Monday, May 25, 2009

YB Abdul Shukur Rasmikan Persidangan Cawangan UMNO Bandar Tasik Puteri




23 Mei 09,Bandar Tasik Puteri - Dalam keadaan jadual yang ketat bersama rakyat, YB Abdul Shukur sempat meluangkan masa merasmikan Persidangan UMNO Cawangan Bandar Tasik Puteri.
Beliau melahirkan rasa bangga,melihat bendera UMNO berkibar megah sejauh 3 KM ketika hadir ke sini. Ini perlu dijadikan contoh kepada cawangan-cawangan lain jika mengadakan persidangan. Kita jangan malu atau rasa takut hendak mengibarkan bendera UMNO.
Beliau mengucapakan terima kasih dan syabas kepada UMNO cawangan Bandar Tasik Puteri kerana sudi menjemput beliau merasmikan persidangan UMNO cawangan.Selaku Ketua UMNO Bhg.selayang dan merangkap Ketua Penerangan UMNO negeri Selangor sudah pastinya memikul tanggungjawab yang besar bagi memastikan UMNO di terima serta negeri selangor dapat ditawan semula.
Beliau juga mengajak ahli-ahli UMNO supaya yakin dengan perjuangan UMNO yang kita dokongi, janganlah kita percaya serta menerima sepenuhnya tomahan pihak pembangkang yang hanya mencari kesalahan kita semata-mata, mereka hanya pandai mencaci sahaja tetapi tiada apapun usaha yang mereka lakukan bagi memastikan bangsa melayu dipelihara haknya. Apa yang PAS boleh buat bila berkerjasama di dalam Pakatan Rakyat, mereka hanya digunakan semata-mata, kini matlamat perjuangan PAS sudah lari dari perjuangan sebenarnya. PKR parti yang berbilang bangsa, bagaimana hendak mendaulatkan bangsa melayu..UMNO walaupun mempunyai pakatan dengan parti komponen lain di dalam BN, mampu memelihara kedaulatan bangsa melayu, yang jelas kita lihat semua Ketua-Ketua Kementerian serta Menteri-Menteri Kanan diberikan kepada kita (Bangsa Melayu).
Beliau harap kita janganlah bermusuhan sesama kita, cukuplah melayu itu sudah berpecah kepada tiga, ada di dalam PAS,PKR dan UMNO.Kita ahli-ahli UMNO perlu bersatu serta yakin dengan perjuangan UMNO.Kita juga harus bekerja keras bagi memastikan UMNO menang besar dalam pilihanraya ke-13 akan datang.Kerjalah dari sekarang jangan tunggu saat-saat akhir.Kita percaya rakyat masih sayang kepada UMNO, oleh yang demikian kita harus mendampingi masyarakat setempat dan memahami masalah mereka serta cuba membantu. Kerja ini haruslah berterusan jangan bermusim, apabila rakyat yakin dan percaya dengan kerja kita, insyaallah pasti mereka akan percaya dengan perjuangan UMNO.Oleh itu marilah kita sama-sama bermuhasabah agar satu titik penyelesaian dapat dicari demi menjamin Agama,Bangsa terbela.. hadir sama di majlis ini sdra.Azman Bin Yusof mewakili jawatankuasa Bahagian ke UMNO Caw.BTP. (Sdra.Zainodin Darus,Kamal Salleh, SU Wanita Sdri.Sopiah, Wakil Pemuda dan Puteri)
Saf 13:17pm (I)