Thursday, January 29, 2009

Merapatkan Saf Kepimpinan UMNO Bahagian Selayang - Biro Latihan


Pada 21hb.Jan 2009 bertempat di Perangsang Templer Golf Club, satu mesyuarat Jawatankuasa Biro Latihan UMNO Bahagian Selayang telah diadakan. Selaku Pengerusi Biro (Gambar) Sdra. Zainuddin Bin Darus mengucapkan terima kasih di atas kehadiran yang ditunjukkan oleh semua AJK yang dilantik.Ini merupakan kehadiran yang ramai dan terbaik kata beliau jika dibandingkan dengan yang lain. AJK yang terdiri dari segenap lapisan kepimpinan Pemuda, Wanita, Puteri dan kepimpinan Ketua Umno Cawangan diharapkan dapat memberi satu anjakan dalam mengembalikan kepercayaan UMNO kepada masyarakat.

Kehadiran Sdra.Zawawi selaku Setiausaha Bahagian membuktikan kesungguhan UMNO Bahagian di dalam mengatasi apa jua Isu ketika ini. Dalam perbincangan yang diadakan, Biro Latihan akan menjalankan aktiviti pertamanya kepada seluruh kepimpinan akar umbi tetapi disasarkan kepada semua Ketua Cawangan di Bahagian Selayang.Intipati yang dapat disimpulkan di dalam mesyuarat Biro Latihan adalah seperti berikut:
  1. Mencari pendekatan dalam mengenalpasti pemasalahan dan hala tuju UMNO Bahagian Selayang.

  2. Melihat pemasalahan akar umbi serta mencari jalan penyelesaian bersama kepimpinan Bahagaian.

  3. Mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap UMNO di kalangan pengundi saluran 4.

  4. Menyusun modul-modul yang menjamin perkara-perkara (1),(2),(3) dapat dilaksana dengan baik.

  5. Kerjasama dari semua Jawatankuasa Biro Latihan diharapkan dapat memastikan segala perkara-perkara yang dirancangkan berjalan dengan baik dan berkesan

Semoga usaha yang murni ini diberkati allah swt... insyaallah.

Saf 16.47 (K)