahami tentang masyarakat mereka serta kehendaknya. Usaha ini perlu diteruskan dan bukan berpuashati hanya sekali mengadakan program, malah perlu kerap berdamping dengan mereka. Sasaran perlu ada, kerana golongan remaja mereka perlu dijaga serta di beri perhatian.

Sunday, May 23, 2010

Hargailah Keamanan Yang Sedia ada...



BTP, 22/5/2010 Jam 8.30 malam,

Hargailah keamanan yang sedia ada, itulah ingatan yang dilahirkan oleh KC UMNO BTP dalam ucapan di mesyuarat agung cawangan. Hadir sama YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku Ketua UMNO Bahagian Selayang dan Isterinya, Sdra.Zawawi Bin Mohamad Setiausaha Bahagian, Datin Reny Rahayu Ketua Wanita Bahagian serta AJK Bahagian Sdra.Anuar Bin Aziz, Hj.Mohd Kassim Bin Jalildin, Wan kamal Bin Wan Ibrahim dan Ketua-Ketua Cawangan di BTP.

Beliau melihat dewasa ini, orang melayu sudah lupa atau tidak lagi bersungguh-sungguh untuk memastikan politik melayu yang diperjuangkan UMNO terus berada kehadapan. Malangnya mereka ini lebih suka menggambil sikap acuh tak acuh disebabkan mereka selesa dengan keamanan yang ada pada hari ini.

Mereka perlu sedar, keamanan yang mereka kecapi ini adalah hasil perjuangan UMNO yang ada kuasa dalam menentukan dan memastikannya. Tambah beliau, salahkah kita bersikap berterima kasih, serta berfikiran terbuka tentang apa yang telah diperjuangkan oleh Datuk, nenek kita terdahulu di bawah perjuangan UMNO.

Beliau percaya, ahli-ahli yang hadir kebanyakannya yang telah berjaya, ada yang sebelum ini menuntut di luar negara atau di dalam negara, tidakkah ahli-ahli terfikir kejayaan ini hasil dari perjuangan yang telah dilakukan, untuk melihat anak bangsa kita berjaya. Inilah hasil perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Nasihat beliau, janganlah satu hari nanti keamanan yang ada pada hari ini, yang diusahakan hasil perjuangan oleh datuk, nenek kita kepada kita, sebaliknya kita cemarkan dengan fikiran yang tidak matang dan menyebabkan anak, cucu kita menderita, disebab sikap kita. Inikah yang kita ingin lihat.

Beliau juga meminta kepada semua ahli-ahli UMNO Cawangan, supaya memastikan kemenangan UMNO di BTP pada PRU ke-13. Kita perlu berkerja dari sekarang dan bukan masanya untuk duduk diam. Ia tidak akan berjaya jika tiada kesungguhan dan tekad yang padu dari ahli-ahli semua. Di samping itu juga, semua kepimpinan sayap perlu membantu.

Jika ingin melihat UMNO terus di hati masyarakat, kita perlu memahami, mendampingi kehendak masyarakat.

Persiapan Mesyuarat Cawangan UMNO BTP




Persiapan untuk mengadakan mesyuarat cawangan UMNO BTP berjalan lancar. Awal-awal lagi ahli cawangan telah berkerjasama memastikan segala persiapan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Mesyuarat cawangan UMNO BTP adalah yang ke-6, ia dijangkakan akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Selayang YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus. Bagi memastikan kekuatan perpaduan politik Melayu diharapkan semua ahli-ahli cawangan dapat hadir.

Semoga usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli-ahli cawangan mendapat keberkatan ilahi. "Semoga allah swt memberikan kekuatan kepada pejuang-pejuang yang cintakan agama dan bangsanya"


"Hidup UMNO"

Tuesday, May 18, 2010

Keluhan Penduduk Desa Puteri "Kawasan Bandar, Jalan Tanah Merah"..

