Wednesday, March 24, 2010

Kemalangan di Jalan Masuk BTP





Bandar Tasik Puteri, 23 Mac 2010 Jam 12.30 T/hari:

Satu kemalangan berlaku kira-kira jam 12.30 T/hari di jalan utama, masuk ke Bandar Tasik Puteri berhampiran dengan kolam pancing.

Menurut kata saksi, kereta yang dipandu laju terbabas lalu melanggar pokok kelapa sawit dan menyebabkan kereta terbakar, kejadian itu disaksikan beberapa orang kebetulan berada di situ. Mereka memberi pertolongan dengan mengambil air serta apa saja yang boleh membantu memadamkan api sementara menunggu pihak bomba.
Kawasan ini kerap berlaku kemalangan , sebelum ini sudah 3 kemalangan berlaku di tempat yang sama. Kemalangan kali ini nyaris meragut nyawa pemandu, jika pertolongan lambat diberikan.
Kita mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu, pihak bomba serta ambulan, jika tidak sudah pastinya nyawa hilang.Pemandu kenderaan dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.
Semoga para pemandu BTP berhati-hati memandu, ingat orang tersayang..

Membuka Minda,...fikir-fikirkan - Ahli UMNO


1Malaysia, 1Israel: Apa yang kalut sangat?

MARAHKAH Anwar Ibrahim apabila 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel? Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.
Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan berpengaruh dari keturunan itu.
Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu bagus - apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu? Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada umatnya.
Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang hairan sangat.
Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu - ketakutan, kebencian - orang Melayu Islam di negara ini. Seorang kenalan berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup aman damai di New York hingga ke hari ini.
Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan marah.
Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?
Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah.
Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada 1Malaysia itu.
1Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan senang hati.
Pakatan pembangkang melihat 1Malaysia sebagai musuhnya. Mereka sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu memecahkannya.
Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.
Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada mereka.
Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal.

Tuesday, March 23, 2010

Masyarakat BTP harus bersyukur


Jalan ke Batu Arang

Sek.Rendah Islam As-Solihin Blok 27B


Sek.Agama Darul Thulab Medan GVP


Tangga Blok 19 Pinewood

Surau Al-Fuqan Blok 28


Masyarakat Bandar Tasik Puteri (BTP), harus berbangga dengan apa yang telah diberikan oleh pimpinan kerajaan BN yang diterajui oleh DUN Kuang YB Abdul ShukurBin Hj.Idrus. Banyak infrastruktur yang telah dibangunkan walaupun hampir 2 tahun menjadi ADUN Kuang.Sebelum ini, banyak perkara juga telah dilakukan oleh BN-UMNO antaranya:

1.Pembinaan Masjid BTP
2.Pembinaan Sek.Rendah dan Menengah
3.Kedudukan gerai-gerai penjaja
4.Sek.Agama Rakyat
5.Gelanggang Futsal di blok 18 dan Blok 27A
6.Kemudahan Pondok Polis
7.Dan sebagainya

Penduduk perlu sedar, di bawah kepimpinan BN-UMNO banyak perkara yang telah dilakukan bagi membela rakyat khasnya di BTP. Rahmat Jumaat yang diilhamkan oleh YB banyak memberi kesan kepada beliau sebagai wakil rakyat. Program ini yang menjadikan program ziarah rakyat serta memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah penduduk di BTP.Kesan dari ziarah ini, beliau dapat melihat sendiri serta merasai kesusahan yang dialami oleh masyarakat setempat.
Walaupun kerajaan negeri diterajui oleh pihak pembangkang, bagi beliau, itu bukan satu alasan tidak turun ke padang mengziarahi rakyat.Rakyat harus dibela baru mereka yakin kepada kita (BN-UMNO).Kita tetap tunaikan janji kita walaupun kita kalah di Selangor, bagaimana atau apa caranya kita akan fikirkan, kata beliau.
Kita mengharap pengundi-pengundi di BTP kembali memberi sokongan kepada BN-UMNO dan memastikan pilihanraya ke-13 kita kembali berkuasa di Selangor.Kita belum nampak setakat ini kerja yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri selangor bagi membangunkan BTP. Mereka lebih bermain politik dari berkerja untuk rakyat.Pemimpin mereka yang ada (PAS-PKR), hanya berebut mengambil tanah TOL di sepanjang jalan keluar masuk di BTP, bukan untuk memikirkan bagaimana membantu permasalahan masyarakat di BTP.
Banyak masalah yang perlu difikirkan, bukan terangkan kawasan dan akhirnya tempat penghijrahan burung pun musnah serta suasana kehijauan pun hilang.Jika pemimpin seperti mereka ini yang dikatakan membantu masyarakat BTP,.. hentikan, kerana mereka ini lebih mementingkan diri sendiri.Tanah sekangkang kera itu yang mereka pentingkan dari memikirkan bagaimana membantu masyarakat BTP, walaupun berlainan fahaman politik, masukkan juga bantuan atau dana kewangan dari PAS atau PKR ke BTP untuk membantu masyarakat di sini.
Hanya masukkan pemimpin, dan mencaci orang, itu mereka pandai...
Kami BN-UMNO berharap masyarakat BTP perlu menolak kepimpinan mereka ini dan perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO, jika ingin melihat orang melayu itu kuat dan berkuasa.
Kita perlu fikirkan bersama, dan bagi saya selaku YB, sentiasa berlapang dada dan akan memastikan rakyat terbela di DUN Kuang termasuk di BTP.

