Tuesday, February 23, 2010



PETUA KENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONGPETUA KENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG


Satu ketika duluuuu.....

Anwar memuji Salman Rusdie sebagai 'profound writer'(penulis berpengetahuan mendalam), majalah ASIAWEEK, 11 November 1993.




Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang. Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana-mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?



Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.








Nik Aziz : Nikmat Besar Jika Berpadu
Satu Ketika Nik Aziz Kata Nikmat, Kini Bukan Nikmat Lagi Setelah 18 Tahun Berkuasa Di Kelantan.

PAS bukan parti yang memperjuang Islam, bila pemimpinya taksub dan menghalalkan cara...





MINIT MESYURAT ASAL (SALAHLAKU NIK AZIZ)

Kenyataan Nizar Bekas Menteri Besar Perak dengan angkuh di dalam Malaysiakini.com pada 12.Feb 2010 dalam tajuk "3,000 banjiri dewan dengar ceramah Anwar" oleh Salhan K Ahmad 3:19pm.
Petikan,

"Menyentuh kes liwat Anwar, Mohd Nizar berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah."Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-mana pun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?"Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?" kata Mohd Nizar."

Siapa Nizar..,sehingga boleh melabelkan orang itu tidak bersalah, kita pun boleh kata anwar itu seperti sesumpah, boleh je bertukar wajah bila ia rasa untuk menyelamatkan dirinya. Janganlah kerana politik murahan sehingga kita sangguh membelakangkan yang hak.Biarlah mahkamah tentukan dulu. Kita nak tanya Nizar, kerana boleh jadi Imam Solat Jemaah, anwar maksum terpelihara dari dosa ke...dan mereka tidak melakukan kesalahan di sisi allah swt...
Apa pula hukum sekiranya kita menyokong orang munafik seperti anwar..., tepuk dada tanyalah akal yang waras...Kita kena faham tiada siapa pun terlari dari ajaran Quran dan Sunnah Nabi apabila mereka mengaku beriman dengan allah swt..Kau orang UMNO ke, PAS ke atau sebaliknya perlu mematuhi apa yang dituntut oleh allah swt.

Kita melabelkan orang itu dengan berbagai label, tak masuk surgalah, amalan tak diterima dan sebagainya..apa pula hukumnya.Sepatutnya kita lebih mengajar dari menghukum..Biarlah allah swt sahaja yang menghukum dengan sebenarnya..Janganlah kita lebih dari pencipta (allah).

Janganlah kerana kepentingan politik, kita sangguh mengadai maruah Islam "yang salah ditegakkan, yang benar diabaikan". Orang tidak akan percaya lagi kata-kata kita walaupun setinggi mana serban dililit di kepala.

Cuba fikirkan petikan yang diambil dari http://www.pisau.net/ :
SPRM Pro PAS : Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai

YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat boleh selesa duduk bergoyang kaki apabila mendapat simpati daripada Pegawai Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kelantan.

Sumber dalaman SPRM Kelantan sendiri mengakui kepada Suara Rakyat bahawa Nik Aziz sepatutnya sudah didakwa berkaitan dengan dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Tuduhan tersebut ialah,(i) Menerima Rasuah dengan meminta tajaan Haji untuk dia dan keluarganya daripada seorang lelaki bernama Nudin Bin Awang yang berkepentingan.(ii) Melanggar akta SPRM bila melantik menantunya Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman di sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Kedua-dua pertuduhan itu sudah cukup untuk membuat Menteri Besar Kelantan dari Parti PAS itu merengkok di dalam penjara.

Sumber dalaman SPRM Kelantan juga mengakui bahawa segala maklumat dan bukti yang diserahkan kepada SPRM Kelantan telah dibocorkan kepada seorang Ahli Parlimen PAS dari Kelantan. Ahli Parlimen tersebut juga dinasihatkan oleh seorang Pegawai Tinggi SPRM Kelantan supaya menasihatkan Tuan Guru untuk memadamkan segera segala bahan-bahan bukti bagi menyelamatkan Tuan Guru Nik Aziz.
Skandal terkini di dalam SPRM Kelantan turut menyebabkan SPRM Kelantan tidak membuka kertas siasatan terhadap Nik Aziz.