Petikan SH 17/5/2010,

RAWANG – Penduduk di Desa Puteri, Bandar Tasik Puteri amat memerlukan jalan pintas untuk menghubungkan mereka ke Pekan Kundang sejak lebih tiga tahun lalu. Namun, melihat laluan yang digunakan sekitar 200 unit rumah penduduk di situ, termasuk lebih 5,000 unit rumah sekitarnya, situasi jalan tanah merah dan berlopak-lopak yang terpaksa diharungi amat menyedihkan. Pekerja swasta, Fitri Abdul Rahim, 32, berkata, wujud kejanggalan berikutan dalam keadaan tinggal di kawasan berstatus bandar, penduduk perlu melalui kemudahan sejauh kira-kira satu kilometer itu setiap hari.

Menurutnya, jika mengikut laluan biasa di Jalan Sungai Bakau–Batu Arang, ia akan mengambil masa lebih sejam untuk keluar ke Kundang di laluan sejauh 35 kilometer. “Jalan pintas ini dari Desa Puteri untuk ke Kundang hanya mengambil masa kira-kira lima minit. Manakala sekiranya jalan kurang memuaskan seperti sekarang, perlu mengambil masa 15 minit. “Kita hairan kerana semasa membeli rumah ini kami dijanjikan kemudahan laluan di sini (jalan pintas). Malah papan tanda menunjukkan laluan berkenaan ada ditunjukkan, tetapi lihatlah bagaimana keadaannya,” katanya. Dalam pada itu, Fitri berkata, jika jalan itu kepunyaan pihak persendirian mahupun syarikat, papan tanda laluan berkenaan tidak seharusnya diletakkan semata-mata untuk melariskan jualan rumah. Menurutnya, dia berharap pihak seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dapat memantau masalah itu memandangkan pelan pembangunan perumahan berkenaan dihantar pada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Fitri dalam pada itu juga memberitahu, bukan sahaja penduduk, malahan kenderaan agensi seperti pihak MPS dan bomba, turut dilihat menggunakan laluan berkenaan. Seorang lagi penduduk, Roshita Salleh, 45, berkata, laluan pintas itu amat diperlukan penduduk untuk ke klinik dan hospital kerajaan terdekat di Sungai Buloh. “Sebagai contoh, saya sendiri penghidap asma dan kebetulan tempoh hari, saya diserang penyakit itu dan perlu segera ke hospital kerana gangguan pernafasan. “Jika tidak menggunakan laluan ini untuk ke klinik swasta terdekat di Rahman Putra, saya sudah pasti susah kerana di Desa Puteri ini pun tiada kemudahan klinik,” katanya.

Thursday, May 13, 2010

Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan Bahagian Selayang Telah Bermula..

Mesyuarat Agung UMNO cawangan telahpun bermula dari 1 Mei 2010 hingga 15 Jun 2010. UMNO Cawangan Bandar Tasik Puteri telah setuju akan mengadakan seperti berikut:-

Tarikh : 22hb Mei 2010 (sabtu)

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Di Rumah KC

Dirasmikan Oleh : YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus

Wakil Bahagian : Sdra.Wan Kamal Bin Wan Ibrahim

Semua ahli-ahli cawangan dijemput hadir bersama keluarga...

Kembalinya anak tersayang ke pangkuan Ilahi....




Kuang, 11 Mei 2010,

Hari ini merupakan, hari ke-64 sambutan hari penubuhan UMNO. Ia menjadi sejarah buat Sdra.Hussin Md.Nor ( AJK UMNO Bahagian Selayang ) apabila mendapat berita kematian anak sulong beliau dalam satu kemalangan jalanraya di jalan Kuang.Kejadian ini berlaku jam 2.30 petang berhampiran station minyak Petronas, anak beliau bersama rakannya yang menunggang motosikal pulang dari sekolah bergesel dengan kenderaan MyVi lalu tercampak ke jalan bertentangan dan menyebabkan mereka berdua di langgar oleh lori pasir dari arah bertentangan.

