Thursday, January 29, 2009

Merapatkan Saf Kepimpinan UMNO Bahagian Selayang - Biro Latihan


Pada 21hb.Jan 2009 bertempat di Perangsang Templer Golf Club, satu mesyuarat Jawatankuasa Biro Latihan UMNO Bahagian Selayang telah diadakan. Selaku Pengerusi Biro (Gambar) Sdra. Zainuddin Bin Darus mengucapkan terima kasih di atas kehadiran yang ditunjukkan oleh semua AJK yang dilantik.Ini merupakan kehadiran yang ramai dan terbaik kata beliau jika dibandingkan dengan yang lain. AJK yang terdiri dari segenap lapisan kepimpinan Pemuda, Wanita, Puteri dan kepimpinan Ketua Umno Cawangan diharapkan dapat memberi satu anjakan dalam mengembalikan kepercayaan UMNO kepada masyarakat.

Kehadiran Sdra.Zawawi selaku Setiausaha Bahagian membuktikan kesungguhan UMNO Bahagian di dalam mengatasi apa jua Isu ketika ini. Dalam perbincangan yang diadakan, Biro Latihan akan menjalankan aktiviti pertamanya kepada seluruh kepimpinan akar umbi tetapi disasarkan kepada semua Ketua Cawangan di Bahagian Selayang.Intipati yang dapat disimpulkan di dalam mesyuarat Biro Latihan adalah seperti berikut:
  1. Mencari pendekatan dalam mengenalpasti pemasalahan dan hala tuju UMNO Bahagian Selayang.

  2. Melihat pemasalahan akar umbi serta mencari jalan penyelesaian bersama kepimpinan Bahagaian.

  3. Mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap UMNO di kalangan pengundi saluran 4.

  4. Menyusun modul-modul yang menjamin perkara-perkara (1),(2),(3) dapat dilaksana dengan baik.

  5. Kerjasama dari semua Jawatankuasa Biro Latihan diharapkan dapat memastikan segala perkara-perkara yang dirancangkan berjalan dengan baik dan berkesan

Semoga usaha yang murni ini diberkati allah swt... insyaallah.

Saf 16.47 (K)

Kronologi Pembinaan Masjid - Ketika Bersama YB Soohaimi Abdul Rahman DUN Kuang

Kronologi Dalam Usaha Pembinaan Dan Pembangunan Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor

Jan.2002

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk, satu cadangan telah dilontarkan kepada AJK supaya mengwujudkan satu Biro Khas bagi mengendalikan Isu berhubung dengan Pembinaan masjid di Bandar Tasik Puteri.Pada peringkat awalnya Biro ini di Ketuai sendiri oleh Pengerusi Persatuan dan di bantu oleh Sdra.Setiausaha Persatuan ketika itu. Mereka ini telah diamanahkan supaya mengendali segala isu berhubung dengan pembinaan Masjid.

22hb.Mei 2002

Melalui JK Persatuan Penduduk Bandar Tasik Puteri Dan Green Valley Park, pihak kami menghantar surat kepada Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang berhubung beberapa Isu termasuklah isu tapak masjid supaya dipanjangkan kepada pengetahuan YDP Majlis Perbandaran Selayang bagi tindakan seterusnya.

9hb.Jun 2002

JK Persatuan Penduduk BTP/GVP telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor agar menyegerakan kelulusan tapak Masjid serta tanah perkuburan Islam.

27hb.Ogos 2002

JK Persatuan Penduduk telah menjawab surat dari Pihak Pemaju bagi mengadakan pertemuan di Empire Tower pada tarikh 3hb.Sept. 2002. Pertemuan yang diadakan ini telah dihadiri bagi pihak Pemaju ialah:

1.Dato’ Nordin
2.Loke Man Kit ( Director Group Property Management )
3.Hasdi Bin Hamzah ( Jabatan Perhubungan Awam )

Di dalam pertemuan ini, kami meminta kerjasama pihak pemaju berhubung tanah Masjid agar ia dapat disegerakan bagi memudahkan pihak yang berwajib. Pihak Pemaju berjanji akan bekerjasama.

15hb.Oktober 2002

Pihak persatuan telah menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon supaya tapak yang di rezabkan bagi pembinaan Masjid di Bandar Tasik Puteri diwartakan.

15hb.Oktober 2002

Pihak Persatuan telah menghantar surat meminta peruntukan bagi membangunkan masjid di Bandar Tasik Puteri.