Suara Rakyat juga dimaklumkan bahawa keengganan Pegawai Tinggi SPRM menyiasat kes Nik Aziz adalah kerana bukti-bukti dan keterangan yang dikutip daripada saksi dan pemberi maklumat adalah cukup kuat dan pasti ‘melekat’ jika di dakwa.
Sebaliknya, SPRM Kelantan hanya membuka profailing terhadap kes tersebut dan bukannya kertas siasatan.

Sumber SPRM Kelantan juga mendakwa disebabkan keengganan SPRM Kelantan menyiasat kes Nik Aziz ini, Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Bin Hussin telah ditukar. Namun SPRM Kelantan masih tidak bebas dari Pegawai-Pegawai yang Pro PAS.
Kerana kecewa dengan kegagalan SPRM mendakwa Nik Aziz, Suara Rakyat telah diberikan beberapa bahan bukti penting yang ada di dalam simpanan SPRM Kelantan untuk didedahkan kepada umum.

Sebagai permulaannya, Suara Rakyat akan dedahkan minit mesyuarat asal yang bertulis tangan. Minit mesyuarat ini telah diambil SPRM daripada Pegawai Kanan PMBK yang telah dipanggil memberi keterangan oleh Pasukan Penyiasat SPRM. Kesahihan apa yang tertulis di dalam minit mesyuarat ini pula telah disahkan oleh salah seorang Ahli Lembaga PMBK yang turut dipanggil memberi keterangan.

Ada dua hal utama yang paling penting daripada bahan bukti ini iaitu,
(i) Ia membatalkan minit mesyuarat rasmi yang diserahkan kepada SPRM oleh Setiausaha PMBK yang kononnya menyatakan perlantikan bukan dibuat oleh Nik Aziz dan Nik Aziz tidak terbabit di dalam perlantikan tersebut.(ii) Ia membuktikan bahawa Nik Aziz dan Barisan Exconya termasuk Penasihat Undang-Undang Negeri telah menipu dan mengubah minit mesyuarat dengan secara sepakat bagi menyelamatkan Nik Aziz.Perkara kedua diatas juga adalah kesalahan besar kerana ia menunjukkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah cuba mencemari siasatan SPRM dengan mengubah bahan bukti.
Pada mukasurat terakhir minit yang bertulis tangan ini menunjukkan mesyuarat tamat jam 12 tengahari. Selepas tamat mesyuarat, MB membuat pengumuman ‘upgrade jawatan COO ke CEO dengan elaun ikut skim dan bermula 1 Syawal 1430H’.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah MB selaku Pengerusi PMBK hanya membuat pengumuman setelah tamatnya mesyuarat Ahli Lembaga PMBK yang ke 3 tahun 2009 pada 29 September 2009.
Maka dakwaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa kesalahan terletak pada Penasihat Undang-Undang Negeri yang hadir dalam mesyuarat itu adalah satu fitnah. Pengumuman dibuat diluar mesyuarat dan bukan di dalam mesyuarat. Maka apabila Penasihat Undang-Undang Negeri mendiamkan dirinya maka bukan satu kesalahan bagi dirinya.

Bermula dengan siri pertama ini, Suara Rakyat akan dedahkan lebih banyak bukti-bukti yang berada di tangan SPRM yang jelas menunjukkan ada pihak dalam SPRM tahu bahawa Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Besarnya boleh dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan-kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Ini termasuklah bukti-bukti berkaitan tajaan Haji oleh Nudin Awang yang kemudiannya sekali lagi Kerajaan PAS Kelantan mencemari bahan bukti atas nasihat pihak di SPRM. Kali ini ialah dengan menukar nama Nudin Awang sebagai pembayar tajaan itu kepada nama Encik Nazman yang bekerja di Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.
Hanya satu yang Suara Rakyat inginkan, iaitu Keadilan Untuk Malaysia. Selamatkan Malaysia dari rasuh yang semakin berleluasa tidak kira siapa yang melakukannya.

sumber:suararakyatPisau sangkakan wali selipar punyai kuasa keramat apabila mampu mengelak dikenakan tindakan oleh SPRM,rupanya wali selipar tidaklah sehebat mana,apabila dilindungi oleh tangan ghaib supaya tidak diambil tindakan.Barangkali juak PAS sangkakan SPRM tidak ada kes untuk mendakwa wali selipar tetapi pekung ini sudah terbuka. Nampak gaya SPRM bagi muka pada wali selipar, katanya SPRM terlalu melindungi ahli politik taraf jerung dalam UMNO dan tidak mengambil tindakan rupanya SPRM 'bersikap adil dan saksama' kerana tidak mengambil tindakan terhadap wali selipar iaitu dari PAS.Sebelum ini Pisau juga turut mendapat maklumat,mengapa wali selipar tidak pergi menunaikan haji sponsor,rupanya beliau dinasihati oleh SPRM cawangan PAS agar tidak pergi untuk mengelakkan diambil tindakan.Doa wali selipar dimakbulkan tuhan buat kesekelian kali, Allah pertontonkan kepada kita betapa mereka yang selalu mendoakan keburukan dan kemusnahan orang lain akan dibayar cash untuk dijadikan iktibar.