Kejadian ini menyebabkan anak beliau dan rakannya meninggal di tempat kejadian.Mayat kedua mangsa ini telah di bawa ke Hospital Sungai Buluh untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati kecederaan di bahagian kepala yang kuat menyebabkan kematian. Jenazah di tuntut oleh keluarga jam 7.30 malam dan di bawa pulang ke rumah bapanya di kampung Setia Kuang dan akan disemadikan di tanah perkuburan Batu 20 Kuang selapas solat Isyak pada malam ini juga.Hadir sama YB Ketua Bahagian UMNO Selayang Abdul Shukur Bin Hj.Idrus dan Timbalan Beliau Dato'Subahan Kamal serta kepimpinan UMNO peringkat Bahagian dan Sayap. Mereka semua melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah di atas pemergiaan ini.

Seluruh warga UMNO Cawangan BTP mendoakan agar roh anak kepada Sdra.Husin di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Sdra.Husin menerima ujian ini dengan penuh kesabaran.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu.

Wednesday, March 24, 2010

Kemalangan di Jalan Masuk BTP





Bandar Tasik Puteri, 23 Mac 2010 Jam 12.30 T/hari:

Satu kemalangan berlaku kira-kira jam 12.30 T/hari di jalan utama, masuk ke Bandar Tasik Puteri berhampiran dengan kolam pancing.

Menurut kata saksi, kereta yang dipandu laju terbabas lalu melanggar pokok kelapa sawit dan menyebabkan kereta terbakar, kejadian itu disaksikan beberapa orang kebetulan berada di situ. Mereka memberi pertolongan dengan mengambil air serta apa saja yang boleh membantu memadamkan api sementara menunggu pihak bomba.
Kawasan ini kerap berlaku kemalangan , sebelum ini sudah 3 kemalangan berlaku di tempat yang sama. Kemalangan kali ini nyaris meragut nyawa pemandu, jika pertolongan lambat diberikan.
Kita mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu, pihak bomba serta ambulan, jika tidak sudah pastinya nyawa hilang.Pemandu kenderaan dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.
Semoga para pemandu BTP berhati-hati memandu, ingat orang tersayang..

Membuka Minda,...fikir-fikirkan - Ahli UMNO


1Malaysia, 1Israel: Apa yang kalut sangat?

MARAHKAH Anwar Ibrahim apabila 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel? Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.
Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan berpengaruh dari keturunan itu.
Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu bagus - apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu? Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada umatnya.
Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang hairan sangat.
Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu - ketakutan, kebencian - orang Melayu Islam di negara ini. Seorang kenalan berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup aman damai di New York hingga ke hari ini.
Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan marah.
Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?
Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah.
Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada 1Malaysia itu.
1Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan senang hati.
Pakatan pembangkang melihat 1Malaysia sebagai musuhnya. Mereka sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu memecahkannya.
Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.
Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada mereka.
Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal.

Tuesday, March 23, 2010

Masyarakat BTP harus bersyukur


Jalan ke Batu Arang

Sek.Rendah Islam As-Solihin Blok 27B


Sek.Agama Darul Thulab Medan GVP


Tangga Blok 19 Pinewood

Surau Al-Fuqan Blok 28


Masyarakat Bandar Tasik Puteri (BTP), harus berbangga dengan apa yang telah diberikan oleh pimpinan kerajaan BN yang diterajui oleh DUN Kuang YB Abdul ShukurBin Hj.Idrus. Banyak infrastruktur yang telah dibangunkan walaupun hampir 2 tahun menjadi ADUN Kuang.Sebelum ini, banyak perkara juga telah dilakukan oleh BN-UMNO antaranya:

1.Pembinaan Masjid BTP
2.Pembinaan Sek.Rendah dan Menengah
3.Kedudukan gerai-gerai penjaja
4.Sek.Agama Rakyat
5.Gelanggang Futsal di blok 18 dan Blok 27A
6.Kemudahan Pondok Polis
7.Dan sebagainya

