Thursday, January 29, 2009

Kronologi Pembinaan Masjid - Ketika Bersama YB Soohaimi Abdul Rahman DUN Kuang

Kronologi Dalam Usaha Pembinaan Dan Pembangunan Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor

Jan.2002

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk, satu cadangan telah dilontarkan kepada AJK supaya mengwujudkan satu Biro Khas bagi mengendalikan Isu berhubung dengan Pembinaan masjid di Bandar Tasik Puteri.Pada peringkat awalnya Biro ini di Ketuai sendiri oleh Pengerusi Persatuan dan di bantu oleh Sdra.Setiausaha Persatuan ketika itu. Mereka ini telah diamanahkan supaya mengendali segala isu berhubung dengan pembinaan Masjid.

22hb.Mei 2002

Melalui JK Persatuan Penduduk Bandar Tasik Puteri Dan Green Valley Park, pihak kami menghantar surat kepada Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang berhubung beberapa Isu termasuklah isu tapak masjid supaya dipanjangkan kepada pengetahuan YDP Majlis Perbandaran Selayang bagi tindakan seterusnya.

9hb.Jun 2002

JK Persatuan Penduduk BTP/GVP telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor agar menyegerakan kelulusan tapak Masjid serta tanah perkuburan Islam.

27hb.Ogos 2002

JK Persatuan Penduduk telah menjawab surat dari Pihak Pemaju bagi mengadakan pertemuan di Empire Tower pada tarikh 3hb.Sept. 2002. Pertemuan yang diadakan ini telah dihadiri bagi pihak Pemaju ialah:

1.Dato’ Nordin
2.Loke Man Kit ( Director Group Property Management )
3.Hasdi Bin Hamzah ( Jabatan Perhubungan Awam )

Di dalam pertemuan ini, kami meminta kerjasama pihak pemaju berhubung tanah Masjid agar ia dapat disegerakan bagi memudahkan pihak yang berwajib. Pihak Pemaju berjanji akan bekerjasama.

15hb.Oktober 2002

Pihak persatuan telah menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon supaya tapak yang di rezabkan bagi pembinaan Masjid di Bandar Tasik Puteri diwartakan.

15hb.Oktober 2002

Pihak Persatuan telah menghantar surat meminta peruntukan bagi membangunkan masjid di Bandar Tasik Puteri.

Surat JAIS bertarikh 30hb.Oktober 2002 menjelaskan bahawa kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan projek tersebut melalui JAIS dengan peruntukkan kos bernilai RM5 juta.

11hb.November 2002

Pihak Persatuan telah menerima surat dari pihak JAIS berhubung dengan permohonan mewartakan tanah Masjid. Surat ini merupakan salinan kepada pihak Persatuan, di mana pihak JAIS telah mengarahkan Pentadbir tanah Gombak bagi mewartakan tanah Masjid ini.

Oktober 2003

Pertemuan bersama Dato’Mansur ketika itu merupakan Pengarah JAIS, disertai oleh pihak Pemaju Sdra.Hasdi Hamzah. Wakil dari JKR dan pihak Persatuan juga ada bersama.

Di dalam pertemuan itu, pihak persatuan sekali lagi mengutarakan masalah berhubung dengan pembinaan Masjid. Beberapa soalan telah diajukan diantaranya:

1.Bagaimana dengan status pembinaan masjid di BTP
2.Peruntukkan Bajet yang diluluskan
3.Status tanah Masjid
4.Bila pembinaan ini boleh dilaksanakan

Pertengahan Tahun 2003

Pihak Persatuan telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid, di mana segala urusan berhubung dengan pembinaan Masjid di bawah JK ini. Tuan Hj.Ramlee Bin Mohamad telah dilantik sebagai Pengerusinya dan beberapa Jawatankuasa yang lain. Di mana Syed Ahmad Ferdaus Bin Syed Salim selaku Setiausaha Persatuan BTP/GVP juga merangkap Setiausaha kepada Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid ini.

