Sunday, February 7, 2010

300 Belia Bandar Tasik Puteri menyokong kepimpinan YB Shukur





Meriah.., itu yang saya gambarkan sewaktu perasmian Belia DUN Kuang yang diadakan di Bandar Tasik Puteri.
Umno Bandar Tasik Puteri mengucapkan syabas kepada pihak YB, kerana banyak membantu masyarakat BTP dalam usaha memastikan "rakyat didahulukan prestasi diutamakan". Ucapan beliau yang menyentuh soal kebajikan rakyat yang telah dilaksanakan sekian lama sejak beliau menjadi ADUN Kuang. hampir 1800 keluarga susah di DUN Kuang telah dapat pembelaan tanpa ada perasan dengki, samada mereka itu menyokong kita atau tidak.
Kata beliau lagi, hari ini kita lihat bagaimana kerajaan negeri selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sangguh rampas tanah YBK, walaupun kita berbeza fahaman politik... tidak adakah rasa simpati terhadap bangsa sendiri bagi membantu orang miskin. Sebaliknya mereka boleh meminjam duit dari CIMB bank untuk membantu Talam Corp., siapa talam corp. ini, apa jasa mereka.. kepada rakyat miskin di Selangor.
Cerdiklah sedikit, lihat betapa ruginya kita, lebih-lebih lagi orang Serendah, disebabkan sikap angkuh pemimpin mereka yang hanya tidak dapat menjadi pengerusi YBK, akhirnya tanah YBK dirampas.Rakyat tahu permainan mereka, 2 tahun mentadbir selangor mereka hanya berceramah mengutuk orang kerja tak buat...
Saya yakin masyarakat BTP faham dan boleh menilaikan perkara yang mana baik dan betul. Khabar angin yang mengatakan Belia BTP tidak menyokong saya, tetapi hari ini saya yakin mereka berdiri teguh dengan saya.Mereka juga mengatakan BTP kubu kuat mereka..., tindakan berebut-rebut nak jadi pengerusi masjid,surau,PIBG dan sebagainya mereka lakukan.. sebaliknya tanggungjawab mereka tidak laksanakan. itulah sikap mereka..berpolitik semata-mata.Tuan-tuan juga boleh nilaikan apa yang telah mereka lakukan setelah mereka mengambil alih semuanya...
Kita juga berharap mereka ini boleh membawa pembangunan di BTP seperti mana yang kita sentiasa prihatin kepada masyarakat BTP. Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat, ini yang dituntut.Kecelaruan berbagai Isu di dalam PR, kita harap sokongan kepada perjuangan UMNO akan kembali.
Hari ini, kita telah mendaftarkan hampir 30 pertubuhan belia diperingkat DUN Kuang, setakat ini 8 pertubuhan telah diluluskan, kita yakin selebihnya akan menyusur. Sokongan ini kita harap golongan belia akan lebih menjalankan aktiviti yang berfaedah. Kita perlu menjaga golongan belia ini, kerana mereka merupakan lapisan di masa akan datang dan menentukan hala tuju perjuangan kita.
** Adakalanya saya tertanya-tanya, bangsa melayu mahu menuntut hak-hak orang melayu dari siapa?