Penduduk perlu sedar, di bawah kepimpinan BN-UMNO banyak perkara yang telah dilakukan bagi membela rakyat khasnya di BTP. Rahmat Jumaat yang diilhamkan oleh YB banyak memberi kesan kepada beliau sebagai wakil rakyat. Program ini yang menjadikan program ziarah rakyat serta memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah penduduk di BTP.Kesan dari ziarah ini, beliau dapat melihat sendiri serta merasai kesusahan yang dialami oleh masyarakat setempat.
Walaupun kerajaan negeri diterajui oleh pihak pembangkang, bagi beliau, itu bukan satu alasan tidak turun ke padang mengziarahi rakyat.Rakyat harus dibela baru mereka yakin kepada kita (BN-UMNO).Kita tetap tunaikan janji kita walaupun kita kalah di Selangor, bagaimana atau apa caranya kita akan fikirkan, kata beliau.
Kita mengharap pengundi-pengundi di BTP kembali memberi sokongan kepada BN-UMNO dan memastikan pilihanraya ke-13 kita kembali berkuasa di Selangor.Kita belum nampak setakat ini kerja yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri selangor bagi membangunkan BTP. Mereka lebih bermain politik dari berkerja untuk rakyat.Pemimpin mereka yang ada (PAS-PKR), hanya berebut mengambil tanah TOL di sepanjang jalan keluar masuk di BTP, bukan untuk memikirkan bagaimana membantu permasalahan masyarakat di BTP.
Banyak masalah yang perlu difikirkan, bukan terangkan kawasan dan akhirnya tempat penghijrahan burung pun musnah serta suasana kehijauan pun hilang.Jika pemimpin seperti mereka ini yang dikatakan membantu masyarakat BTP,.. hentikan, kerana mereka ini lebih mementingkan diri sendiri.Tanah sekangkang kera itu yang mereka pentingkan dari memikirkan bagaimana membantu masyarakat BTP, walaupun berlainan fahaman politik, masukkan juga bantuan atau dana kewangan dari PAS atau PKR ke BTP untuk membantu masyarakat di sini.
Hanya masukkan pemimpin, dan mencaci orang, itu mereka pandai...
Kami BN-UMNO berharap masyarakat BTP perlu menolak kepimpinan mereka ini dan perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO, jika ingin melihat orang melayu itu kuat dan berkuasa.
Kita perlu fikirkan bersama, dan bagi saya selaku YB, sentiasa berlapang dada dan akan memastikan rakyat terbela di DUN Kuang termasuk di BTP.

Penduduk Tasik Puteri Minta Jalan Susur Ke Lebuh Raya

Pada Majlis Dialog,


RAWANG, 21 Mac -- Seramai 50,000 penduduk Bandar Tasik Puteri di sini menuntut pemaju menunaikan janji untuk membina jalan susur keluar ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor bagi memudahkan pergerakan mereka.Mereka mendakwa tanpa jalan susur tersebut, mereka terpaksa menggunakan jalan ke Pekan Rawang sejauh 30 kilometer jika mahu ke Kuala Lumpur.
Maklumat untuk membina jalan susur tersebut telah dibuat oleh pemaju sejak lebih 10 tahun lalu, semasa projek perumahan itu mahu dimajukan."Sebelum kami membeli rumah di sini, pemaju mengiklankan terdapatnya laluan untuk terus ke lebuh raya, tetapi kini kami rasa tertipu kerana pemaju masih belum melakukan apa-apa tindakan mengenai perkara tersebut,"
Jika pemaju masih enggan mengambil sebarang inisiatif, para penduduk akan membawa perkara itu kepada perhatian Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan mendakwa pemaju juga masih belum menyerahkan kerja penyelenggaraan perumahan sepenuhnya kepada MPS yang mengakibatkan sebahagian besar penduduk terpaksa menanggung sendiri pembiayaan bagi penyelenggaraan jalan, longkang dan lampu jalan.Hadir sama ADUN Kuang YB Tuan Abdul Shukur bin Hj.Idrus dalam majlis dialog anjuran penduduk.

Saturday, March 13, 2010

CERAMAH UMUM


Anda berkelapangan, hadirlah beramai-ramai DAN Buktikan kesetiaan anda bersama perjuangan UMNO..