15hb.Julai 2004

JAIS telah menghantar surat kepada pihak JKR (Bhg.Bangunan) memaklumkan bahawa kos peruntukkan pembinaan Masjid tidak melebihi RM5 Juta dan peruntukkan telah diluluskan pada tahun 2004 sebanyak RM500,000.00. Pihak JAIS juga telah sertakan ringkasan projek dan pelan tapak bagi tujuan tindakan oleh pihak JKR.

Malangnya surat ini telah dihantarkan kepada pihak JKR pada 6hb.Febuari 2004 tetapi pihak persatuan dimaklumkan berhubung perkara ini pada bulan Julai 2004.

23hb.Julai 2004

Pihak Persatuan mengadakan pertemuan dengan Pihak JKR di Tingkat 1 Bangunan SSAAS Shah Alam. Pihak JKR telah diwakili oleh Tuan Haji Solehan dan seorang pegawai atasan. Pihak Persatuan diwakili oleh setiap wakil dari Blok atau Kawasan Perumahan yang terdapat di BTP.

Kami telah diberikan taklimat berhubung dengan pembinaan Masjid antaranya:

1.Keterangan berhubung dengan ringkasan projek
2.Bajet yang diperuntukkan
3.pelan binaan masjid
4.Gambarajah beberapa Masjid yang telah dibina dan dalam proses juga diperlihatkan.

Sikap terbuka pihak JK Penaja Pembinaan Masjid ( JKPPM ) menerima apa jua idea yang dikemukakan oleh pihak JKR kerana ingin melihat pembinaan masjid dapat dilaksanakan dengan cepat. Di antara sikap terbuka yang kami tunjukan:

1.Bersetuju menerima pelan struktur yang sediada
2.Besetuju menerima salah sebuah masjid yang telah dibina sebagai model
yang akan dibina di BTP
3.Berkerjasama dengan pihak JKR dalam memberi maklumat berhubung
dengan tapak Masjid
4.Berjanji akan menghantar surat persetujuan rekabentuk Masjid secepat
mungkin
5.menerima cadangan pihak JKR supaya membuat lawatan ke beberapa
buah Masjid sebagai rujukan

3hb.Ogos 2004

JK diketuai oleh Setiausaha telah memberi taklimat berhubung dengan rekabentuk binaan Masjid kepada seluruh JKPPM di dalam mesyuarat bulanan.

Pada 25hb.Julai 2004, Setiausaha bersama Tim.Pengerusi serta seorang JK telah membuat lawatan ke beberapa buah Masjid yang telah dicadangkan oleh pihak JKR sewaktu pertemuan lepas.

4hb.Ogos 2004

Pihak JK Penaja Pembinaan Masjid BTP (JKPPM) telah menghantar kepada Pengarah JAIS dan salinan kepada pengarah JKR untuk perhatian kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Bangunan mengenai persetujuan rekabentuk Masjid.

16hb.Ogos 2004

JAIS selangor telah menghantar kepada Dato’ Pengarah JKR bagi tindakan susulan berhubung dengan surat persetujuan rekabentuk Masjid yang dihantar oleh JKPPM Bandar Tasik Puteri kepada JAIS.

23hb.Ogos 2004

JK penaja Pembinaan Masjid (JKPPM) juga telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor supaya mendapat perkenan Tuanku menggunakan nama DYMM Tuaku bagi nama Masjid di BTP.

JKPPM juga memohon agar DYMM Tuanku membantu mempercepatkan perlaksanaan pembinaan Masjid ini. Salinan surat ini juga diberi kepada pihak JAIS.

September/Oktober 2004

Pihak JKR dibawah kontratornya telah menjalankan kerja ukur tapak bagi menentukan tapak dan keluasan sebenarnya tapak Masjid yang direzabkan oleh pihak Pemaju.

November 2004

Pihak JKPPM telah menghubungi pihak JKR bertanyakan status perkembangan projek pembinaan Masjid.

Maklumbalas yang diberikan, masih dalam kajian disebabkan tanah yang di rezabkan terletak di kawasan lembah.Pihak JKR sedang menilai kos bagi melabelkan tanah. Kos ini dijangkakan tinggi dan perlu kajian yang terliti.

