Thursday, May 28, 2009

Pelajar Ponteng Pusat Siber

28 Mei 2009, Apa dah jadi dengan anak-anak kita, apabila 19 orang pelajar dari Bandar Tasik Puteri di tangkap dalam operasi pelajar ponteng yang dijalankan oleh Penguat kuasa Majlis Perbandaran selayang bersama wakil Pejabat Pelajaran Daerah Gombak di Rawang.

Dalam hal ini, Ibubapa harus peka dan memastikan pergerakkan anak-anak mereka dari masa ke semasa.Kita tidak boleh membiarkan urusan anak-anak kita sepenuhnya di bahu sekolah, malah kita perlu bertanya apakah perkembangan anak kita dari masa ke semasa. Ada sesetengah ibubapa percaya penuh dengan kata-kata anak mereka sehingga tiada budi bicara untuk memikirkan sejenak, benar atau tidak kata-kata anak mereka.

Ada juga mempersalahkan guru, sehingga sangguh menyerang serta menyaman bagi membuktikan mereka yang betul.Guru juga manusia biasa yang mempunyai perasaan, akhirnya mereka yang bergelar pendidik mengambil sikap melepaskan batuk di tangga, sekadar mengajar dan tidak mahu mengambil tindakan lebih dari itu jika berlakunya masalah displin.

Apa akan jadi jika perkara ini berlaku, akhirnya kita juga yang akan rugi. Marilah kita sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menjamin anak-anak kita ini membangun dalam suasana yang baik. Kita sebagai Ibubapa harus merasa tanggungjawab serta berhati besar (Open minded), jangan mempunyai sikap yang cepat melenting sebaliknya bersabar dahulu.Percaya serta yakinlah guru-guru tidak akan merosakkan masa depan anak-anak bangsa kita, kerana mereka mempunyai prinsip.

Gunakanlah persatuan Ibubapa dan guru-guru serta NGO di kawasan perumahan bagi mencari satu titik penyelesaian. Terima serta siasat teguran jiran jika mereka mengadu masalah anak-anak kita.Anggaplah anak-anak jiran macam anak-anak kita juga.Kalau ini yang kita amalkan Insyallah kita akan melahirkan masyarakat yang harmoni serta madani.

Saf 11:35am (K)