Wednesday, July 8, 2009

FORUM PERDANA

"SAMPAI MASA KEMBALI BERUBAH"

Tarikh : 10.JULAI 2009

Masa : 8.30 Malam - 12.Malam

Tempat: Pentas Komuniti Kg.Setia Kuang ( Berhampiran Pejabat YB DUN Kuang)

Penceramah :

1. YBhg.Ustaz Syahrin Bin Jamaluddin
(Setiausaha Politik - Menteri Pelajaran Malaysia)

2. YBhg.Dato' Dr.Yusof Bin Hussin
(Rektor Kolej Universiti Islam Selangor)

3. YBhg. Ustaz Radzi Bin Abd.Hamid
(Pegawai Agama Masjid Zahir Alor Star Kedah)

4. YBhg. En.Saleem - Iklim
(Kumpulan Iklim)

"Anda Semua dijemput hadir"

Monday, June 29, 2009

Rahmat Jumaat - "Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya"






26 Jun 2009, Sikap prihatin YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus yang sentiasa memastikan masalah rakyat terpelihara tidak diabaikan oleh beliau.Malah beliau sendiri turun padang meninjau permasalahan ini. Sikap prihatin ini menyebabkan beliau mengatur program Rahmat Jumaat bagi mendekati serta meninjau masalah rakyat di bawah DUN Kuang.
Program Rahmat Jumaat yang diadakan setiap hari Jumaat, akan memberi sumbangan berupa keperluan dapur seperti Beras,gula, telur, minyak,tepung dan sebagainya, di masa yang sama beliau juga akan cuba mendapatkan bantuan dari JKM dan Baitulmal.Keperluan akan di hantar ke rumah yang dilawati beliau bersama isteri serta petugas pejabat ADUN. 20 buah rumah akan diagihkan sumbangan bagi setiap lawatan Rahmat Jumaat yang diadakan.
Baru-baru ini, Bandar Tasik Puteri telah dijadikan tempat lawatan program Rahmat Jumaat. Kerjasama dari Persatuan Penduduk Blok27B serta Caw.UMNO BTP telah membawa rombongan YB melawat ke beberapa buah rumah yang telah disenaraikan.
Walaupun orang melihat Bandar Tasik Puteri ini sebagai sebuah perumahan yang besar tetapi tidak dinafikan masih terdapat orang yang memerlukan bantuan atau sumbangan.Inilah hakikat disebalik realitinya.Bagi sesiapa yang berkemampuan jangan lupa jiran-jiran kita yang memerlukan sumbangan kita, " Setiap rezeki dan kesenangan yang diberikan allah swt, jangan lupa didalam ada hak orang yang memerlukannya"
Semoga usaha YB ini diberkati allah swt, teruskan usaha dan jangan dengar apa orang lain kata, yang penting kita menjalankan kewajiban sebagai seorang yang telah diamanahkan tanggungjawab kepadanya.
Kami UMNO Caw.BTP menyokong usaha yang dijalankan oleh YB....

Saf (I) 10:06am

PEKIDA BTP - Majlis Ramah Mesra



28 Jun 2009, PEKIDA atau Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia telah menganjurkan satu aktiviti "Ramah Mesra PEKIDA bersama ahli serta masyarakat setempat" yang dirasmikan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN Kuang.
Hampir 200 orang menghadirinya, majlis diserikan lagi dengan kehadiran wakil Ketua Balai Polis Bandar Tasik Puteri serta beberapa pemimpin tertinggi PEKIDA Daerah Gombak.Tujuan anjuran ini memberikan kesedaran kepada masyarakat peranan sebenar pertubuhan ini dan bukannya satu pertubuhan samseng atau sebaliknya. Malah perjuangan asal yang menjadi tunggak kepada bangsa Melayu itu sendiri.
PEKIDA juga merupakan nadi dan tulang belakang kepada perjuangan bangsa Melayu, serta memastikan ekonomi orang-orang Melayu terbela.Anak muda hari ini yang menjadi ahli kepada pertubuhan harus memahami konsep sebenar perjuangan dan jagalah tingkah laku agar masyarakat tidak memandang serong kepada pertubuhan ini.
Keahlian PEKIDA di Bandar Tasik Puteri mencecah hampir 200 orang.Semoga pertubuhan ini dapat membantu dan sama-sama menyelesaikan apa jua isu masyarakat demi kepentingan bangsa Melayu. PEKIDA juga menyediakan berbagai kemudahan bagi ahlinya seperti kemudahan Khairat Kematian, kursus kemahiran, Koperasi dan sebagainya. Mereka yang telah menjadi ahli PEKIDA harus menjaga bai'ahnya agar sentiasa peka serta prihatin dalam apa jua isu.
Dengan adanya pertubuhan ini di BTP, kita harap ia dapat membantu apa juga permasalahan masyarakat setempat supaya dapat sama-sama kita menyelesaikannya.
Saf (I) 9:15am

Majlis Penutup Bengkel Keibubapaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak -- Anjuran Tabika KEMAS BTP


