Friday, February 24, 2012

Kerajaan Pakatan Di Selangor Sedang Bahagi-bahagikan ‘Harta Perang’




Kerajaan negeri Selangor kini diibaratkan sedang membahagi-bahagikan `harta perang’ antara mereka, selain menghabiskan aset dan harta yang telah dibangunkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Beranikah Menteri Besar Berkata Benar Selesai Isu Selangor?

Penganalisis politik tempatan, Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek membidas pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang perlu lebih bertanggungjawab bukan saja kepada rakyat tempatan tetapi juga dalam mengurus tadbir harta yang diamanahkan dalam pengurusannya.

Katanya, pemerintah negeri adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan keseluruhan aset negeri sama ada yayasan negeri dan juga PKNS yang menjadi isu kontroversi sejak pentadbiran negeri beralih tangan.

“Harta benda ini beralih tangan ekoran peralihan kuasa tetapi walaupun mereka menang dalam pilihan raya dan menjadi teraju kepada negeri Selangor bukan bermakna mereka bebas melakukan apa saja mengikut kehendak mereka sebaliknya pentadbiran adalah berasaskan perundangan yang ada.

Sejak mentadbir Selangor, kerajaan negeri yang diketuai anggota PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim gagal memberi penjelasan berkaitan pelbagai persoalan dan isu yang timbul termasuklah berhubung isu penyelewengan pasir, PKNS, dan juga isu Yayasan Selangor dengan yang terbaru perancangan untuk merobohkan asramanya di Kampung Pandan.

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab maka semua persoalan yang membabitkan rakyat dan harta benda kerajaan perlu dilakukan dengan sempurna dan sekiranya ada sebarang kesulitan maka pemimpin berkenaan perlu memberi penjelasan,” katanya.

Ujarnya, jika tidak salah maka tentunya Khalid tidak akan mengelak daripada memaklumkan perkara yang berlaku apatah lagi tentunya semua urusan yang dibuat mempunyai prosidur yang telah ditetapkan.

“Semua orang boleh buat laporan akan kepincangan yang berlaku, dan dengan laporan tersebut siasatan boleh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan apa sebenarnya yang berlaku.”

“Sekiranya kerajaan Negeri terus ambil sikap berdiam diri mengenai isu yang timbul maka tentunya ia akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan ini bukanlah kerja orang politik sebagaimana alasan mudah mereka apabila mahu lari daripada topik perbincangan,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besarnya sendiri perlulah bertanggungjawab sepenuhnya dan jangan mudah menuding jari kononnya ia adalah angkara UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mahu menjatuhkan mereka.


“Jika benar maka berkatalah benar dan lakukanlah penyiasatan secara terperinci kerana ia secara tidak langsung bukan sahaja mampu membersihkan nama mereka sebagaimana yang dilaporkan tetapi juga inilah nilai kredibiliti sebagai pemimpin. Namun begitu, apabila tidak ada tindakan dibuat maka jangan salahkan sesiapa kerana rakyat sendiri bijak membuat penilaian,” ujarnya.

Thursday, February 23, 2012

Amanat KC dalam menghadapi PRU Ke-13



Perjuangan kita belum selesai.... tapi hanya mereka yang tabah dan cekal akan memastikan perjuangan ini dimercu kejayaan.

Hari ini,orang melayu sudah lupa, alfa..malah tidak pernah bersungguh-sungguh ingin melihat bangsanya berjaya, apatah lagi ingin melihat satu hari nanti, anak cucunya juga merasa keamanan yang ada pada hari ini.

Kita sedar, bila kita tidak bersatu..akhirnya kita lemah dan tidak boleh melakukan apa yang boleh dibanggakan oleh bangsa sendiri. wahai sahabatku..bangun ! bangun dari segalanya..pasti dan lihat apa yang telah terjadi hari ini.. kerana hari inilah yang menjanjikan sinar hari esok.