"MEMBONGKAR RAHSIA....."

umno dulu kini dan selamanya......

Wednesday, March 10, 2010

PROGRAM Juara Rakyat - KUANG



Juara Rakyat, UMNO Bahagian Selayang akan menganjurkan Program Juara Rakyat seperti berikut:-
Tarikh : 12 -14 MAC 2010
Tempat : Padang Bola KG.SETIA KUANG
(Bersebelahan Pejabat YB DUN Kuang)
Masa : 8.30 pagi - 11.30 Malam
Berbagai-bagai aktiviti diadakan...
"WARGA BANDAR TASIK PUTERI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI"

Friday, March 5, 2010

Tekad tawan semula DUN Selangor


Keratan Akhar Sinar Harian 5/3/2010.

KUANG – UMNO Bahagian Selayang proaktif untuk mempertahankan dan mengekalkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuang dan Taman Templer dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR) sejak Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12) lalu. Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, pentadbiran UMNO Bahagian Selayang akan dimantapkan untuk memberikan kemudahan dan menyelaraskan gerak kerja yang lancar di 130 cawangan UMNO seluruh Bahagian Selayang yang melibatkan tiga DUN iaitu DUN Kuang, DUN Rawang dan DUN Taman Templer. “Hubungan antara kepimpinan bahagian dan sayap yang baik akan memudahkan untuk melaksanakan pelbagai program secara berpasukan terutamanya dalam usaha menawan semula negeri ini yang kini di bawah tampuk pentadbiran PR. “Dalam masa yang sama, UMNO Bahagian Selayang melaksanakan dan merencana pelbagai program bersama semua lapisan masyarakat dalam pelbagai aktiviti melibatkan kebaji- kan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan dan merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, dekat sini. Menurutnya, bangunan itu mula beroperasi pada Februari lalu yang menempatkan semua kepimpinan UMNO Bahagian Selayang melibatkan Ketua Puteri UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita bagi memudahkan mereka bekerja di bawah satu bumbung. “Saya menasihatkan kepimpinan UMNO supaya tidak mengejar populariti sebaliknya berjuang bersama untuk memperkukuhkan perjuangan UMNO seperti melakukan penyelarasan kerja dengan lebih tersusun. “Kita mempunyai hasrat bagi mempertahankan dan mengekalkan dua DUN iaitu Kuang dan Taman Templer yang kini di bawah pentadbiran BN dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang ditadbir oleh pembangkang. “Kita yakin, atas usaha yang bersungguh-sungguh mendekati masyarakat, kita akan dapat mengembalikan semula keyakinan mereka kepada UMNO sekali gus kembali kepada BN,” katanya. Shukur berkata, pembukaan pejabat itu adalah bukti dan komitmen berterusan BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya akar umbi. Katanya, pembukaan pejabat di lokasi yang baru ini memberi kesan yang besar demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat di Parlimen Selayang.

Tuesday, February 23, 2010



PETUA KENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONGPETUA KENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG


Satu ketika duluuuu.....

Anwar memuji Salman Rusdie sebagai 'profound writer'(penulis berpengetahuan mendalam), majalah ASIAWEEK, 11 November 1993.




Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang. Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana-mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?



Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.








Nik Aziz : Nikmat Besar Jika Berpadu
Satu Ketika Nik Aziz Kata Nikmat, Kini Bukan Nikmat Lagi Setelah 18 Tahun Berkuasa Di Kelantan.

PAS bukan parti yang memperjuang Islam, bila pemimpinya taksub dan menghalalkan cara...





MINIT MESYURAT ASAL (SALAHLAKU NIK AZIZ)

Kenyataan Nizar Bekas Menteri Besar Perak dengan angkuh di dalam Malaysiakini.com pada 12.Feb 2010 dalam tajuk "3,000 banjiri dewan dengar ceramah Anwar" oleh Salhan K Ahmad 3:19pm.
Petikan,

"Menyentuh kes liwat Anwar, Mohd Nizar berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah."Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-mana pun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?"Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?" kata Mohd Nizar."

