Friday, February 24, 2012

Kerajaan Pakatan Di Selangor Sedang Bahagi-bahagikan ‘Harta Perang’




Kerajaan negeri Selangor kini diibaratkan sedang membahagi-bahagikan `harta perang’ antara mereka, selain menghabiskan aset dan harta yang telah dibangunkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Beranikah Menteri Besar Berkata Benar Selesai Isu Selangor?

Penganalisis politik tempatan, Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek membidas pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang perlu lebih bertanggungjawab bukan saja kepada rakyat tempatan tetapi juga dalam mengurus tadbir harta yang diamanahkan dalam pengurusannya.

Katanya, pemerintah negeri adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan keseluruhan aset negeri sama ada yayasan negeri dan juga PKNS yang menjadi isu kontroversi sejak pentadbiran negeri beralih tangan.

“Harta benda ini beralih tangan ekoran peralihan kuasa tetapi walaupun mereka menang dalam pilihan raya dan menjadi teraju kepada negeri Selangor bukan bermakna mereka bebas melakukan apa saja mengikut kehendak mereka sebaliknya pentadbiran adalah berasaskan perundangan yang ada.

Sejak mentadbir Selangor, kerajaan negeri yang diketuai anggota PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim gagal memberi penjelasan berkaitan pelbagai persoalan dan isu yang timbul termasuklah berhubung isu penyelewengan pasir, PKNS, dan juga isu Yayasan Selangor dengan yang terbaru perancangan untuk merobohkan asramanya di Kampung Pandan.

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab maka semua persoalan yang membabitkan rakyat dan harta benda kerajaan perlu dilakukan dengan sempurna dan sekiranya ada sebarang kesulitan maka pemimpin berkenaan perlu memberi penjelasan,” katanya.

Ujarnya, jika tidak salah maka tentunya Khalid tidak akan mengelak daripada memaklumkan perkara yang berlaku apatah lagi tentunya semua urusan yang dibuat mempunyai prosidur yang telah ditetapkan.

“Semua orang boleh buat laporan akan kepincangan yang berlaku, dan dengan laporan tersebut siasatan boleh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan apa sebenarnya yang berlaku.”

“Sekiranya kerajaan Negeri terus ambil sikap berdiam diri mengenai isu yang timbul maka tentunya ia akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan ini bukanlah kerja orang politik sebagaimana alasan mudah mereka apabila mahu lari daripada topik perbincangan,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besarnya sendiri perlulah bertanggungjawab sepenuhnya dan jangan mudah menuding jari kononnya ia adalah angkara UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mahu menjatuhkan mereka.


“Jika benar maka berkatalah benar dan lakukanlah penyiasatan secara terperinci kerana ia secara tidak langsung bukan sahaja mampu membersihkan nama mereka sebagaimana yang dilaporkan tetapi juga inilah nilai kredibiliti sebagai pemimpin. Namun begitu, apabila tidak ada tindakan dibuat maka jangan salahkan sesiapa kerana rakyat sendiri bijak membuat penilaian,” ujarnya.

Thursday, February 23, 2012

Amanat KC dalam menghadapi PRU Ke-13



Perjuangan kita belum selesai.... tapi hanya mereka yang tabah dan cekal akan memastikan perjuangan ini dimercu kejayaan.

Hari ini,orang melayu sudah lupa, alfa..malah tidak pernah bersungguh-sungguh ingin melihat bangsanya berjaya, apatah lagi ingin melihat satu hari nanti, anak cucunya juga merasa keamanan yang ada pada hari ini.

Kita sedar, bila kita tidak bersatu..akhirnya kita lemah dan tidak boleh melakukan apa yang boleh dibanggakan oleh bangsa sendiri. wahai sahabatku..bangun ! bangun dari segalanya..pasti dan lihat apa yang telah terjadi hari ini.. kerana hari inilah yang menjanjikan sinar hari esok.

Marilah kita bersatu. kerjasama dan berganding bahu...memastikan PRU ke-13 ini, memberi kemenangan kepada kita, agar Agama, Bangsa dan Negara terpelihara dari mereka yang cemburu dan dengki melihat kejayaan yang dicapai selama ini.

Tamankan azam, kerja kuat, cekal ...yang menjadi ramuan kepada diri kita, agar menghindarkan segala kekeliruan negetif...supaya dengan keazaman ini, ia menjadikan kita lebih bersedia menghadapi PRU ke-13 nanti.

Sama-samlah kita berdoa, agar allah swt menerima apa yang kita pohon...bagi menentukan masa depan negara. Hari ini kita senyum,...esok belum tentu kita dapat melakukannya...semoga kita dapat renung-renungkanlah agar esok menjanjikan kemenangan...

Amanat KC BTP...23 Feb 2012