Marilah kita bersatu. kerjasama dan berganding bahu...memastikan PRU ke-13 ini, memberi kemenangan kepada kita, agar Agama, Bangsa dan Negara terpelihara dari mereka yang cemburu dan dengki melihat kejayaan yang dicapai selama ini.

Tamankan azam, kerja kuat, cekal ...yang menjadi ramuan kepada diri kita, agar menghindarkan segala kekeliruan negetif...supaya dengan keazaman ini, ia menjadikan kita lebih bersedia menghadapi PRU ke-13 nanti.

Sama-samlah kita berdoa, agar allah swt menerima apa yang kita pohon...bagi menentukan masa depan negara. Hari ini kita senyum,...esok belum tentu kita dapat melakukannya...semoga kita dapat renung-renungkanlah agar esok menjanjikan kemenangan...

Amanat KC BTP...23 Feb 2012

Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulillah, Selesai juga Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 -UMNO Cawangan BTP



Alhamdulillah, syukur kepada allah swt kerana rahmatnya Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan BTP berjalan di dalam suasana kekeluargaan. Kami Jawatankuasa UMNO Cawangan BTP mengucapkan terima kasih kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang Dato' IR Hj.Nasir Bin Hj.Ibrahim mewakili YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus hadir di dalam mesyuarat ini.


Ucapan terima kasih, tidak lupa juga kepada kepimpinan AJK Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri, Ketua-Ketua Cawangan serta seluruh ahli-ahli UMNO BTP yang turut hadir. Semoga kehadiran seluruh kepimpinan ini membakar semangat dalam memertabatkan perjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.


Antara imbasan ucapan KC, janganlah ada di antara kita yang suka bersikap seperti Si Kitul, bagaimana kerajaan Melaka yang gagah akhirnya jatuh disebabkan peranan Si Kitul yang suka memfitnah, melaga-lagakan, tanpa usul periksa, hasrat dengki dan perbuatan yang keji.


Jika ada di antara kita yang bersikap sedemikian, buangkan jauh-jauh jika ingin melihat Bangsa kita berjaya.. jika tidak, tidak mustahil Melayu akan menjadi Bangsa yang dijajah di Negaranya sendiri. katanya.


Kesepakatan perlu ada bagi memastikan Bangsa Melayu yang tinggal di BTP faham perjuangan sebenar UMNO dan oleh itu kita perlu jelaskan dasar-dasar kerajaan supaya masyarakat faham dan pada pilihanraya ke-13 mereka akan kembali mengundi kita. janganlah kita bercakaran sesama kita, kelak akhirnya kita semua yang akan rugi.


Buat kerja, jangan gila kuasa, jangan hanya nakkan sesuatu semata-mata demi kepentingan diri sendiri, sehingga menyebabkan kita menjadi orang politik ikut-ikutan tanpa menjiwai sebenar perjuangan itu. Politik ikut-ikutan ini, ibarat lalang bila ditiup angin mulalah ke kiri dan ke kanan tanpa ada pegangan.


Hargailah perjuangan Datuk Nenek kita yang menghadiahkan keamanan yang kita nikmati sekarang, dan janganlah pula kita menghadiahkan kesengsaraan kepada anak cucu kita di masa depan.


" Hidup UMNO" demi Agama,Bangsa dan Negara.....

Jangan heret rakyat dengan skandal pemimpin


MENGENALI taktik Anwar Ibrahim sejak dahulu, sangat tidak menghairankan apabila Ketua Pembangkang itu sering kali mengheret rakyat dalam masalah atau isu moral dan peribadinya.Bukan sekali dua beliau melibatkan rakyat dalam kes-kes membabitkannya. Ini termasuklah dalam kes liwat pertama dan juga yang kedua.

Tidak cukup dengan ceramah jelajah seluruh negara, Anwar juga memprovokasi rakyat untuk mengadakan perhimpunan haram semata-mata untuk menunjukkan kepada umum bahawa beliau ada sokongan.