Penduduk Tasik Puteri Minta Jalan Susur Ke Lebuh Raya

Pada Majlis Dialog,


RAWANG, 21 Mac -- Seramai 50,000 penduduk Bandar Tasik Puteri di sini menuntut pemaju menunaikan janji untuk membina jalan susur keluar ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor bagi memudahkan pergerakan mereka.Mereka mendakwa tanpa jalan susur tersebut, mereka terpaksa menggunakan jalan ke Pekan Rawang sejauh 30 kilometer jika mahu ke Kuala Lumpur.
Maklumat untuk membina jalan susur tersebut telah dibuat oleh pemaju sejak lebih 10 tahun lalu, semasa projek perumahan itu mahu dimajukan."Sebelum kami membeli rumah di sini, pemaju mengiklankan terdapatnya laluan untuk terus ke lebuh raya, tetapi kini kami rasa tertipu kerana pemaju masih belum melakukan apa-apa tindakan mengenai perkara tersebut,"
Jika pemaju masih enggan mengambil sebarang inisiatif, para penduduk akan membawa perkara itu kepada perhatian Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan mendakwa pemaju juga masih belum menyerahkan kerja penyelenggaraan perumahan sepenuhnya kepada MPS yang mengakibatkan sebahagian besar penduduk terpaksa menanggung sendiri pembiayaan bagi penyelenggaraan jalan, longkang dan lampu jalan.Hadir sama ADUN Kuang YB Tuan Abdul Shukur bin Hj.Idrus dalam majlis dialog anjuran penduduk.

Saturday, March 13, 2010

CERAMAH UMUM


Anda berkelapangan, hadirlah beramai-ramai DAN Buktikan kesetiaan anda bersama perjuangan UMNO..

"MEMBONGKAR RAHSIA....."

umno dulu kini dan selamanya......

Wednesday, March 10, 2010

PROGRAM Juara Rakyat - KUANG



Juara Rakyat, UMNO Bahagian Selayang akan menganjurkan Program Juara Rakyat seperti berikut:-
Tarikh : 12 -14 MAC 2010
Tempat : Padang Bola KG.SETIA KUANG
(Bersebelahan Pejabat YB DUN Kuang)
Masa : 8.30 pagi - 11.30 Malam
Berbagai-bagai aktiviti diadakan...
"WARGA BANDAR TASIK PUTERI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI"

Friday, March 5, 2010

Tekad tawan semula DUN Selangor


Keratan Akhar Sinar Harian 5/3/2010.

KUANG – UMNO Bahagian Selayang proaktif untuk mempertahankan dan mengekalkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuang dan Taman Templer dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR) sejak Pilihan Raya Umum 12 (PRU 12) lalu. Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, pentadbiran UMNO Bahagian Selayang akan dimantapkan untuk memberikan kemudahan dan menyelaraskan gerak kerja yang lancar di 130 cawangan UMNO seluruh Bahagian Selayang yang melibatkan tiga DUN iaitu DUN Kuang, DUN Rawang dan DUN Taman Templer. “Hubungan antara kepimpinan bahagian dan sayap yang baik akan memudahkan untuk melaksanakan pelbagai program secara berpasukan terutamanya dalam usaha menawan semula negeri ini yang kini di bawah tampuk pentadbiran PR. “Dalam masa yang sama, UMNO Bahagian Selayang melaksanakan dan merencana pelbagai program bersama semua lapisan masyarakat dalam pelbagai aktiviti melibatkan kebaji- kan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan dan merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, dekat sini. Menurutnya, bangunan itu mula beroperasi pada Februari lalu yang menempatkan semua kepimpinan UMNO Bahagian Selayang melibatkan Ketua Puteri UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Wanita bagi memudahkan mereka bekerja di bawah satu bumbung. “Saya menasihatkan kepimpinan UMNO supaya tidak mengejar populariti sebaliknya berjuang bersama untuk memperkukuhkan perjuangan UMNO seperti melakukan penyelarasan kerja dengan lebih tersusun. “Kita mempunyai hasrat bagi mempertahankan dan mengekalkan dua DUN iaitu Kuang dan Taman Templer yang kini di bawah pentadbiran BN dan berjuang untuk mengembalikan DUN Rawang yang ditadbir oleh pembangkang. “Kita yakin, atas usaha yang bersungguh-sungguh mendekati masyarakat, kita akan dapat mengembalikan semula keyakinan mereka kepada UMNO sekali gus kembali kepada BN,” katanya. Shukur berkata, pembukaan pejabat itu adalah bukti dan komitmen berterusan BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya akar umbi. Katanya, pembukaan pejabat di lokasi yang baru ini memberi kesan yang besar demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat di Parlimen Selayang.