Surat JAIS bertarikh 30hb.Oktober 2002 menjelaskan bahawa kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan projek tersebut melalui JAIS dengan peruntukkan kos bernilai RM5 juta.

11hb.November 2002

Pihak Persatuan telah menerima surat dari pihak JAIS berhubung dengan permohonan mewartakan tanah Masjid. Surat ini merupakan salinan kepada pihak Persatuan, di mana pihak JAIS telah mengarahkan Pentadbir tanah Gombak bagi mewartakan tanah Masjid ini.

Oktober 2003

Pertemuan bersama Dato’Mansur ketika itu merupakan Pengarah JAIS, disertai oleh pihak Pemaju Sdra.Hasdi Hamzah. Wakil dari JKR dan pihak Persatuan juga ada bersama.

Di dalam pertemuan itu, pihak persatuan sekali lagi mengutarakan masalah berhubung dengan pembinaan Masjid. Beberapa soalan telah diajukan diantaranya:

1.Bagaimana dengan status pembinaan masjid di BTP
2.Peruntukkan Bajet yang diluluskan
3.Status tanah Masjid
4.Bila pembinaan ini boleh dilaksanakan

Pertengahan Tahun 2003

Pihak Persatuan telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid, di mana segala urusan berhubung dengan pembinaan Masjid di bawah JK ini. Tuan Hj.Ramlee Bin Mohamad telah dilantik sebagai Pengerusinya dan beberapa Jawatankuasa yang lain. Di mana Syed Ahmad Ferdaus Bin Syed Salim selaku Setiausaha Persatuan BTP/GVP juga merangkap Setiausaha kepada Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid ini.

15hb.Julai 2004

JAIS telah menghantar surat kepada pihak JKR (Bhg.Bangunan) memaklumkan bahawa kos peruntukkan pembinaan Masjid tidak melebihi RM5 Juta dan peruntukkan telah diluluskan pada tahun 2004 sebanyak RM500,000.00. Pihak JAIS juga telah sertakan ringkasan projek dan pelan tapak bagi tujuan tindakan oleh pihak JKR.

Malangnya surat ini telah dihantarkan kepada pihak JKR pada 6hb.Febuari 2004 tetapi pihak persatuan dimaklumkan berhubung perkara ini pada bulan Julai 2004.

23hb.Julai 2004

Pihak Persatuan mengadakan pertemuan dengan Pihak JKR di Tingkat 1 Bangunan SSAAS Shah Alam. Pihak JKR telah diwakili oleh Tuan Haji Solehan dan seorang pegawai atasan. Pihak Persatuan diwakili oleh setiap wakil dari Blok atau Kawasan Perumahan yang terdapat di BTP.

Kami telah diberikan taklimat berhubung dengan pembinaan Masjid antaranya:

1.Keterangan berhubung dengan ringkasan projek
2.Bajet yang diperuntukkan
3.pelan binaan masjid
4.Gambarajah beberapa Masjid yang telah dibina dan dalam proses juga diperlihatkan.

Sikap terbuka pihak JK Penaja Pembinaan Masjid ( JKPPM ) menerima apa jua idea yang dikemukakan oleh pihak JKR kerana ingin melihat pembinaan masjid dapat dilaksanakan dengan cepat. Di antara sikap terbuka yang kami tunjukan:

1.Bersetuju menerima pelan struktur yang sediada
2.Besetuju menerima salah sebuah masjid yang telah dibina sebagai model
yang akan dibina di BTP
3.Berkerjasama dengan pihak JKR dalam memberi maklumat berhubung
dengan tapak Masjid
4.Berjanji akan menghantar surat persetujuan rekabentuk Masjid secepat
mungkin
5.menerima cadangan pihak JKR supaya membuat lawatan ke beberapa
buah Masjid sebagai rujukan

3hb.Ogos 2004

JK diketuai oleh Setiausaha telah memberi taklimat berhubung dengan rekabentuk binaan Masjid kepada seluruh JKPPM di dalam mesyuarat bulanan.

Pada 25hb.Julai 2004, Setiausaha bersama Tim.Pengerusi serta seorang JK telah membuat lawatan ke beberapa buah Masjid yang telah dicadangkan oleh pihak JKR sewaktu pertemuan lepas.

