Sunday, February 7, 2010

Sumbangan YB Shukur meringankan beban mangsa kebakaran





Bandar Tasik Puteri, 6hb.Feb 2010.
Tragedi kebakaran yang menimpa En.Tock Chin Wat pemilik kedai membaiki Motorsikal serta pekerjanya Inthyran, En.Che Kam Lin (kedai Hotlink) dan Sdra.Rosdi Ahmad mendapat perhatian pihak YB Shukur selaku ADUN Kuang.
Kejadian kebakaran itu yang disaksikan sendiri oleh beliau (YB), atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab YB Shukur telah menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa tragedi bagi meringankan beban mereka. Majlis penyampaian sumbangan ini telah dilangsungkan di Bandar Tasik Puteri pada Majlis perasmian persatuan Belia DUN Kuang yang diadakan di Medan Puteri Jam 9.00 malam pada 6hb.Feb 2010.
Bagi kami UMNO Bandar Tasik Puteri mengucapkan terima kasih..., Jangan kita hanya pandai mengata sahaja, sepatutnya kita buat kerja dan bantu rakyat..inilah perjaungan kita..
Saf(A)