Tentu ramai yang masih ingat sebelum ini beliau bersembunyi atau mendapatkan perlindungan di dalam Kedutaan Turki di ibu negara apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat terhadapnya.

Ketika itu, Anwar mendakwa bimbang tentang keselamatan dirinya, lantas sebab itulah beliau berlindung di kedutaan tersebut.Hakikatnya, apabila beliau menjelajah seluruh negara dan berceramah di banyak tempat, dirinya sentiasa selamat bergerak ke mana-mana tanpa sebarang ancaman.Yang terbaru, dalam kes video seks yang dikaitkan dengannya, seperti dijangka, beliau sekali lagi menjadikan rakyat sebagai 'benteng' untuk melindungi dirinya daripada tuduhan yang dilemparkan.

Sememangnya Anwar mempunyai hak membuat penafian dan mempertahankan dirinya daripada tuduhan kononnya beliau adalah lelaki dalam video seks melibatkan pelacur dari China itu. Itu tidak dipersoalkan.Tetapi, tindakannya mengulangi taktik sama iaitu mengapi-apikan emosi rakyat kononnya beliau teraniaya dan menjadi mangsa sehingga membawa kepada rancangan penganjuran perhimpunan-perhimpunan jalanan, itu sangatlah dikesali.

Sama ada beliau sendiri atau parti-parti pembangkang, kini masjid dan surau digunakan untuk berceramah bagi menepis tuduhan demi tuduhan serta skandal melibatkan Anwar termasuk kes video seks tersebut.Di sinilah ketidakadilan berlaku kerana rakyat terutama umat Islam tertipu setiap kali mahu mendengar ceramah di masjid. Apa tidaknya, mereka ingin mendengar kuliah agama tetapi diperdengarkan dengan ceramah berkaitan isu dan kes melibatkan Anwar.

Persoalannya, mengapakah sejak dulu Anwar tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri apabila sesuatu tuduhan berkaitan skandal atau masalah moral dilemparkan kepada dirinya.Mengapa setiap kali ada dakwaan skandal membabitkannya didedahkan kepada umum, rakyat mesti dilibat sama? Mengapa mesti mengerahkan rakyat untuk membela dirinya sedangkan ini kes atau skandal peribadi?Selepas berlalunya beberapa kes melibatkan Anwar bermula sejak pemecatannya daripada jawatan kerajaan pada 1998 sehingga kini, rakyat sudah pasti boleh 'membaca' dan menyimpulkan motif di sebalik taktik beliau mengheret rakyat.

Dalam hal ini juga, rakyat juga tidak seharusnya mudah terlibat atau terperangkap dalam sebarang taktik atau agenda Anwar dalam usahanya untuk membela diri di 'mahkamah terbuka' dalam apa sahaja kes melibatkan dirinya.

Di mana ketelusan Pas?


KITA tidak harus melupakan bahawa dalam kamus politik Pas, ada dua tindakan mereka yang cukup sinonim dengan parti itu, pertamanya solat hajat dan kedua menggesa ditubuhkan suruhanjaya diraja apabila ada isu.

Tetapi sejak kebelakangan ini, Pas tidak lagi bersikap demikian termasuklah dalam isu terbaru berhubung rakaman video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Pas bukan sahaja awal-awal lagi menganggap ia konspirasi politik malah menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes itu. Malahan Pas juga tidak kedengaran untuk mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk Allah berikutan isu terbaru yang timbul.

Ia berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 1998, apabila Pas beria-ia menganjurkan solat hajat di pusat tarbiyahnya di Taman Melewar dan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan.

Entah mengapa kali ini, Pas tidak lagi bersikap telus, sebaliknya tindakan Pas dilihat lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Sebab itulah pemimpin Pas boleh mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan suruhanjaya diraja hanyalah mengarut selagi situasi sebenar tidak diketahui.

Apa yang anehnya, Pas sendiri sebelum ini begitu beria-ia benar bersetuju mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock kononnya atas alasan mencari kebenaran.