4hb.Ogos 2004

Pihak JK Penaja Pembinaan Masjid BTP (JKPPM) telah menghantar kepada Pengarah JAIS dan salinan kepada pengarah JKR untuk perhatian kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Bangunan mengenai persetujuan rekabentuk Masjid.

16hb.Ogos 2004

JAIS selangor telah menghantar kepada Dato’ Pengarah JKR bagi tindakan susulan berhubung dengan surat persetujuan rekabentuk Masjid yang dihantar oleh JKPPM Bandar Tasik Puteri kepada JAIS.

23hb.Ogos 2004

JK penaja Pembinaan Masjid (JKPPM) juga telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor supaya mendapat perkenan Tuanku menggunakan nama DYMM Tuaku bagi nama Masjid di BTP.

JKPPM juga memohon agar DYMM Tuanku membantu mempercepatkan perlaksanaan pembinaan Masjid ini. Salinan surat ini juga diberi kepada pihak JAIS.

September/Oktober 2004

Pihak JKR dibawah kontratornya telah menjalankan kerja ukur tapak bagi menentukan tapak dan keluasan sebenarnya tapak Masjid yang direzabkan oleh pihak Pemaju.

November 2004

Pihak JKPPM telah menghubungi pihak JKR bertanyakan status perkembangan projek pembinaan Masjid.

Maklumbalas yang diberikan, masih dalam kajian disebabkan tanah yang di rezabkan terletak di kawasan lembah.Pihak JKR sedang menilai kos bagi melabelkan tanah. Kos ini dijangkakan tinggi dan perlu kajian yang terliti.

4hb.Januari 2005

Sekali lagi pihak SU telah menghubungi Tuan Hj.Sollehan (JKR) berhubung dengan pembinaan Masjid, Beliau menjelaskan bahawa tanah bagi tapak masjid merupakan tanah tambah dan sekarang pihak JKR masih membuat ujian ke atas tanah masjid.Berhubung dengan tender ia masih diperingkat proses. Beliau juga meminta setiap 2 minggu pihak JKPPM boleh menghubungi beliau bagi mengetahui perkembangan seterusnya.

5hb.Januari 2005

Pihak JKPPM telah mengadakan mesyuarat bagi melihat perkembangan terkini berhubung pembangunan Masjid.Pihak JKPPM telah mengambil susulan berhubung isu ini, antaranya:

Membuat susulan ke pihak MAIS bagi mengetahui status tapak Masjid
Membuat susulan dengan pihak JKR berhubung isu pembinaan Masjid
Membuat susulan ke pihak JAIS berhubung peruntukkan pembinaan Masjid bagi tahun 2005

Jun 2006

Sdra.SU bersama Kapt Abdullah Bin Yusof pergi ke pejabat Daerah Gombak bagi mengetahui perkembangan status tanah Masjid di Bandar Tasik Puteri.

November 2006

Sekali lagi pihak J/Kuasa yang di Ketuai Oleh Hj.Ramlee Bin Mohamad, Kapt.Abdullah Bin Yusof, Sdra.Syed Ahmad Ferdaus (SU) dan Hj.Abdul Jamil Bin Nuruddin pergi ke pejabat tanah Selangor dan bertemu dengan Pegawai JAIS Selangor bagi mengetahui status perkembangan Masjid di Bandar Tasik Puteri.

27hb.Jan 2007

Satu mesyuarat Jawatankuasa bersama Wakil Rakyat DUN Kuang YB.Tuan Soohaimi Bin Abdul Rahman, diadakan di Surau Mawaddah Blok 29 membincangkan satu tarikh serta melantik Jawatankuasa Penyelaras program. Pada hari itu juga dimaklumkan oleh pihak YB bahawa penduduk Bandar Tasik Puteri akan mendapat sebuah Masjid dan 1hb.Feb 2007 merupakan tarikh bersejarah di mana berlangsungnya Majlis Pecah Tanah tapak Masjid.

1hb. Feb 2007

Pihak Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid bersama Pejabat YB DUN Kuang telah menganjurkan Majlis Pecah Tanah dan Kenduri Kesyukuran Pembinaan Masjid Bandar Tasik Puteri yang dirasmikan oleh YB.Tuan Soohaimi Bin Abdul Rahman. Seramai hampir 400 orang penduduk hadir ke majlis ini.

