Wednesday, April 29, 2009

ULAMA "mi celup" dalam PAS

Pemimpin UMNO negeri bersetuju wujudnya golongan ulama ‘mi celup’ dalam Pas sehingga berlakunya perubahan dalam perjuangan asal parti itu yang dulunya diterajui golongan ulama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus berkata, jumlah golongan ulama yang semakin berkurangan dalam parti tersebut menjadi faktor mengapa parti itu kini tersasar dari perjuangan Islam. “Saya setuju terdapat golongan ulama ‘mi celup’ dalam Pas kerana dahulu memang Pas berlandaskan kepimpinan ulama namun sekarang golongan berkenaan makin berkurangan dan menjadikannya jauh tersasar daripada perjuangan Islam yang dibawa. “Golongan berkenaan lebih mementingkan kuasa dan bukanya agama, saya tidak hairan jika Nik Abduh membuat kenyataan sedemikian kerana ia telah lama berlaku dalam kepimpinan Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz terdapat golongan ulama ‘mi celup’ yang hanya menghafal istilah-istilah agama namun tidak diamalkan.
Abdul Shukur berkata, kenyataan Nik Abduh itu merupakan satu pengajaran kepada Pas kerana ditempelak oleh ahli parti sendiri yang mendedahkan kepincangan dalam parti. Katanya, pemimpin Pas kini juga dilihat gemar mengambil pendekatan ‘menghalalkan cara’ bagi mendapat sokongan dan populariti dalam kala-ngan masyarakat khususnya yang beragama Islam. “Kebelakangan ini Pas dilihat mengambil pendekatan ‘menghalalkan cara’ dengan mengizinkan perkara yang sepatutnya tidak boleh dilakukan bagi mendapatkan sokongan. “Contohnya seperti berlaku di Bukit Gantang di mana mereka menganggap orang bukan Islam yang membaca ayat al-Quran dengan tidak betul sebutannya sebagai perkara yang baik untuk menarik golongan ini memeluk Islam sedangkan itu bukanlah caranya,” katanya. Menurutnya, pemimpin Pas kini juga pandai mengaburi mata masyarakat melalui cara mereka berpakaian dan perwatakan ulama yang dibawa. Katanya, golongan berkenaan juga gemar menunjuk-nunjuk kepada masyarakat bahawa mereka merupakan pemimpin Islam sedangkan sikap dan percakapan mereka jauh lebih kasar berbanding pemimpin UMNO.
“Orang Islam jangan tertipu dengan cara pakaian mereka yang berjubah dan berserban putih, hanya menghafal satu dua ayat al-Quran dalam ceramah yang diadakan sudah dianggap sebagai ulama. “Kita tidak berpakaian sebegitu dan tidak menunjuk-nunjuk dengan mengadakan sembahyang hajat di padang mahupun stadium sedangkan terdapat masjid yang besar mampu memuatkan beribu-ribu orang, tindakan ini seolah-olah menunjukkan mereka lebih Islam,” katanya.

SH 10:02am (R)