Siapa Nizar..,sehingga boleh melabelkan orang itu tidak bersalah, kita pun boleh kata anwar itu seperti sesumpah, boleh je bertukar wajah bila ia rasa untuk menyelamatkan dirinya. Janganlah kerana politik murahan sehingga kita sangguh membelakangkan yang hak.Biarlah mahkamah tentukan dulu. Kita nak tanya Nizar, kerana boleh jadi Imam Solat Jemaah, anwar maksum terpelihara dari dosa ke...dan mereka tidak melakukan kesalahan di sisi allah swt...
Apa pula hukum sekiranya kita menyokong orang munafik seperti anwar..., tepuk dada tanyalah akal yang waras...Kita kena faham tiada siapa pun terlari dari ajaran Quran dan Sunnah Nabi apabila mereka mengaku beriman dengan allah swt..Kau orang UMNO ke, PAS ke atau sebaliknya perlu mematuhi apa yang dituntut oleh allah swt.

Kita melabelkan orang itu dengan berbagai label, tak masuk surgalah, amalan tak diterima dan sebagainya..apa pula hukumnya.Sepatutnya kita lebih mengajar dari menghukum..Biarlah allah swt sahaja yang menghukum dengan sebenarnya..Janganlah kita lebih dari pencipta (allah).

Janganlah kerana kepentingan politik, kita sangguh mengadai maruah Islam "yang salah ditegakkan, yang benar diabaikan". Orang tidak akan percaya lagi kata-kata kita walaupun setinggi mana serban dililit di kepala.

Cuba fikirkan petikan yang diambil dari http://www.pisau.net/ :
SPRM Pro PAS : Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai

YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat boleh selesa duduk bergoyang kaki apabila mendapat simpati daripada Pegawai Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kelantan.

Sumber dalaman SPRM Kelantan sendiri mengakui kepada Suara Rakyat bahawa Nik Aziz sepatutnya sudah didakwa berkaitan dengan dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Tuduhan tersebut ialah,(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Kedua-dua pertuduhan itu sudah cukup untuk membuat Menteri Besar Kelantan dari Parti PAS itu merengkok di dalam penjara.

Sumber dalaman SPRM Kelantan juga mengakui bahawa segala maklumat dan bukti yang diserahkan kepada SPRM Kelantan telah dibocorkan kepada seorang Ahli Parlimen PAS dari Kelantan. Ahli Parlimen tersebut juga dinasihatkan oleh seorang Pegawai Tinggi SPRM Kelantan supaya menasihatkan Tuan Guru untuk memadamkan segera segala bahan-bahan bukti bagi menyelamatkan Tuan Guru Nik Aziz.
Skandal terkini di dalam SPRM Kelantan turut menyebabkan SPRM Kelantan tidak membuka kertas siasatan terhadap Nik Aziz.

Suara Rakyat juga dimaklumkan bahawa keengganan Pegawai Tinggi SPRM menyiasat kes Nik Aziz adalah kerana bukti-bukti dan keterangan yang dikutip daripada saksi dan pemberi maklumat adalah cukup kuat dan pasti ‘melekat’ jika di dakwa.
Sebaliknya, SPRM Kelantan hanya membuka profailing terhadap kes tersebut dan bukannya kertas siasatan.

Sumber SPRM Kelantan juga mendakwa disebabkan keengganan SPRM Kelantan menyiasat kes Nik Aziz ini, Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Bin Hussin telah ditukar. Namun SPRM Kelantan masih tidak bebas dari Pegawai-Pegawai yang Pro PAS.
Kerana kecewa dengan kegagalan SPRM mendakwa Nik Aziz, Suara Rakyat telah diberikan beberapa bahan bukti penting yang ada di dalam simpanan SPRM Kelantan untuk didedahkan kepada umum.