12hb.Jan 2008

Satu pertemuan bersama JAIS dan JKR telah diadakan di Masjid Bandar Tasik Puteri. Di dalam pertemuan ini membincangkan penyerahan Masjid kepada pihak JAIS dan pihak JAIS kepada Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid. Ia telah dihadiri oleh YB DUN Kuang, Pengarah JKR Selangor, YDP Majlis Perbandaran Selayang dan Tuan Kadi Jabatan Agama Islam Daerah Gombak.

17hb.Jan 2008

Pertemuan JPPM bersama JAIS selepas solat Isyak di Masjid Bandar Tasik Puteri. Wakil Dari JAIS Tuan Hj.Ismail telah mengumumkan senarai Jawatankuasa bagi Sesi 2008/2009 yang pertama bagi menerajui Jawatankuasa Masjid apabila diserahkan Masjid kepada kariah.

18hb.Jan 2008

Hari yang bersejarah, di mana penduduk Islam Bandar Tasik Puteri menunaikan sembahyang Jumaat yang pertama serta solat lima waktu setelah kebenaran diberikan oleh pihak JAIS.( Masjid Boleh Digunakan ).



saf 15.20 (K)

Saturday, January 24, 2009

Peristiwa Penting UMNO Yang Perlu Diketahui

Januari 1946

Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah.

3 Januari 1946

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.

4 Mac 1946
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

29 dan 30 Mac 1946
Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union.

1 April 1946
Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan.

11 dan 12 Mei 1946
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato’ Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua.

29 dan 30 Jun 1946

Mesyuarat Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab (Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera UMNO.

27 dan 28 Julai 1946

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera UMNO.

10-12 Januari 1947

Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan contoh perjanjian negeri-negeri Melayu telah disusun oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotaiseramai 12 orang.

11- 13 Mei 1947

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu, Kelantan berdebat mengenai perlunya parti menubuhkan cawangan di seluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-persatuan Melayu sahaja. Dato’ Haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin bin Abas.

2 – 4 September 1947

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak Melayu.

21 Januari 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di King’s House, Kuala Lumpur.

1 Februari 1948

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union.

28 dan 29 Mei 1949
Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong, Arau, Perlis telah memutuskan satu perlembagaan baru membolehkan orang perseorangan mendaftar terus dan UMNO tidak lagi terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya. Dengan itu juga, struktur pentadbiran UMNO berubah menjadikannya empat peringkat iaitu Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan. Terdapat tiga pertubuhan yang tidak bersetuju dengan perubahan untuk menjadi Ahli Bergabung dengan UMNO.

25 Ogos 1949

Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth, satu badan yang dikenali sebagai ‘Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO’ telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih sebagai Ketua. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, nama badan tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita.

26 Ogos 1949

Persidangan Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato’ Onn Jaafar sebagai Penasihat. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda. Keputusan untuk menubuhkan sebuah Pergerakan Pemuda sebenarnya telah ditetapkan di dalam Undang-undang tubuh UMNO yang diluluskan pada 29 Mei 1946.

20 Februari 1950

UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama Se-Malaya di Muar, Johor bagi memperjuangkan soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO.

11 Jun 1950

Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima. Persidangan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini telah menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kecaman dan tuduhan berat terhadap Dato’ Onn bin Jaafar berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC. Bagamaimanapun cadangan kerakyatan diterima dengan pindaan berikut: Menambah syarat-syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap di sini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Melayu.


12 Jun 1950

Dato Onn yang kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terhadapnya telah meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua pada hari kedua Persidangan.

20 Julai 1950

Satu rombongan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian UMNO dan penduduk kampung telah berarak ke rumah Dato' Onn di Johor Bahru untuk memujuk beliau menyertai semula UMNO. Beliau bersetuju memimpin UMNO semula dengan syarat beliau tidak dikecam lagi.

27-29 Ogos 1950

Pada Persidangan tahun ke-5, Dato’ Onn bin Jaafar telah diberi sambutan yang meriah dan beliau memegang semula jawatan Yang DiPertua.

September 1950

Cadangan UMNO mengenai Rakyat diluluskan dan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri Melayu. Ia telah menjadi asas kepada Undang-undang Kerakyatan 1951.


4 Februari 1951

Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan ‘Hidup Melayu’ ditukarkan kepada ‘Merdeka’, sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak diadakan.

23 dan 25 Mac 1951

Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan ‘Merdeka’ sebagai seruan rasmi UMNO.