4hb.Januari 2005

Sekali lagi pihak SU telah menghubungi Tuan Hj.Sollehan (JKR) berhubung dengan pembinaan Masjid, Beliau menjelaskan bahawa tanah bagi tapak masjid merupakan tanah tambah dan sekarang pihak JKR masih membuat ujian ke atas tanah masjid.Berhubung dengan tender ia masih diperingkat proses. Beliau juga meminta setiap 2 minggu pihak JKPPM boleh menghubungi beliau bagi mengetahui perkembangan seterusnya.

5hb.Januari 2005

Pihak JKPPM telah mengadakan mesyuarat bagi melihat perkembangan terkini berhubung pembangunan Masjid.Pihak JKPPM telah mengambil susulan berhubung isu ini, antaranya:

Membuat susulan ke pihak MAIS bagi mengetahui status tapak Masjid
Membuat susulan dengan pihak JKR berhubung isu pembinaan Masjid
Membuat susulan ke pihak JAIS berhubung peruntukkan pembinaan Masjid bagi tahun 2005

Jun 2006

Sdra.SU bersama Kapt Abdullah Bin Yusof pergi ke pejabat Daerah Gombak bagi mengetahui perkembangan status tanah Masjid di Bandar Tasik Puteri.

November 2006

Sekali lagi pihak J/Kuasa yang di Ketuai Oleh Hj.Ramlee Bin Mohamad, Kapt.Abdullah Bin Yusof, Sdra.Syed Ahmad Ferdaus (SU) dan Hj.Abdul Jamil Bin Nuruddin pergi ke pejabat tanah Selangor dan bertemu dengan Pegawai JAIS Selangor bagi mengetahui status perkembangan Masjid di Bandar Tasik Puteri.

27hb.Jan 2007

Satu mesyuarat Jawatankuasa bersama Wakil Rakyat DUN Kuang YB.Tuan Soohaimi Bin Abdul Rahman, diadakan di Surau Mawaddah Blok 29 membincangkan satu tarikh serta melantik Jawatankuasa Penyelaras program. Pada hari itu juga dimaklumkan oleh pihak YB bahawa penduduk Bandar Tasik Puteri akan mendapat sebuah Masjid dan 1hb.Feb 2007 merupakan tarikh bersejarah di mana berlangsungnya Majlis Pecah Tanah tapak Masjid.

1hb. Feb 2007

Pihak Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid bersama Pejabat YB DUN Kuang telah menganjurkan Majlis Pecah Tanah dan Kenduri Kesyukuran Pembinaan Masjid Bandar Tasik Puteri yang dirasmikan oleh YB.Tuan Soohaimi Bin Abdul Rahman. Seramai hampir 400 orang penduduk hadir ke majlis ini.

12hb.Jan 2008

Satu pertemuan bersama JAIS dan JKR telah diadakan di Masjid Bandar Tasik Puteri. Di dalam pertemuan ini membincangkan penyerahan Masjid kepada pihak JAIS dan pihak JAIS kepada Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid. Ia telah dihadiri oleh YB DUN Kuang, Pengarah JKR Selangor, YDP Majlis Perbandaran Selayang dan Tuan Kadi Jabatan Agama Islam Daerah Gombak.

17hb.Jan 2008

Pertemuan JPPM bersama JAIS selepas solat Isyak di Masjid Bandar Tasik Puteri. Wakil Dari JAIS Tuan Hj.Ismail telah mengumumkan senarai Jawatankuasa bagi Sesi 2008/2009 yang pertama bagi menerajui Jawatankuasa Masjid apabila diserahkan Masjid kepada kariah.

18hb.Jan 2008

Hari yang bersejarah, di mana penduduk Islam Bandar Tasik Puteri menunaikan sembahyang Jumaat yang pertama serta solat lima waktu setelah kebenaran diberikan oleh pihak JAIS.( Masjid Boleh Digunakan ).



saf 15.20 (K)