Tuesday, June 16, 2009

Layak ke Nik Aziz Di panggil Mursyid!!!



Ini adalah beberapa ayat al-Quran dan hadis Nab Muhammad s.a.w mengenai kecintaan Allah kepada manusia. Allah berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sabar. (Ali Imran: 146) Allah berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang suci. (al-Baqarah: 222). Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah mencintai orang yang membuat kebajikan. (Ali Imran: 134).Allah berfiman (maksudnya): Allah tidak mencintai kebinasaan (al-Baqarah: 205). Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang bersikap sombong (Luqman: 17). Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang aniaya (Ali Imran: 57) Jelas, fitnah dan kesombongan ini adalah satu perbuatan yang sangat jijik! Jadi apakah makna jika seseorang ulama kononnya pernah meminta pengikutnya supaya memberhentikan fitnah selama tiga bulan. Makna pertama daripada apa yang diucapkan itu ialah bahawa selama ini memang betul tokoh itu menyebarkan fitnah dan menggalakkan pengikutnya membuat dan menyebar fitnah. Itulah sebabnya maka dia meminta supaya memberhentikan membuat fitnah. Manakala makna kedua daripada ucapan itu ialah, tokoh itu sudah beroleh kesan bahawa orang sudah mula tidak percaya dengan fatwa dan kata-kata yang diucapkannya. Jadi untuk memanjangkan kepercayaan pengikutnya, terutamanya setiap kali menjelang pilihan raya maka tokoh itu mengeluarkan fatwa seperti itu. Lagipun masalah besar yang sedang dibincangkan oleh masyarakat ialah penipuan yang dilakukan melalui janji kepada rakyat kononnya hendak menegakkan Islam sedangkan dalam manifesto mereka tidak adapun gagasan negara Islam. Tok Kenali, ulama Kelantan yang terkenal suatu waktu dulu tidak pernah pun menyebutkan perkara karut marut seperti itu. Boleh buat fitnah dan boleh mencarut. Boleh berpakat dengan DAP tetapi mengetepikan Berjasa. Begitulah jelas dan terang fitnah itu dilarang oleh Allah. Jadi Allah tidak mencintai orang yang membuat fitnah. Tapi dalam masyarakat hari ini masih ramai orang yang tidak dapat mengenal mana satu mursyid yang sebenar dan mana satu mursyid yang tidak benar. Mursyid itu asalnya bahasa Arab. Maknanya ialah guru agama, pemimpin dalam hal mengenai rohani yang baik hidupnya. Taat kepada Allah. Itu maknanya mursyid. Dan bukan sebarang orang boleh pakai mursyid apatah lagi mengaku mursyid. Kalau di Kelantan, tokoh yang boleh disebut mursyid ialah seperti Tok Kenali, Tok Seleha dan di Terengganu Tok Ku Tuan Paluh. Itu sekadar contoh-contohnya. Bukan sebarang orang boleh dipanggil mursyid. Apakah layak orang yang sanggup menggugurkan hal mengenai Islam kerana tujuan politik dipanggil mursyid? Timbang-timbangkan lah ....wallahuallam.