Jun 1951

Pada November 1950, Dato’ Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat ‘Malayan’. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin ‘meMalayankan’ Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato’ Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.

25 dan 26 Ogos 1951

Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato’ Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.

8 Januari 1952

UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.

23 Ogos 1953

Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan.


1 Februari 1954

Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L. Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar.

27 Julai 1955

Pilihan Raya Persekutuan diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan Perikatan memenangi 51 kerusi.

31 Julai 1955

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan. Pembukaan rasmi Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman) Kuala Lumpur oleh Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan.


26 dan 27 Disember 1955

Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan. Sebelum itu Tun Sardon telah ke Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas. Turut berada di situ ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan.

1 Januari 1956

Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Tun Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.

31 Ogos 1957

Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

19 Ogos 1959

Pilihanraya Umum yang pertama selepas Merdeka bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat. UMNO memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar.


27 Mei 1961

Tunku Abdul Rahman Putra menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura. 4 November 1961 Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur. Persidangan ini mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia.

21 Jun 1962

Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.


23-25 Jun 1962

Konvensyen Pergerakan Permuda UMNO diadakan bagi menyatukan tenaga Pemuda dalam memelihara masa depan negara.


25 April 1964

Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua diadakan. Dalam pilihanraya ini UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang dipertandingkan.

20 Mei 1964

Majlis Kerja Tertinggi UMNO membincangkan soal mengembangkan UMNO ke Sabah dan Sarawak.

2 Mac 1965

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan susunan pentadbiran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO diselaraskan dengan pentadbiran UMNO Malaysia.

10 Mei 1969

Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan. UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihanraya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi.


13 Mei 1969

Peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan.


22 September 1970

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru.

23 dan 24 Januari 1971

Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel, Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang DiPertua UMNO dan Tun Haji Abdul Razak Dato’ Hussein telah dipilih sebagai Yang DiPertua UMNO yang baru. Februari 1971 Parlimen dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru serentak dengan Rancangan Malaysia ke-2 diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan Perlembagaan Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan.

11 Mei 1971
Perayaan 25 tahun UMNO disambut secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

1 Januari 1973

Penubuhan rasmi kerajaan Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat.

2 Ogos 1973

Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia dan Tun Hussein Onn memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.


13 Ogos 1973

Rombakan kecil kabinet berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Ghazali Shafie sebagai Menteri Dalam Negeri.

17 Januari 1974

Perjumpaan antara beberapa buah parti dalam kerajaan campuran bagi membincangkan pelaksanaan konsep ‘Barisan Nasional’.

1 Jun 1974
Barisan Nasional didaftarkan secara rasminya.

23 Ogos 1974

Pilihan Rraya umum ke-4. Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang diperuntukkan iaitu sebanyak 61 kerusi.

30 November 1975

Sidang Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi kepercayaan kepada Dato’ Harun Idris selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

14 Januari 1976

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn mengantikanbeliau sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO.

5 Mac 1976

Pembentukan kabinet baru Tun Hussein Onn. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

17 Disember 1977

PAS terpecat dengan sendirinya dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan.

8 Julai 1978

Pilihanraya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 kerusi daripada 74 kerusi yang dipertandingkan.


11 Mac 1978

Pilihanraya Negeri Kelantan diadakan setelah pemerintahan darurat ditamatkan. Barisan Nasional berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959.

15 September 1978

Perhimpunan Agung UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur telah memilih Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Presiden.

30 Mei hingga 1 Jun 1980

Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO diadakan di Kuala Lumpur bagi merumuskan langkah-langkah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

15 Mei 1981

Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO. Jun 1981 Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato’ Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.

22 April 1982

Dalam Pilihan Raya Umum yang ke-6, Barisan Nasional telah menang besar dengan memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan.


9 September 1982

Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menewaskan Dato’ Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10 undi, bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.


25 Januari 1984

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju USNO dipecat daripada Barisan Nasional kerana menentang tindakan menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.


26 September 1985

Perasmian Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra, di Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

29 Februari 1986
Dato’ Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

29 Februari 1986

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membincangkan perletakan jawatan Dato’ Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat bersetuju memujuk Dato’ Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.

7 Mei 1986

YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Dato’ Musa Hitam.


3 Ogos 1986

Pilihan Raya Umum yang ke-7, peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung). Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 83 kerusi daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.

