Wednesday, May 6, 2009

Bahana PAS jika DUN Perak Bubar


Sebenarnya orang-orang PAS ni bukanlah cerdik sangat… Lihat sajalah ada sanggup menyabung nyawa berbaring di laluan kenderaan Sultan semasa memprotes tindakan Paduka Sultan Perak mengarahkan Menteri Besar PR , Nizar meletak jawatan.

MB Nizar pula yang separuh sedar di junjung keliling negeri oleh Ngeh dan Nga masih lagi didalam impian bahawa dialah pemimpin pilihan rakyat padahal PAS hanyalah memenangi 6 kerusi sahaja didalam DUN Perak. DAP ada 19 kerusi!

Siapakah yang lebih layak memerintah Perak kalau bukan DAP. Tetapi tidak boleh berlaku demikian kerana undang-undang tubuh Negeri Perak mengkehendaki orang Melayu sebagai Menteri Besarnya.

Masih ingatkah kita bahawa semasa PR menumbangkan kerajaan BN di Perak pada PRU 12, Sultan Perak telah menitah untuk melantik YB Nizar sebagai Menteri Besar Perak . Reaksi spontan DAP pada masa itu ialah untuk memboikot majlis lantikan MB.

Tidak sukar difahami bahawa DAP terpaksa menjunjung Nizar atas ‘izin kerana terpaksa’. Sedarkah wahai umat-umat PAS bahawa saranan pembubaran DUN untuk di adakah pilihanraya baru DUN Perak kali ini sebagai landasan DAP untuk berkuasa secara mutlah di Negeri ini?

Kesilapan terbesar DAP pada PRU 12 yang lepas ialah kerana tidak meletakkan calon Melayu dari Parti DAP sendiri untuk bertanding di salah satu DUN di negeri ini. Bukan luar biasa kerana DAP pernah meletakkan seorang calon Melayu (Lawyer Asri – kemudian bertanding atas tiket PKR ) satu ketika dulu dan pernah menang. DAP telah silap percaturan pada PRU 12 tempohari. Kalau tidak DAP tidaklah perlu bersusah payah untuk bersetuju memilih calon MB dari PAS.

Sekiranya hajat pembubaran DUN Perak tertunai … sudah pasti pada kali ini DAP akan meletakkan calon Melayunya sendiri . Mungkin antara mereka yang boleh diketengahkan seperti Penasihat DAP, Tengku Abdul Aziz atau Ahmad Nor atau Lawyer Asri kembali.

Pastilah, sekiranya PR menang sekali lagi, jelasnya DAP akan memerintah dan PAS akan ‘datang bulan’… Takebeer!

Petikan dr.Belacakbaroh 17.20pm (R)