Namun kenapa dalam isu terbaru ini desakan penubuhan suruhanjaya tersebut dianggap 'mengarut'? Sedangkan kita masih ingat suatu ketika dulu apabila timbul isu, Pas bukan sahaja membuat desakan melalui kenyataan akhbar atau di dalam Dewan Rakyat malah mengadakan siri ceramah.

Namun kini segalanya sudah berubah. Ternyata ikatan setiakawan yang diwujudkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seolah-olah 'mengunci langkah' Pas untuk menyatakan kebenaran.

Pas tidak mahu membuat tindakan yang dilihat akan menjejaskan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan yang sudah 'membuaikan' Pas dengan impian ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pas tidak mahu peluang politik tersebut terjejas jika apa yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi kenyataan.

Justeru pemimpin-pemimpin Pas di peringkat pusat 'bersilat lidah' bagi menafikan sebarang usaha yang memungkinkan kebenaran boleh dicapai tetapi dilihat tidak akan menyebelahi mereka.

Semua ini sebenarnya merugikan politik Pas itu sendiri. Sudah pasti ramai yang akan melihat Pas bukan lagi memperjuangkan sesuatu perkara berlandaskan kepada kebenaran tetapi lebih kepada keuntungan politik.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sepatutnya Pas bertegas dalam soal melibatkan moral mana-mana pemimpin sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

Ramai tertanya-tanya bagaimana jika video seks itu dikaitkan dengan pemimpin kerajaan atau tepat lagi Barisan Nasional (BN), apakah Pas akan mendiamkan diri dan membantah sebarang usaha menubuhkan suruhanjaya diraja?

Sudah pastilah Pas tidak akan membantah sebaliknya akan berterusan bersama-sama dengan PKR dan DAP melakukan desakan kerana percaya ia akan menguntungkan politik pembangkang.

Ia sudah dibuktikan dalam beberapa kes sebelum ini termasuklah berhujah, Islam membenarkan kita mendedahkan peribadi seseorang demi mencari pemimpin yang baik tetapi apabila tercetus isu video seks terbaru ini, Pas seolah-olah menghapuskan sikap telusnya. Soal mencari kebenaran tidak diperkatakan sebaliknya di kalangan mereka menganggap ia taktik politik yang cukup menjijikkan.

Kita tidak faham kenapakah apabila timbul sahaja perkara berkaitan dengan pembangkang ia dianggap konspirasi, fitnah dan berniat jahat, sedangkan kalau sesuatu isu itu melibatkan kerajaan maka pembangkang akan menerimanya sebagai satu fakta biarpun ada antaranya hanyalah fitnah.

Berikutan sikap Pas yang dilihat semakin menenggelamkan sikap telusnya sebagai sebuah parti Islam itulah yang menyebabkan ada desakan supaya Pas menyatakan pendirian secara terus-terang dalam isu terbaru ini.

Mereka tidak mahu Pas yang melaungkan slogan-slogan Islam seolah-olah tidak mahu mencari sebuah kebenaran tidak kira sama ada ia memihak kepada politik pembangkang atau tidak.

Sebenarnya, berdasarkan kepada maklumat yang diterima di peringkat akar umbi Pas, mereka semakin tawar untuk menyokong langkah parti itu terus bekerjasama dengan PKR. Ia disebabkan dengan pelbagai kemelut yang berlaku melibatkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan ia turut menjejaskan imej Pas.

Pas masih belum mahu melihat bagaimana tindakan mereka terlalu bersekongkol dengan PKR dan DAP telah memungkinkan parti itu tewas dalam empat pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini.

Dan kini Pas akan menerima padahnya lagi jika mereka terus tidak konsisten dalam isu-isu berkaitan menegakkan kebenaran.

Kalau benar Pas jujur, sudah pastilah parti itu tidak akan awal-awal lagi menganggap apa yang terjadi konspirasi sebaliknya akan berusaha menggesa supaya segala langkah dilakukan bagi membuktikan apa yang berlaku satu konspirasi atau kebenaran.

