Monday, June 29, 2009

PEKIDA BTP - Majlis Ramah Mesra



28 Jun 2009, PEKIDA atau Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia telah menganjurkan satu aktiviti "Ramah Mesra PEKIDA bersama ahli serta masyarakat setempat" yang dirasmikan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN Kuang.
Hampir 200 orang menghadirinya, majlis diserikan lagi dengan kehadiran wakil Ketua Balai Polis Bandar Tasik Puteri serta beberapa pemimpin tertinggi PEKIDA Daerah Gombak.Tujuan anjuran ini memberikan kesedaran kepada masyarakat peranan sebenar pertubuhan ini dan bukannya satu pertubuhan samseng atau sebaliknya. Malah perjuangan asal yang menjadi tunggak kepada bangsa Melayu itu sendiri.
PEKIDA juga merupakan nadi dan tulang belakang kepada perjuangan bangsa Melayu, serta memastikan ekonomi orang-orang Melayu terbela.Anak muda hari ini yang menjadi ahli kepada pertubuhan harus memahami konsep sebenar perjuangan dan jagalah tingkah laku agar masyarakat tidak memandang serong kepada pertubuhan ini.
Keahlian PEKIDA di Bandar Tasik Puteri mencecah hampir 200 orang.Semoga pertubuhan ini dapat membantu dan sama-sama menyelesaikan apa jua isu masyarakat demi kepentingan bangsa Melayu. PEKIDA juga menyediakan berbagai kemudahan bagi ahlinya seperti kemudahan Khairat Kematian, kursus kemahiran, Koperasi dan sebagainya. Mereka yang telah menjadi ahli PEKIDA harus menjaga bai'ahnya agar sentiasa peka serta prihatin dalam apa jua isu.
Dengan adanya pertubuhan ini di BTP, kita harap ia dapat membantu apa juga permasalahan masyarakat setempat supaya dapat sama-sama kita menyelesaikannya.
Saf (I) 9:15am