Monday, June 29, 2009

Rahmat Jumaat - "Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya"






26 Jun 2009, Sikap prihatin YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus yang sentiasa memastikan masalah rakyat terpelihara tidak diabaikan oleh beliau.Malah beliau sendiri turun padang meninjau permasalahan ini. Sikap prihatin ini menyebabkan beliau mengatur program Rahmat Jumaat bagi mendekati serta meninjau masalah rakyat di bawah DUN Kuang.
Program Rahmat Jumaat yang diadakan setiap hari Jumaat, akan memberi sumbangan berupa keperluan dapur seperti Beras,gula, telur, minyak,tepung dan sebagainya, di masa yang sama beliau juga akan cuba mendapatkan bantuan dari JKM dan Baitulmal.Keperluan akan di hantar ke rumah yang dilawati beliau bersama isteri serta petugas pejabat ADUN. 20 buah rumah akan diagihkan sumbangan bagi setiap lawatan Rahmat Jumaat yang diadakan.
Baru-baru ini, Bandar Tasik Puteri telah dijadikan tempat lawatan program Rahmat Jumaat. Kerjasama dari Persatuan Penduduk Blok27B serta Caw.UMNO BTP telah membawa rombongan YB melawat ke beberapa buah rumah yang telah disenaraikan.
Walaupun orang melihat Bandar Tasik Puteri ini sebagai sebuah perumahan yang besar tetapi tidak dinafikan masih terdapat orang yang memerlukan bantuan atau sumbangan.Inilah hakikat disebalik realitinya.Bagi sesiapa yang berkemampuan jangan lupa jiran-jiran kita yang memerlukan sumbangan kita, " Setiap rezeki dan kesenangan yang diberikan allah swt, jangan lupa didalam ada hak orang yang memerlukannya"
Semoga usaha YB ini diberkati allah swt, teruskan usaha dan jangan dengar apa orang lain kata, yang penting kita menjalankan kewajiban sebagai seorang yang telah diamanahkan tanggungjawab kepadanya.
Kami UMNO Caw.BTP menyokong usaha yang dijalankan oleh YB....

Saf (I) 10:06am