24 April 1987

Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. YAB Encik Ghaffar Baba pula menewaskan Dato’ Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

25 Julai 1987

Kumpulan 12 ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak sah.

4 Februari 1988

Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.

13 Februari 1988

Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

16 Februari 1988
UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional.

28 Januari 1989

Pilihan Raya kecil bagi kawasan Parlimen Ampang Jaya, calon BN dari MCA, Ong Tee Kiat menewaskan calon Semangat 46 iaitu Dato’ Harun Idris.

29 Mei 1990

Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn meninggal dunia di San Francisco kerana sakit jantung dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

21 Oktober 1990

Pilihan Raya Umum yang ke 8, diadakan dan Barisan Nasional memenangi 127 kerusi daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. UMNO memenangi 71 daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.

6 Disember 1990

Perdana Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya dikebumikan di Makam DiRaja Alor Setar, Kedah.

21 Februari 1991

Presiden UMNO , Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan UMNO Sabah dan YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang pertama.

15 Oktober 1993
YAB Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

4 November 1993

Perhimpunan Agung UMNO 1993, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, kemudian pada 1 Disember 1993 dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

April 1995

Pilihanraya Umum yang ke-9, UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan.


5 September 1997

Perhimpunan Agung Khas UMNO telah mencadangkan agar perkataan ‘Baru’ pada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) dimansuhkan. Dengan itu nama yang diguna pakai ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.


2 September 1998

Mesyuarat Majlis Tertinggi telah memecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah guna kuasa dan perlakuan sumbang oleh mahkamah.

2 Januari 1999

Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

November 1999

Pilihan raya Umum yang ke-10, UMNO memenangi 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi yang dipertandingkan.

11 Mei 2000

Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Oktober 2000

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang dianggotai oleh ahli-ahli yang tidak mempunyai kepentingan tertentu dalam politik.

12 Januari 2001

Tokoh veteran UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru ditubuhkan.

8 Februari 2001

Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS mencadangkan tarikh 19 Februari 2001 sebagai tarikh pertemuan kedua-dua parti tersebut. Dalam pertemuan ini, setiap parti akan diwakili oleh enam orang ahli yang diketuai oleh Presiden parti. 16 Februari 2001Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS bermesyuarat. PAS mengenakan tiga tuntutan untuk merialisasikan pertemuan ini iaitu: i - mengembalikan royalti minyak (wang ihsan) Kerajaan Terengganu yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. ii - membenarkan penerbitan akhbar rasmi parti Harakah dua kali seminggu dan menolak cadangan UMNO untuk membuang perkataan ‘Islam’ dalam parti politik. Bagi pihak UMNO, pertemuan UMNO-PAS tersebut hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayu yang terbahagi kepada empat agenda seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu: i - Hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ii - Agama Islam sebagai agama rasmi, dan; iii - Status Raja-raja Melayu Pertemuan UMNO-PAS gagal dilaksanakan pada tarikh yang dicadangkan dan ditangguhkan.


30 Mac 2001

Azalina Dato’ Othman Said dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri UMNO, dengan dianggotai oleh 20 orang Jawatankuasa Penaja. Tujuh orang daripadanya dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi manakala 13 orang yang lain dipilih melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri.


27 Julai 2001

Sekretariat bebas ditubuhkan bagi meneliti rayuan ahli-ahli UMNO berkaitan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sekretariat panel rayuan ini diketuai oleh Datuk Mohd. Zuki Kamaluddin.

10 Mei 2002

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju supaya Ketua Puteri UMNO diiktiraf sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO setaraf dengan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda kerana mereka juga adalah sebagai sayap UMNO.

22 Jun 2002

Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas diadakan bagi: i - membincangkan pengumuman Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan serta mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berikutan pengumuman perletakan jawatan tersebut. ii - bersetuju meminta semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri supaya memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai senario sebenar dan menyetujui bahawa Dato’ Seri Dr. Mahathir akan kekal memegang semua jawatan seperti biasa.

25 Jun 2002

Majlis Tertinggi menghormati hasrat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada Oktober 2003 dan menyokong rancangan peralihan kuasa yang digariskan.


3 Ogos 2003

Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


31 Oktober 2003

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Perdana Menteri dan Bendahari UMNO. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyandang jawatan sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

21 Mac 2004

Pilihan raya umum ke-11. UMNO memenangi 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah pencapaian paling cemerlang Barisan Nasional dalam sejarah pilihan raya.