Solat Hajat, Ceramah Perdana - Tangguh atau Dibatalkan



Solat Hajat Tangguh, ceramah perdana pun tangguh , itulah yang senario yang berlaku di shah alam semalam, anwar di ibarat seperti sudah jatuh di timpa tangga, solat hajat yang sepatutnya di buat dan di imamkan oleh nik ajis terpaksa di tangguhkan kerana alasan nik ajis dia terima wahyu dari langit kot supaya dia settlekan dulu masalah sampah sarap di negeri dia. mungkin dalam wahyu tu kata, negeri kau pun kotor ni kau nak bersihkan kekotoran orang lain, tu pasal la solat hajat tu di tangguhkan ke satu masa yang sesuai, mungkin selepas negeri serambi mekah sudah bersih dari sampah sarap.Maka bodoh-bodoh je la penyokong anwar dan orang-orang pas balik melopong malam tu. kalau kita tengok dalam blog atau web site pas dan barua-baruanya, hatta dalam blog khalid samad ahli parlimen shah alam pun cerita ini langsung tak ada, canselnya solat hajat dan ceramah perdana itu seolah-olah menjadi tanda tanya kenapa ianya di tangguhkan, menurut kengkawan yang hadir ke stadium melawati semalam, penyokong-penyokong pakatan haram berasa kesal kerana last minit mereka baru di beri tahu yang ke dua-dua program itu di tangguhkan. pelik bin ajaib ni.Mungkin pihak penganjur sudah dapat menghidu yang kehadiran malam ini sure tak akan dapat sambutan itu pasal dia buat cerita kononnya ia di tangguhkan dan mungkin ini sebagai satu petanda yang kerajaan pakatan haram akan tumbang tidak lama lagi. atau pihak penganjur tak mampu nak bayar duit deposit sewa stadium kut...

Sunday, February 21, 2010

20 Tahun Memerintah, 20 Tahun Menipu Rakyat

Tahun ini, genaplah 20 tahun pemerintahan nik ajis sebagai menteri besar kelantan dan genap lah juga 20 tahun kelantan sebagai negeri termundur di malaysia.Dua puluh tahun masa yang cukup seksa bagi rakyat kelantan yang inginkan negeri mereka maju setanding negeri-negeri di sebelah pantai barat, tapi apakan daya, nik ajis dan pas kelantan tak mampu melakukan itu semua, yang mereka mampu ialah, menipu, menipu dan terus menipu.

Dulu Tun Mahathir berkuasa 22 tahun lebih 2 tahun dari nik ajis, mahafiraun, mahazalim dan diktator, itu cercaan dan nista yang nik ajis lemparkan kepada mahathir, tapi macam mane pula dengan nik ajis yang berkuasa selama 20 tahun? adakah dia juga nak kan gelaran macam tu juga ? atau dia akan bagi alasan yang dia dapat wahyu dari langit supaya dia terus lagi jadi mb kelantan.Sampai bila nik ajis nak jadi mb kelantan, sampai bila nik ajis nak menyusahkan hidup rakyat kelantan yang kini terpaksa mencari rezeki di tempat orang, sampai bila, kelantan kini sudah mendapat gelaran baru "negeri tempat penyebaran fitnah" memang pun, segala fitnah datangnya dari negeri yang di perintah nik ajis.

Nik ajis dulu pernah berkata "kalau dr mahathir letak jawatan maka saya (nik ajis) pun akan letak jawatan" nah dah 7 tahun tun mahathir letak jawatan, nik ajis bila lagi? nik ajis manusia munafiq, cakap tak serupa bikin dan pembongak nombor wahid.Dua puluh tahun memerintah, dua puluh tahun rakyat kelantan di tipu.

Solat Hajat Untuk Peliwat - Apa dah Jadi....