Thursday, April 23, 2009

Pas sekarang sudah menjadi parti garfu - Angkara DAP dan PKR

Ahli Parlimen Wangsa Maju (PKR) Wee Choo Keong menulis dalam blognya, "PKR, sebagai sebuah parti politik, mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri dan tidak perlu berunding dengan sesiapa apabila kami perlu membuat keputusan politik di mana fakta waktu adalah paling mustahak."
Menurutnya PKR juga tidak dibawa berunding apabila DAP melantik "orang tertentu" sebagai ahli Exco di Pulau Pinang dan Selangor "walaupun mereka tidak sesuai untuk jawatan tersebut". Dalam Exco Pulau Pinang, PAS tidak mempunyai seorang pun wakil walaupun mereka juga adalah sebahagian dari kerabat Pakatan Rakyat.
Adakah ni bermaksud PAS tidak mempunyai ADUN yang layak untuk dilantik ke jawatan itu? atau DAP dan PKR tidak mahu imej "Islam" PAS dalam kerajaan Pulau Pinang? wahai orang-orang Pas tidak mahu mengaku lagikah anda bahawa sebenarnya Pas sekarang sudah menjadi parti garfu yang hanya digunakan seketika masa makan orang kenamaan/VVIP di tempat-tempat standand sahaja selepas itu tidak diguna pakai lagi. Dimana label Islam yang kononnya Pas bawa selama ini?Kalau dengan Umno siang-siang Pas sudah laungkan awal-awal lagi sebagai parti kapir tetapi kalau dengan DAP, Pas sanggup memberi layanan yang begitu istimewa sekali. Seandainya Umno itu kapir, ternyata Pas lebih kapir dari Umno masakan tidak DAP sudah secara terang terangan menolak Islam di negara ini. Namun pemimpin Pas sentiasa menolak andai ini sebaliknya menuduh Umno parti sesama Islam itu sendiri sebagai kapir. Pas sudah terpesong jauh dari landasan Islam sebenar. Padahal dalam hati sanubari masing-masing sudah akur Umno lah yang sebenarnya memperjuangkan Islam dinegara ini yang sudah sekian lama.
PAS Permatang Pauh membuat usul untuk parti itu bertanding di Penanti. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi pergolakkan dalam pembangkang akan berlaku. Kita akan menyaksikan satu lagi sendiwara melimpar batu sembunyi tangan, marah kan bapak mertua isteri dipukul. Seperti biasa segala tempias ini akan dilontarkan ke muka DS Najib dan kerajaaan UmnoBN juga dipersalahkan. Inilah cara hidup parti Pembangkang untok memerintah negara ini. Arahan dan lakonan dibawah pimpinan pengarah filem dan pelakon terkenal Anwar Ibrahim dalam kamus politik negara masakini. Episod menyalahkan orang lain demi menjaga rumah tangganya yang sudah purah puranda menunggu tersungkur rebah kebumi melalui lakonan layar hebat yang sudah tentu boleh mengatasi siri ceriter keluarga 69 suatu ketika dahulu. Sama-sama lah kita saksikan nanti di N21 Penanti.
Saf 11:09 (K)

Sunday, April 5, 2009

Gotong-Royong laluan sementara ke-Masjid berjalan lancar




Bandar Tasik Puteri, Usaha UMNO Caw.BTP dan UMNO Caw. Camelia Court bagi mengadakan gotong-royong membaiki laluan sementara ke Masjid mendapat sambutan baik dikalangan penduduk berhampiran. Kerja yang bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari, usaha ini juga mendapat kerjasama serta sumbangan dari pihak pejabat YB DUN Kuang.

Dengan adanya laluan sementara ini, sekurang-kurangnya dapat mempercepatkan penduduk yang datang dari blok 14, 7,1,2,3 hadir berjemaah ke Masjid tanpa berpusing jauh.Laluan ini terhad kepada kenderaan ringan (Basikal,Motor,Kereta,Van), Lori atau kenderaan berat tidak dibenarkan melalui laluan ini.

Kita harap penduduk dapat menggunanya dengan baik serta rasa tanggungjawab, walaubagaimana pun menurut kata Nazir Masjid Tuan Hj.Ramlee Bin Mohamad yang hadir sama di dalam majlis gotong-royong ini, usaha sudahpun dilakukan kepada mereka yang bertanggungjawab berhubung pembinaan jalan sebenar ke Masjid tetapi sehingga ke hari ini tiada nampak tanda-tanda kerja dilakukan.Beliau berharap pihak berwajib (Kerajaan Negeri) dapat mengambil langkah segera.Walau apapun beliau mengucapkan terima kasih serta tahniah di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua yang hadir pada hari ini, ibarat kata perpatah "kalau tiada rotan, akar pun jadi".

Semoga usaha yang murni ini terus berkekalan serta di berkati allah swt..

"JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP TETAPI TAK PANDAI MELAKSANAKAN"

Kepada mereka yang terlibat, kami Jawatankuasa UMNO Caw. BTP dan UMNO Caw. Camelia Court megucapkan berbanyak-banyak terima kasih...

Ingin melihat gambar-gambar klik di sini

Saf 18.43pm (A)

Thursday, April 2, 2009





Gotong-Royong memperbaiki Jalan laluan sementara ke Masjid BTP akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 5hb April 2009 (AHAD)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat: Dilokasi Jln Sementara Masjid BTP
Anda dijemput hadir beramai-ramai......

Saf 11:22 (K)