Sebagai permulaannya, Suara Rakyat akan dedahkan minit mesyuarat asal yang bertulis tangan. Minit mesyuarat ini telah diambil SPRM daripada Pegawai Kanan PMBK yang telah dipanggil memberi keterangan oleh Pasukan Penyiasat SPRM. Kesahihan apa yang tertulis di dalam minit mesyuarat ini pula telah disahkan oleh salah seorang Ahli Lembaga PMBK yang turut dipanggil memberi keterangan.

Ada dua hal utama yang paling penting daripada bahan bukti ini iaitu,
(i) Ia membatalkan minit mesyuarat rasmi yang diserahkan kepada SPRM oleh Setiausaha PMBK yang kononnya menyatakan perlantikan bukan dibuat oleh Nik Aziz dan Nik Aziz tidak terbabit di dalam perlantikan tersebut.(ii) Ia membuktikan bahawa Nik Aziz dan Barisan Exconya termasuk Penasihat Undang-Undang Negeri telah menipu dan mengubah minit mesyuarat dengan secara sepakat bagi menyelamatkan Nik Aziz.Perkara kedua diatas juga adalah kesalahan besar kerana ia menunjukkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah cuba mencemari siasatan SPRM dengan mengubah bahan bukti.
Pada mukasurat terakhir minit yang bertulis tangan ini menunjukkan mesyuarat tamat jam 12 tengahari. Selepas tamat mesyuarat, MB membuat pengumuman ‘upgrade jawatan COO ke CEO dengan elaun ikut skim dan bermula 1 Syawal 1430H’.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah MB selaku Pengerusi PMBK hanya membuat pengumuman setelah tamatnya mesyuarat Ahli Lembaga PMBK yang ke 3 tahun 2009 pada 29 September 2009.
Maka dakwaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa kesalahan terletak pada Penasihat Undang-Undang Negeri yang hadir dalam mesyuarat itu adalah satu fitnah. Pengumuman dibuat diluar mesyuarat dan bukan di dalam mesyuarat. Maka apabila Penasihat Undang-Undang Negeri mendiamkan dirinya maka bukan satu kesalahan bagi dirinya.

Bermula dengan siri pertama ini, Suara Rakyat akan dedahkan lebih banyak bukti-bukti yang berada di tangan SPRM yang jelas menunjukkan ada pihak dalam SPRM tahu bahawa Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya boleh dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan-kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Ini termasuklah bukti-bukti berkaitan tajaan Haji oleh Nudin Awang yang kemudiannya sekali lagi Kerajaan PAS Kelantan mencemari bahan bukti atas nasihat pihak di SPRM. Kali ini ialah dengan menukar nama Nudin Awang sebagai pembayar tajaan itu kepada nama Encik Nazman yang bekerja di Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.
Hanya satu yang Suara Rakyat inginkan, iaitu Keadilan Untuk Malaysia. Selamatkan Malaysia dari rasuh yang semakin berleluasa tidak kira siapa yang melakukannya.

sumber:suararakyatPisau sangkakan wali selipar punyai kuasa keramat apabila mampu mengelak dikenakan tindakan oleh SPRM,rupanya wali selipar tidaklah sehebat mana,apabila dilindungi oleh tangan ghaib supaya tidak diambil tindakan.Barangkali juak PAS sangkakan SPRM tidak ada kes untuk mendakwa wali selipar tetapi pekung ini sudah terbuka. Nampak gaya SPRM bagi muka pada wali selipar, katanya SPRM terlalu melindungi ahli politik taraf jerung dalam UMNO dan tidak mengambil tindakan rupanya SPRM 'bersikap adil dan saksama' kerana tidak mengambil tindakan terhadap wali selipar iaitu dari PAS.Sebelum ini Pisau juga turut mendapat maklumat,mengapa wali selipar tidak pergi menunaikan haji sponsor,rupanya beliau dinasihati oleh SPRM cawangan PAS agar tidak pergi untuk mengelakkan diambil tindakan.Doa wali selipar dimakbulkan tuhan buat kesekelian kali, Allah pertontonkan kepada kita betapa mereka yang selalu mendoakan keburukan dan kemusnahan orang lain akan dibayar cash untuk dijadikan iktibar.