Friday, October 24, 2008

RENUNGAN KEPADA AHLI UMNO."CARI RAHMAT DI RUMAH TERBUKA....

Amalan mengadakan rumah terbuka yang mengunjurkan kepada kunjung-mengunjungi adalah satu ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam.Memuliakan tetamu dengan pelbagai juadah selagi ia tidak membawa kepada pembaziran dan disertakan dengan niat yang ikhlas di janjikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Ini kerana menerusi amalan ziarah-menziarahi itu, umat muslim yang bersaudara dapat menyuburkan amalan hormat menghormati, sayang menyayangi dan lebih utama saling bermaafan antara satu sama lain. Namun dalam konsep rumah terbuka yang menjadi amalan di kalangan umat Islam terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ketika ini, caranya sedikit tersasar, meskipun nawaitu boleh dilihat dengan jelas.
Amalan mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran dan mengehadkan pula tarikh dan waktu misalnya, tidak lagi selari dengan konsep kunjung-mengunjungi seperti yang digalakkan oleh Islam.Justeru dalam situasi seperti ini, konsep kunjung-mengunjungi seperti yang diunjurkan oleh Islam yang bermatlamat untuk memuliakan antara yang bersaudara tidak lagi menjadi keutamaan, sebaliknya tidak lebih satu jamuan untuk pengunjung menjamu selera semata-mata.
Apa yang dikesalkan juga ialah kita sudah terbiasa dengan amalan rumah terbuka, kita akan berasa berat hati untuk mengunjungi rakan-rakan yang tidak mengadakan rumah terbuka kerana beranggapan mereka tidak membuat persediaan selayaknya untuk menerima kunjungan tetamu. Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, hanya akan mengunjung sekiranya menerima jemputan, sedangkan di dalam Islam kita digalakkan untuk saling mengunjungi tanpa ada batas tarikh atau waktu.
Namun perlu diingatkan, dalam kemeriahan meraikan tetamu itu janganlah pula keterlaluan, terutamanya dalam menyediakan makanan sehingga membawa kepada pembaziran.
Perlu disematkan di dalam diri bahawa apa yang dicari dalam adab kunjung-mengunjungi itu adalah kerahmatan.Justeru itu peluang itu seharusnya digunakan sebaik-baik mungkin untuk saling bermaaf-mafaan dan mengeratkan silaturahim yang selama ini mungkin agar renggang kerana kesibukan masing-masing.
PUM9:45(JU)