Thursday, June 18, 2009

Individu tolak damai ibarat dirasuk syaitan..


Individu yang menolak perdamaian sesama muslim adalah manusia yang dirasuk syaitan disebabkan dendam kesumat atau buruk sangka yang mendalam.

Menurut kata bekas mufti Perlis ( Dr.Mohd Asri Zainul Abidin ), beliau gembira sekiranya sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan penyatuan umat di negara ini.Orang yang tidak mahu melihat umat islam berdamai adalah manusia yang dipengaruhi syaitan melainkan dia dapat membuktikan perbalahan adalah lebih baik daripada perdamaian.

Berbanding pada zaman perjuangan Nabi Muhammad SAW, Malaysia tidak perlu mengharapkan parti islam untuk menyerahkan kuasa antara satu sama lain, sebaliknya menekankan imbangan di antara kuasa kerajaan dan pembangkang. Apakah langsung tiada kesamaan di antara UMNO dan PAS?. kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada persamaan di dalam perpaduan umat.

Berfikirlah di atas landasan nas dan ukhuwah islamiah melebihi sikap tegar yang hanya mengikat diri.Sekiranya UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis muka dengan mereka yang berlainan prinsip, mengapa tidak menwujudkan ruang perdamaian di antara mereka.

saudaraku renungkanlah "TUHAN kamu lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, kalaulah kamu bertujuan baik dan mematuhi perintah-nya, maka sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat" -- Surah Al-Israa ayat 25.