"Maulidur Rasul Takde Fadilat, Sembahyang Hajat Untuk Peliwat Banyak Fadilatnya."

Malam ini bertempat di stadium melawati shah alam, akan di adakan upacara solat hajat untuk melindunggi anwar ibrahim dari di sabitkan kes liwat keatasnya. dan ceramah perdana. anwar meliwat, panggil nik ajis jadi imam untuk solat hajat supaya dia terlepas dari hukuman meliwat, tak ke gila punya kes ni, kau dah sedap-sedap fuck orang lepas tu kau takut dok dalam penjara kau suruh pulak orang buat sembahyang hajat untuk kau. gila babi punya anwar..

Ok itu satu bab, semua tahu nik ajis dan anwar adalah partner seperti gambar yang jeffry damein buat dulu, itu pasal nik ajis mengikut je apa yang anwar cakap dan apa yang anwar suruh. tapi bab yang det nak pertikai ni ialah, sape yang keluar duit untuk sewa stadium melawati tu? adakah ianya datang dari duit poket anwar? duit khalid? tapi jauh sekali duit nik ajis? siapa yang akan bayar sewa stadium tu? sewanya sahaja kalau pakai satu hari mencecah puluhan ribu ringgit, bukan ke ini satu pembaziran duit rakyat selangor, bayangkan untuk menyejukan aircond dalam stadium itu sahaja menggambil masa kurang-kurang pun empat jam untuk sejuk, persoalannya duit siapa di gunakan untuk bayar sewa stadium tu.

Sure khalid tak boleh jawab... kerana det yakin duit kerajaan negeri lah yang akan di gunakan untuk membayar sewa tu.Pesan det kepada semua penjenayah, kalau korang takut di penjarakan, korang mintak la nik ajis tolong buat sembahyang hajat untuk korang, dengan ijin nik ajis korang terlepas dari hukuman itu, ikut macam anwar buat malam ini.

Friday, February 19, 2010

Selamat Ulang Tahun ke-44 -- YB A.Shukur


Selamat Ulang Tahun YB Abdul Shukur yang ke-44, kami J/Kuasa UMNO BTP mendoakan agar sentiasa diberkati allah swt di dalam menjalankan tugas sebagai Wakil rakyat.

Takziah kepada Ketua Pemuda UMNO Caw.Bandar Tasik Puteri




Bandar Tasik Puteri,Rawang 18.Feb 2010,
Hati mana yang tidak sedih, apabila anak yang berusia 5 th pergi menyahut panggilan ilahi,,anak kecil yang derita mengidap penyakit barah sejak dilahirkan, begitu menguji kesabaran kedua insan yang bernama Ibubapa.. insan yang dipilih allah untuk menerima ujiannya samada mereka sabar atau sebaliknya.
Sejak mengetahui anak mereka perlukan rawatan, berbagai usaha mereka telah lakukan samada secara perubatan tradisional atau kaedah moden.
Sesungguhnya mereka beruntung atas kesabaran apabila menghadapi ujian dari allah swt.
Semoga Rohnya anak tersayang berada dikalangan orang yang soleha..
Kami JK UMNO BTP mengucapkan takziah di atas pemergian insan tersayang buatmu Sdra.khairuddin dan Pn.Nora..hadapilah ujian ini dengan penuh kesabaran
"mati itu pasti berlaku bagi setiap insan yang hidup di dunia ini...."

Tuesday, February 9, 2010

Allah SWT masih menyayangi kerajaan Perak di bawah BN


Zambry diisytihar MB Perak yang sah

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Kami UMNO BTP mendoakan agar rakyat PERAK mendapat keberkatan di bawah pimpinan yang diterajui BN...
"Rakyat didahului, pencapaian diutamakan"

Sunday, February 7, 2010

YB Shukur, turun merasmikan sukaneka Blok 27B GVP





Hari keluarga dan sukaneka di perumahan Daisy Blok 27B dirasmikan oleh ADUN Kuang YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus, Turut hadir sama di majlis itu En.Magedran A/L Muniandy pegawai PPD Daerah Gombak serta kepimpinan UMNO Bandar Tasik Puteri.
Wakil rakyat yang prihatin kepada program kemasyarakatan, telah meluluskan beberapa peruntukkan yang dipohon oleh persatuan penduduk Daisy.Program sebegini memang dialu-alukan kata beliau bagi menjalinkan ukhwah di antara ahli masyarakat.
Program ini perlu diteruskan,
"Kenanglah orang yang telah berjasa"