16 September 2004

Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menutup pintu terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang usaha untuk membawanya kembali ke dalam parti.

23 September 2004

Perhimpunan Agung UMNO 2004 memilih Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden.

3 Disember 2004

Majlis Tertinggi menolak cadangan untuk menubuhkan Pergerakan Veteran UMNO sebagai sayap baru parti tetapi bersetuju supaya ia hanya berbentuk Kelab Veteran UMNO bagi membolehkan golongan tersebut terus menyumbang kepada parti 5 Februari 2005 Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menetapkan sasaran membentuk personaliti ‘Melayu Unggul’ (Towering Malays) dalam Majlis Amanat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.

25 Mac 2005

Majlis Tertinggi meluluskan penubuhan Putera UMNO sebagai satu gerakan baru Pemuda ke arah memantapkan lagi perjuangan parti dan ia lebih bersifat kepada aktiviti sosial.

11 Mei 2005

Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan 11 Mei sebagai ‘Hari UMNO’ dan dalam majlis yang sama Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Ismail dipilih sebagai penerima anugerah Melayu Terbilang.

19 Jun 2005

Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merasmikan penubuhan Putera UMNO, di Stadium Hang Tuah, Melaka.


21 Januari 2006

Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melancarkan kempen penambahan ahli baru yang dinamakan ‘Keluargaku Ahli UMNO’ di Dewan Merdeka, PWTC. Kempen ini mensasarkan peningkatan bilangan ahli sebanyak 10 peratus atau 330,000 anggota baru menjelang pertengahan tahun 2006 dengan menekankan kualiti ahli dan menggunakan kekuatan hubungan kekeluargaan ahli UMNO sendiri.

23 April 2006

Mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah dalam usia 81 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham mengabdikan hampir seluruh hidupnya dalam perjuangan politik tanah air termasuk menentang perjuangan menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1940-an. Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.



Petikan dari UMNO Online 13.45 (SB)