28 Jun 2009, YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus telah merasmikan majlis penutup "Bengkel keibubapaan pendidikan awal kanak-kanak tabika KEMAS" cawangan barunya di blok 27B. Berbagai aktiviti telah diadakan bagi menjayakan program ini.
Dalam ucapan beliau katanya, masyarakat harus bersyukur dengan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO yang prihatin membantu rakyat yang susah.Tabika KEMAS yang memberi pendidikan awal kepada anak-anak cuma mengenakan yuran yang rendah serta guru-gurunya berpendidikan tinggi yang diambil bagi memastikan KEMAS mencapai matlamatnya. Sesetengah mereka seperti pembangkang mengambil kesempatan memutarbelitkan isu sehingga mereka sangguh melihat anak bangsanya hancur disebabkan perbuatan mereka yang angkuh serta megikut telunjuk asing.
Dengan pembukaan cawangan baru ini, menyedarkan masyarakat setempat betapa prihatinnya kerajaan dalam memastikan pendidikan awal anak-anak kita terbela. Tegas beliau lagi, supaya kita bangun dari tidur dan jangan percaya dengan muslihat parti pembangkang yang hanya pandai berjanji sahaja tetapi tidak melaksanakan tugas. Sebagai YB di kawasan ini kita telah melaksanakan kerja, berbagai bantuan telah dihulurkan kepada orang yang memerlukannya tanpa kira mereka itu pembangkang atau sebaliknya.
Kini DUN Kuang telah membelanjakan hampir RM450,000.00 duit JKM bagi tujuan ini, kita juga telah memberi bantuan lebih 1,200 keluarga setakat ini.Kita buat kerja bukan hanya janji semata-mata, inilah satu malaysia "rakyat didahului, pencapaian diutamakan".
Beliau berharap masyarakat di Bandar Tasik Puteri menolak pembangkang pada pilihanraya yang ke-13 akan datang dan memastikan kemenangan BN di sini.
Insyaallah..... --->gambar sekitar Majlis
Saf (I) 8:35am

Wednesday, June 24, 2009

Nik Aziz OH Nik Aziz, Tok Guru yang hebat....



Cuit - ZAINI HASSA
Nzaini.hassan@utusan.com.my

LIM Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas manakala Hadi Awang kelihatan serius di mesyuarat membincangkan kedudukan pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin. Idea Hadi itu ditolak.
SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.
Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama - sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.
Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.
Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan. Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau 'menghilangkan diri' beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.
Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad - beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu.
Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk 'menyelesaikan' kemelut ini - tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.
Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.
Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa 'malu alah' dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.
Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.
Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini - berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain - dicercanya sebegitu rupa.
Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis.
"UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.
"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.
Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.
Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.
Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah.
Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.
Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya 'Melayu', tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.
Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.
Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.
Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.
Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air."
"… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya."
Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.
Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.

Thursday, June 18, 2009

Individu tolak damai ibarat dirasuk syaitan..


Individu yang menolak perdamaian sesama muslim adalah manusia yang dirasuk syaitan disebabkan dendam kesumat atau buruk sangka yang mendalam.

Menurut kata bekas mufti Perlis ( Dr.Mohd Asri Zainul Abidin ), beliau gembira sekiranya sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan penyatuan umat di negara ini.Orang yang tidak mahu melihat umat islam berdamai adalah manusia yang dipengaruhi syaitan melainkan dia dapat membuktikan perbalahan adalah lebih baik daripada perdamaian.

Berbanding pada zaman perjuangan Nabi Muhammad SAW, Malaysia tidak perlu mengharapkan parti islam untuk menyerahkan kuasa antara satu sama lain, sebaliknya menekankan imbangan di antara kuasa kerajaan dan pembangkang. Apakah langsung tiada kesamaan di antara UMNO dan PAS?. kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada persamaan di dalam perpaduan umat.

Berfikirlah di atas landasan nas dan ukhuwah islamiah melebihi sikap tegar yang hanya mengikat diri.Sekiranya UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis muka dengan mereka yang berlainan prinsip, mengapa tidak menwujudkan ruang perdamaian di antara mereka.

saudaraku renungkanlah "TUHAN kamu lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, kalaulah kamu bertujuan baik dan mematuhi perintah-nya, maka sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat" -- Surah Al-Israa ayat 25.

Lim Kit Siang kesayangan Orang PAS!!!!

