Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulillah, Selesai juga Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 -UMNO Cawangan BTP



Alhamdulillah, syukur kepada allah swt kerana rahmatnya Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan BTP berjalan di dalam suasana kekeluargaan. Kami Jawatankuasa UMNO Cawangan BTP mengucapkan terima kasih kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang Dato' IR Hj.Nasir Bin Hj.Ibrahim mewakili YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus hadir di dalam mesyuarat ini.


Ucapan terima kasih, tidak lupa juga kepada kepimpinan AJK Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri, Ketua-Ketua Cawangan serta seluruh ahli-ahli UMNO BTP yang turut hadir. Semoga kehadiran seluruh kepimpinan ini membakar semangat dalam memertabatkan perjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.


Antara imbasan ucapan KC, janganlah ada di antara kita yang suka bersikap seperti Si Kitul, bagaimana kerajaan Melaka yang gagah akhirnya jatuh disebabkan peranan Si Kitul yang suka memfitnah, melaga-lagakan, tanpa usul periksa, hasrat dengki dan perbuatan yang keji.


Jika ada di antara kita yang bersikap sedemikian, buangkan jauh-jauh jika ingin melihat Bangsa kita berjaya.. jika tidak, tidak mustahil Melayu akan menjadi Bangsa yang dijajah di Negaranya sendiri. katanya.


Kesepakatan perlu ada bagi memastikan Bangsa Melayu yang tinggal di BTP faham perjuangan sebenar UMNO dan oleh itu kita perlu jelaskan dasar-dasar kerajaan supaya masyarakat faham dan pada pilihanraya ke-13 mereka akan kembali mengundi kita. janganlah kita bercakaran sesama kita, kelak akhirnya kita semua yang akan rugi.


Buat kerja, jangan gila kuasa, jangan hanya nakkan sesuatu semata-mata demi kepentingan diri sendiri, sehingga menyebabkan kita menjadi orang politik ikut-ikutan tanpa menjiwai sebenar perjuangan itu. Politik ikut-ikutan ini, ibarat lalang bila ditiup angin mulalah ke kiri dan ke kanan tanpa ada pegangan.


Hargailah perjuangan Datuk Nenek kita yang menghadiahkan keamanan yang kita nikmati sekarang, dan janganlah pula kita menghadiahkan kesengsaraan kepada anak cucu kita di masa depan.


" Hidup UMNO" demi Agama,Bangsa dan Negara.....