Thursday, January 22, 2009

Amanat KC kepada ahli UMNO Caw.Bandar Tasik Puteri



Assalamualaikum,
Walaupun tahun baru 2009 telah berlalu hampir sebulan, tidak terlambat bagi saya rasanya mengucapkan "selamat tahun baru" kepada semua ahli UMNO di Bandar Tasik Puteri.
Dalam mengharungi liku pergolakkan semasa politik tanah air, sudah pastinya rintangan dan halangan kita akan lalui.Bagi kita sebagai ahli UMNO jangan sesekali kita merasa patah semangat atau hilang punca dalam menghadapi cabaran ini.Apa yang perlu kita lakukan ia bersatu serta menyusun kekuatan sesama kita.Ingat parti UMNO adalah parti keramat yang perlu kita letakkan di atas sebagai pengiktirafan jasa perjuangan datok, nenek kita dahulu dalam menuntut kemerdekaan negara.Hari ini apa yang kita nikmati adalah hasil perjuangan UMNO. Jangan kita lupa jasa yang telah ditaburkan oleh kerajaan di bawah kepimpinan parti UMNO sehingga kita menikmati keamanan tanpa rasa takut dalam mengharungi kehidupan seharian.
Kita lihat sekarang pihak pembangkang sengaja meletakan isu kesamarataan atau sebaliknya bagi mengelirukan kita agar matlamat mereka untuk memerintah negara tercapai. Kita kena faham adakah rakyat Malaysia berbilang kaum hari ini termasuk kalangan para pemimpin tidak memahami atau sengaja menidakkan perbezaan antara kesamarataan dan keadilan? Ini kerana kedua-dua konsep tersebut yang nampak sama maksudnya tetapi berbeza gagal difahami apabila melihatkan pendirian dan tindakan yang dilakukan mutakhir ini.Akibatnya, berlakulah ketidakadilan pada ketika kesamarataan terlalu diberi penekanan yang seterusnya menyebabkan sebelah pihak semakin "memendam rasa" manakala sebelah pihak lagi seperti "naik lemak".
Adakah pemberian tanah ribuan ekar dan peruntukkan beratus-ratus ribu ringgit untuk tujuan penempatan, pendidikan dan kebudayaan kepada bukan Melayu seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Perak itu benar-benar adil kepada orang Melayu yang masih banyak perlu diberi perhatian di negara ini? Perlu ditegaskan, kesamarataan (equality) tidak semestinya membawa keadilan (equity). Apatah lagi dalam konteks negara ini yang rupa bentuk bangsa Malaysia dan perpaduannya begitu rapuh kerana kaum bukan bumiputera masih kuat dicengkam rasa perkauman sedangkan orang Melayu pula terlalu banyak bertolak-ansur.
Walaupun dalam Fasal (8) Perkara 1 Perlembagaan Malaysia menyatakan semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang tetapi itu bukanlah tiket untuk pihak tertentu yang antinasionalisme sebaliknya kuat cauvinismenya mengeksploitasi peruntukan itu demi kepentingan politik kepartian masing-masing. Kedudukan bahasa kebangsaan (Perkara 152), agama Persekutuan (Perkara 3) serta kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Perkara 153) yang merupakan sebahagian daripada antara unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan negara ini tidak wajar sewenang-wenangnya "dikaji semula" dengan tujuan menghapuskannya atas alasan mahu mewujudkan kesamarataan dengan kelompok etnik lain.
Apa yang berlaku di seberang Tambak Johor wajar diteladani agar virus "pisang berbuah dua kali" tidak merebak ke negara ini. Jika diteliti senarai Kabinet Singapura didapati hanya seorang sahaja menteri Melayu iaitu Yaacob Ibrahim daripada kira-kira 20 portfolio yang ada, manakala etnik India Singapura yang merupakan kelompok ketiga terbesar mempunyai empat orang menteri.
Adakah itu adil kepada etnik Melayu sebagai penduduk asal dan kelompok kedua terbesar di republik itu sedangkan jumlah dan kedudukan portfolio yang dipegang oleh menteri berketurunan India pun mengatasi Melayu? Malah, penekanan melampau akan konsep kesamarataan turut mengheret kepada ketidakadilan yang seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati orang Melayu sebagai penduduk asal kawasan yang dikategorikan dunia Melayu ini. Ironinya, kesamarataan yang ditekankan pun tidak wujud apabila sebelah pihak sahaja dilebihkan.
Ini dapat dilihat daripada keluhan seorang pembaca akhbar Berita Harian Singapura (3 September 2008) yang khuatir melihatkan semakin banyaknya papan tanda dan siaran TV berbahasa Inggeris dan Mandarin serta ramai pegawai tinggi pemerintah di negaranya kini yang tidak tahu bertutur bahasa Melayu. Tidakkah keadaan tersebut telah atau bakal menimpa negara ini jika peralihan kerajaan baru yang diuar-uarkan pada 16 September menjadi kenyataan akibat tidak faham akan perbezaan konsep kesamarataan dan keadilan? Tuntutan dan desakan yang semakin kuat hari ini seolah-olah menggambarkan orang Cina dan India ditindas serba-serbi selama kedatangan keturunan mereka ke tanah air ini sejak kurun ke-19 lalu yang kemudiannya dengan mudah memperoleh kerakyatan ketika di ambang kemerdekaan seterusnya hidup selesa sehingga hari ini. Oleh itu, pemahaman dan tafsiran semua pihak berhubung konsep kesamarataan dan keadilan mestilah jelas.
Pemimpin-pemimpin Melayu sama ada daripada Pakatan Rakyat (PKR-PasDAP) mahupun UMNO/BN mesti berhati-hati dalam strategi dan tindakan politik mereka agar tidak membawa bala kepada generasi bangsanya sendiri kemudian hari. Pendek kata, keadilan itu adalah setiap orang dapat apa yang sepatutnya dia perolehi bukannya mesti sama banyak atau mesti ada sama seperti orang Melayu/bumiputera miliki.Dalam masa yang sama, orang bukan Melayu mesti sedar diri akan di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.
Di Bandar Tasik Puteri sendiri jika kita lihat, ada di antara kita mengamalkan politik extrim, terlampau taksub sehingga kita lupa bahawa kita ini bangsa Melayu berpegang kepada ajaran Islam.Kita susah sangat hendak bersatu malah lebih suka melihat orang kita susah.

Wahai ahli UMNO yang saya hormati,

Bangunlah dari tidur, kekuatan sentiasa ada pada diri kita,marilah kita susun saf kepimpinan ahli-ahli UMNO agar UMNO bersinar kembali di bumi Malaysia ini.Kita berikan keyakinan kepada masyarakat. Bahawa UMNO dulu kini dan selamanya.....


saf 12.00 (K)