LIHAT APA YANG DIA HENDAK FIKIR -FIKIRKAN SAUDARAKU MELAYU ISLAM....
Saudara Lim Kit Siang cukup nyaring, berapi-api dan kasar semalam ketika membangkitkan mengenai isu biasiswa kerajaan di Dewan Rakyat - yang dakwanya ia diagihkan secara tidak adil dan hanya mengutamakan orang Melayu dan bumiputera sahaja.
Saya sungguh hairan mengapa beliau membangkitkan isu mengenai kaum itu. Kaum mana yang beliau sebenarnya perjuangkan dalam partinya? Jika orang Melayu ketinggalan dalam serba-serbi adakah beliau akan membelanya? Jika kebanyakan orang Melayu dan kaum bumiputara lain masih terkial-kial di luar bandar - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - membanting tulang di sawah-sawah padi, sedangkan tauke-tauke hidup senang-lenang, adakah DAP akan turut menjadi juara membela mereka?
Mengapa DAP yang mendakwa berjuang berdasarkan hak asasi manusia, kesaksamaan, keadilan sosial dan ekonomi tidak mahu memperjuangkan nasib kaum bumiputera yang masih ketinggalan dalam ekonomi, sosial dan serba-serbi?
Mengapa isu biasiswa kerajaan (yang terlalu sedikit jumlah itu) digembar-gemburkan sehingga menjadi sebagai isu yang membara dan terlalu besar? Apakah Kit Siang mahu meraih simpati politik dan mahu mencetuskan suasana panas di kalangan kaum?
Tahukah Kit Siang kaum mana yang paling ramai belajar di luar negara sekarang? Berapa banyak yayasan-yayasan persendirian yang dikuasai oleh tauke-tauke besar, jutawan dan bilionair Cina yang menaja pelajar-pelajar bangsa mereka.
Jika kerajaan tidak memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cerdik pandai ini siapa lagi yang mahu memberinya?
Tahukah Kit Siang siapakah anak- anak bumiputera yang pandai-pandai itu. Kebanyakannya mereka datang dari luar bandar. Siapa yang mahu mempedulikan mereka jika bukan kerajaan? Apakah yayasan-yayasan yang disebut tadi mahu menaja anak-anak kampung itu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik?
Kita tidak menafikan soal meritokrasi amat penting dalam penganugerahan biasiswa itu. Siapa yang layak dia akan dapat, tapi janganlah terlalu mempersoalkan isu ini sehingga menyebabkan kaum- kaum lain marah kepada kerajaan dan orang Melayu - kononnya kaum lain (terutamanya kaum yang banyak menyokong DAP) dinafikan hak dan diketepikan.
DAP cuba menonjolkan bahawa yang jahat ialah orang Melayu dan kerajaan.
Lihatlah hakikat di depan mata kita sekarang. Berapa ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang mendapat tajaan - malah oleh negara jiran untuk belajar di negara itu dan akhirnya terus menetap di sana, di Hong Kong malah di Taiwan.
Kita hairan, salahkah jika kerajaan mahu menolong anak-anak bumiputera yang mewakili kaum majoriti di negara ini? Di negara jiran Singapura juga, masih wujud jurang dan ketidaksamaan meklibatkan kaum. Tapi Melayu di sana tidak pernah berkobar-kobar pun seperti Kit Siang? Apakah orang Melayu di Singapura tidak boleh berkata apa-apa? Itu kita tidak tahulah. Tapi negara itu juga mengamalkan pendekatan yang sama seperti yang diamalkan oleh DAP di negara ini, bukan?
Oleh itu Kit Siang dan pihak-pihak lain, lihatlah kenyataan di depan anda. Siapa dia barisan bilionair-bilionair dan laksawan (terlalu kaya) yang hidup mewah di negara ini? Siapa dia yang menguasai ekonomi di negara ini? Siapa ahli-ahli profesional yang bersepah di negara ini? Siapa pemilik kedai-kedai perniagaan kecil atau besar di merata pelosok tempat di tanah air ini? Siapa yang tinggal di banglo-banglo besar yang merata di bandar-bandar besar di negara ini?
Saudara Kit Siang, tolonglah janganlah membangkitkan soal-soal yang boleh membakar perasaan antara kaum lagi. Kita sudah letih, kita sudah bosan. Kita mahu hidup dengan aman, tenteram dan harmoni. Kita mahu supaya kekayaan di negara ini dikongsi bersama - bukan oleh satu pihak sahaja. Kita mahu orang Cina juga mengajar orang Melayu berniaga.
Hakikatnya jika kita perincikan dasar-dasar kerajaan sebenarnya ia sebenarnya telah 'mengkayakan' bangsa lain yang mendapat tempiasan lebih lumayan daripada orang Melayu dan kaum bumiputera itu sendiri.
Jika dulu selepas peristiwa 13 Mei 1969 rakyat Malaysia kembali bertaut untuk hidup aman damai dan hormat menghormati - bagi membantu antara kaum memperbaiki diri masing-masing - mengapa falsafah itu semakin longgar?
Apakah kita semua sudah lupa? Apakah kita semua ini semakin selesa? Apakah kita ini sudah terlalu sombong dan bongkak?
Hakikatnya orang bumiputera di negara ini masih perlu dibantu. Lihatlah di mana orang Melayu berada? Jika saya katakan orang Melayu di Pulau Pinang adalah golongan kelas kedua - apakah DAP akan marah? Tapi itulah hakikatnya. Di mana pula orang Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lainnya? Mereka semua masih perlukan bantuan.
Hayatilah puisi Usman Awang (seperti Cuit minggu lepas) yang menggambarkan murahnya hati orang Melayu:
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkanSelagi yang ada sanggup diberikanSehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makanKera di hutan disusu-susukanAnak dipangkuan mati kebuluran"Lihatlah realiti itu wahai Kit Siang. Janganlah emosional, anda mewakili kaum yang paling bernasib baik di muka bumi ini.