Tuesday, May 26, 2009

Macam-macam Hal - Angkara Ego PAS,DAP dan PKR



Ketika keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada mereka, setinggi langit pujian diberikan kepada sistem perundangan di negara ini tetapi sebaliknya berlaku apabila Mahkamah Rayuan tidak memihak, secara langsung mengheret sistem tersebut ke kancah politik pembangkang.

Ini bukanlah kali pertama mereka memainkan sentimen mengelirukan rakyat dengan menafikan segala keputusan yang tidak memberikan mereka kemenangan. Ternyata, jika keputusan mahkamah memihak kepada mereka, tetap dimanipulasi apatah lagi jika tidak memihak!

Terbaru, mengenai kes Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kini sebagai Menteri Besar (MB) Perak yang sah.

Ini kerana menurut hakim, DYMM Sultan Perak mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk melantik MB yang baru selepas MB yang lama, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mempersembahkan surat kepada Baginda bahawa beliau sudah hilang keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Siri terbaru pula yang menunjukkan sememangnya pakatan pembangkang Perak kemaruk kuasa ialah akan mengadakan puasa dan mogok lapar selama tiga hari bagi mendapat perkenan Sultan Perak, yang terkenal dengan arifnya dalam undang-undang membubarkan DUN Perak.

Bukankah tindakan pakatan antara Pas, Pkr dan Dap itu seolah-olah mengugut Baginda, tidak menghormati langsung institusi kesultanan bahkan hingga ke tahap derhaka, bertindak membelakangi keputusan Sultan semata-mata kemaruk kuasa!

Sudah pasti mereka akan menggunakan rakyat yang tidak berdosa, yang telah dipesongkan pemikirannya dengan mengajak bersama-sama melakukan perkara yang sama.

Buat ulama-ulama yang berada di dalam Pas, selepas ini janganlah hendaknya akan keluar pelbagai ‘fatwa’, ayat-ayat dalil yang mengatakan dibolehkan memprotes dan mengugut sesuatu pihak dengan menyelewengkan ibadah puasa.

Bukankah tindakan Pas itu menunjukkan mereka mempergunakan agama untuk kepentingan politik mereka semata?

Begitu juga, tindakan pembangkang itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata juga mahu mengganggu dan menggagalkan sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak yang sudah pastinya penuh dengan program-program mengutamakan kepentingan rakyat.

Agaknya telah menjadi darah daging pemimpin pembangkang terus-terusan mengeksploitasi rakyat demi kepentingan politik mereka semata, atas sebab kemaruk kuasa!


P 17:24pm (S) Umno