300 Belia Bandar Tasik Puteri menyokong kepimpinan YB Shukur





Meriah.., itu yang saya gambarkan sewaktu perasmian Belia DUN Kuang yang diadakan di Bandar Tasik Puteri.
Umno Bandar Tasik Puteri mengucapkan syabas kepada pihak YB, kerana banyak membantu masyarakat BTP dalam usaha memastikan "rakyat didahulukan prestasi diutamakan". Ucapan beliau yang menyentuh soal kebajikan rakyat yang telah dilaksanakan sekian lama sejak beliau menjadi ADUN Kuang. hampir 1800 keluarga susah di DUN Kuang telah dapat pembelaan tanpa ada perasan dengki, samada mereka itu menyokong kita atau tidak.
Kata beliau lagi, hari ini kita lihat bagaimana kerajaan negeri selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sangguh rampas tanah YBK, walaupun kita berbeza fahaman politik... tidak adakah rasa simpati terhadap bangsa sendiri bagi membantu orang miskin. Sebaliknya mereka boleh meminjam duit dari CIMB bank untuk membantu Talam Corp., siapa talam corp. ini, apa jasa mereka.. kepada rakyat miskin di Selangor.
Cerdiklah sedikit, lihat betapa ruginya kita, lebih-lebih lagi orang Serendah, disebabkan sikap angkuh pemimpin mereka yang hanya tidak dapat menjadi pengerusi YBK, akhirnya tanah YBK dirampas.Rakyat tahu permainan mereka, 2 tahun mentadbir selangor mereka hanya berceramah mengutuk orang kerja tak buat...
Saya yakin masyarakat BTP faham dan boleh menilaikan perkara yang mana baik dan betul. Khabar angin yang mengatakan Belia BTP tidak menyokong saya, tetapi hari ini saya yakin mereka berdiri teguh dengan saya.Mereka juga mengatakan BTP kubu kuat mereka..., tindakan berebut-rebut nak jadi pengerusi masjid,surau,PIBG dan sebagainya mereka lakukan.. sebaliknya tanggungjawab mereka tidak laksanakan. itulah sikap mereka..berpolitik semata-mata.Tuan-tuan juga boleh nilaikan apa yang telah mereka lakukan setelah mereka mengambil alih semuanya...
Kita juga berharap mereka ini boleh membawa pembangunan di BTP seperti mana yang kita sentiasa prihatin kepada masyarakat BTP. Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat, ini yang dituntut.Kecelaruan berbagai Isu di dalam PR, kita harap sokongan kepada perjuangan UMNO akan kembali.
Hari ini, kita telah mendaftarkan hampir 30 pertubuhan belia diperingkat DUN Kuang, setakat ini 8 pertubuhan telah diluluskan, kita yakin selebihnya akan menyusur. Sokongan ini kita harap golongan belia akan lebih menjalankan aktiviti yang berfaedah. Kita perlu menjaga golongan belia ini, kerana mereka merupakan lapisan di masa akan datang dan menentukan hala tuju perjuangan kita.
** Adakalanya saya tertanya-tanya, bangsa melayu mahu menuntut hak-hak orang melayu dari siapa?

Sumbangan YB Shukur meringankan beban mangsa kebakaran





Bandar Tasik Puteri, 6hb.Feb 2010.
Tragedi kebakaran yang menimpa En.Tock Chin Wat pemilik kedai membaiki Motorsikal serta pekerjanya Inthyran, En.Che Kam Lin (kedai Hotlink) dan Sdra.Rosdi Ahmad mendapat perhatian pihak YB Shukur selaku ADUN Kuang.
Kejadian kebakaran itu yang disaksikan sendiri oleh beliau (YB), atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab YB Shukur telah menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa tragedi bagi meringankan beban mereka. Majlis penyampaian sumbangan ini telah dilangsungkan di Bandar Tasik Puteri pada Majlis perasmian persatuan Belia DUN Kuang yang diadakan di Medan Puteri Jam 9.00 malam pada 6hb.Feb 2010.
Bagi kami UMNO Bandar Tasik Puteri mengucapkan terima kasih..., Jangan kita hanya pandai mengata sahaja, sepatutnya kita buat kerja dan bantu rakyat..inilah perjaungan kita..
Saf(A)