Wednesday, May 13, 2009

Pemimpin PKR-PAS biadap....



Baru-baru ni, apabila tiada kebenaran mendapatkan premit menganjurkan aktiviti dari pihak berkuasa,di Bandar Tasik Puteri... berbagai cerita yang didengari, kononnya mereka diketepikan hak kebebasan (demokrasi).. Kalau mereka tak dapat melakukan apa yang diinginkan, mulalah menyalahkan orang lain tanpa usul periksa. Apa saja yang kita fikirkan untuk kebaikan masyarakat pasti mereka memutar belitnya untuk kepentingan parti mereka. Sudahlah tidak dapat meneruskan programnya, Masjid pula digunakan bagi melepaskan hajat mereka untuk memastikan niat jahat tercapai..
datang ke rumah orang cubalah beri salam dan minta kebenaran,.. tetapi mereka tidak pun berjumpa dengan Tuan Nazir meminta kebenaran.. inikah budaya pemimpin PKR ceroboh tempat orang dan mereka laungkan kononnya merekalah pembela bangsa.. UMNO di Bandar Tasik Puteri tidak pernah pun menggunakan Masjid bagi kepentingan politik malah menjaga serta memastikan Kesucian Masjid ini bebas dari kengkangan fahaman mana-mana parti politik.
kalau inilah caranya pemimpin PKR (DSAI), belajarlah cara-cara beradap dan hormatilah bangsa sendiri.
Masjid ini terbuka kepada semua masyarakat Islam selagi mana ia tidak dicemari dengan perkara-perkara yang tidak baik.Janganlah hendak mencari publisiti murahan sehingga mengunakan Masjid bagi kepentingan politik mereka.Pemimpin PKR Bandar Tasik Puteri ibarat lalang tiada pendoman yang tetap, bila pemimpin atasan datang, macam lalat hurung tahi, kononnya merekalah bagus.. tunjuk mereka pun ke Masjid.. sebelum ni nak jenguk masjid pun tak da...bagus juga datang tapi janganlah bila ada kepentingan je.. yang penting datanglah berjemaah solat fardu kat masjid tu... baru lah betul.
Sehingga ke hari ni tak nampak pun Pemimpin PKR-PAS membantu dalam pembangunan kat Masjid, nak kata tolong bantu dapatkan jalan pintas....tanah kubur... Van jenazah.. habuk cakap jee. kerajaan negeri mereka punya apa yang boleh buat.. Jumpa Hassan Ali sama je 2X5, nasib baik YB Kuang orang UMNO dapat juga jalan sementara... mereka hanya gah bawa penceramah dari kecil hinggalah pangkat besar.. tapi apa yang kita orang Tasik Puteri dapat...??
Kenali lah isu tempatan dan isu politik, janganlah campur aduk, hairan juga kita, ada wakil penduduk yang mereka (PKR-PAS) lantik sebagai JKP ( Jawatankuasa Penduduk) siapa penduduk yang iktiraf, takkan taman perumahan nak buat macam kawasan kampung kot.. fikir2lah yob hoiiiii.., bagilah kebebasan kepada penduduk yang menentukan wakil mereka.. setahu ana setiap taman udah ada pengerusinya sendiri yang dilantik oleh penduduk setiap taman, hormatilah sekit....jangan zalim sangat..setakat penyewa dan bukannya penduduk tetap yang dilantik buat apa.. gabis beras je. Dia nak bantu diri sendiri pun tak boleh, ni kan pulak nak bantu masyarakat.... cuba yob tulis apa JKP yang telah lakukan bagi membangunkan tasik puteri...TULIS YOBBBBBBBBBBBB!!!!
dengar2 25 ni Masjid nak buat forum yang dianjurkan oleh Parlimen Selayang..., dah tak de orang lain ke, atau dak kurang orang yang bagus dalam agama untuk berceramah, balik2 badutAmin je.... dia tu bukannya nak beri ilmu sebaliknya taktik nak dapatkan publisiti murahan agar dapat dipilih bertanding pada pilihanraya ke-13...orang yang pilih dia tu pun bangang juga nak buat macam mana.... Nik Aziz, Hadi Awang boleh bawah datang, awet bila buat forum ni, tak bawa...
Nak ceti sikitlah kat sini, belum lagi pegang kuasa (Nazir) kat Masjid dah buat sesuatu yang kononnya dia yang paling berkuasa..., panggil orang tu dan orang ni... kalaupun gila kuasa tunggulah sehingga sampai tempohnya lepas tu buatlah kau nak buat... kalau pegawai masjid tu buatlah macam pegawai masjid, janganlah nak sibuk mentadbir pulak...sabar je..lah.Nak kata selalu ada kat Masjid.... boleh juga di kira... apa2 lu fikirlah sendiri.... kadang2 kononnya buat tak tahu tetapi dialah dalangnya disebalik kuca-kaci kat Masjid....
"Syabas mereka-mereka yang sabar melihat gelagat ini kat masjid, sesungguhnya sabar itu separuh dari cabang Iman". ( Semoga Tuan Nazir Lama di beri kekuatan..menghadapi semua ini...).
sambung simbang di lain kali...

11:29am (R)