Saturday, February 6, 2010

Kebakaran Kedai Motor di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri




5.Feb.2010, Jam 9.40 am,
Kebakaran yang melibatkan kedai motor berlaku kira-kira Jam 9.40 pagi mengemparkan penduduk yang sedang menikmati sarapan pagi di kawasan berhampiran apabila kedengaran beberapa letupan.
Keadaan menjadi cemas apabila asap tebal menyelubungi kawasan kejadian, ditambah dengan suasana riuh.Beberapa minit kemudian, bantuan Bomba telah sampai dari Cawangan Bt.Arang, Rawang, Sg.Buluh dan Bistari jaya.Orang ramai turut sama melihat tempat kejadian menyebabkan pihak polis terpaksa membuat kawalan tali rentang bagi memastikan keselamatan mereka di tempat kejadian.
3 orang termasuk kanak-kanak terperangkap di tingkat atas rumah kedai, ketangkasan pihak Bomba dapat menyelamatkan mereka keluar menggunakan laluan tingkap belakang menggunakan tangga.kesemua mereka dikejarkan ke hospital oleh pihak ambulan kerana kesesakkan nafas disebabkan asap tebal.Sementara itu, tauke kedai Ah wat dan pembantunya mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan anaknya serta isteri beliau yang mengandung dapat menyelamatkan diri.
Kerugian serta sebab berlaku kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan polis.Orang ramai tidak dibenarkan membuat spekulasi kebakaran ini kerana akan menjejaskan mangsa.
Kejadian itu turut disaksikan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN Kuang, yang bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh Ketua-Ketua UMNO di Bandar Tasik Puteri.Beliau melahirkan rasa simpati dengan apa yang berlaku semasa melawat mangsa kejadian.Beliau mengarahkan ketua-ketua UMNO Caw. selaku ketua masyarakat membuat semakan mangsa yang terlibat bagi menghulurkan sumbangan kecemasan. Sumbangan ini akan diberi pada satu majlis (Perasmian Persatuan Belia DUN Kuang) pada 6hb.Feb 2010 Jam 8.30 Malam.
Jawatankuasa UMNO Bandar Tasik Puteri mengucapkan takziah kepada semua mangsa kejadian, semoga mereka bersabar menghadapinya.