Pada masa ini, Pas mengambil jalan selamat dengan meminta polis menjalankan siasatan terperinci tetapi soalnya jika siasatan polis tidak menyebelahi pembangkang adakah Pas akan menerima keputusan berkenaan. Adakah ketika ini Pas akan menyebelahi PKR atau bersetuju dengan siasatan polis biarpun mereka tahu ia tidak akan menguntungkan pembangkang?

Justeru adalah wajar jika Pas berhenti daripada terus berdolak-dalih dalam isu terbaru ini. Keadilan dan kebenaran bukan hanya berhak dikuasai oleh pembangkang sahaja tetapi juga pihak-pihak lain di luar lingkungan parti itu.

Wednesday, March 23, 2011

Rakyat perlu berhati-hati dengan rancangan jahat pembangkang



Dia DSAI boleh buat atau merancang apa yang dia suka. Kita tidak hairan kerana satu ketika dulu Anuar pernah melakukan perkara yang sama menuduh kerajaan telah menyebabkan tulang belakangnya sakit dan perlu mendapat rawatan di luar negara. Ada di antara kita juga pernah melihat di dalam Youtube video sewaktu dia mengziarahi jenazah bapanya, teruk sangat, sehingga dipapah naik kereta ambulan, bila sampai di satu tempat, ia kelihatan sihat dan boleh buka alat yang menyokong lehernya dan bergelak ketawa bersama kerabatnya.
Dalam kes liwatnya dengan saiful, berbagai cara digunakan bagi melambatkan kes perbicaraan supaya rakyat tertunggu-tunggu dan berbagai-bagai lagi.
Apabila rakyat bangkit meminta supaya dia menyerahkan DNA bagi memastikan siapakah lelaki Y, apa dia kata, " saya hendak juga PM Najib dan Rais Yatim serahkan DNA " apa semua ini? Kalau dia yakin dia memang benar, apa perlu takut, masa nilah dia perlu buktikan kepada rakyat yang dia memang benar.
Bersumpahlah dengan cara Islam ... atau mana orang-orang PAS, buatlah sembahyang hajat, biar allah swt tunjukkan kebenaran..., PAS pun satu juga perangainya, bila orang UMNO lakukan sesuatu macam-macam dia buat, apa yang tak dibuatnya kepada mantan PM kita Tun M, sembahyang hajat ....dah, berbagai gelaran yang dilempar pun dah.., alhamdulillah sihat Tun M kita sekarang,
Kini rakyat dikejutkan pula dengan video sex seorang pemimpin kanan pembangkang, ...aduhai apa dah jadi ni..., Lahirlah pula nama Dato 'T' , macam main-main je... lelaki 'Y' sekarang ni Dato 'T'... belumpun kesahihan dibuktikan, tup-tup tiba-tiba Si Anuar buat sidang media, menafikan lelaki di dalam video itu bukan dia dan inilah konsperasi kerajaan yang paling jahat. Ramailah pemimpin PKR buat andaian .... persoalannya mereka dah ke.. tengok video ni... atau memang rancang mereka, sebab tu mereka boleh kata yang bukan-bukan.... atau saja nak supaya rakyat lupa akan isu DNA ni,.. atau nak minta kembali simpati rakyat atasnya...
Sebagai rakyat yang perihatin, harus diingat jangan kita mudah terpedaya dengan tipu daya mereka yang sengaja merancang perkara ini demi politik individu tertentu. Rakyat jangan terburu-buru dalam hal video sex ini dan biarkan siasatan dijalankan bagi memastikan kesahihannya.
Mana pemimpin PAS yang memperjuangkan Islam, apakah PAS masih lagi ingin menjalingkan hubungan dengan PKR... Perlu diingat ulama adalah pewaris nabi, bangun dan buktikan kebenaran seperti yang dilaungkan..., jangan hanya cakap... Islam diri sendiri pun tak betul...