Tuesday, February 17, 2009

Kursus Kemantapan Kepimpinan UMNO Selayang - Anjuran Biro Latihan


Di bawah Biro Latihan, satu kursus akan diadakan bagi memberi semangat kepada kepimpinan UMNO dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat kepimpinan Bahagian.Kursus ini dimestikan kepada semua Ketua Cawangan di bawah Bhg.Selayang , AJK Bahagian dan 5 orang kepimpinan atas bagi setiap sayap Wanita,Pemuda dan Puteri ( K,Naib,Setiausaha, Bendahari dan K.Penerangan ).Anggaran sejumlah 150 orang akan menyertai kursus ini. Kami Jawatankuasa Biro Latihan mengharapkan kehadiran anda yang terlibat. Inilah masanya kita perlu meletakkan kepentingan peribadi di tepi.Sama-samalah kita tunjukkan sokongan kita ke arah usaha yang menjuruskan penyatuan, lebih-lebih lagi UMNO Bhg.Selayang.
Antara maklumat yang perlu diketahui:

Kursus : Kemantapan Kepimpinan UMNO Bhg.Selayang

Tarikh : 27hb.Feb 2009 - 1hb Mac 2009
(Jumaat 2.30 ptg -- Ahad 12.30 T/hari)

Tempat : Dusun ECO Resort, Bentong Pahang

Dirasmikan : Menteri Besar Pahang
( Dato'Seri Adnan Yaacob )


Saf 14.30 (A)

Blog & Blogger - anjuran Biro Penerangan UMNO Bhg.Selayang





satu penerangan berhubung"BLOG & BLOGGER" telah diadakan di Rumpun Selera Bandar Baru Selayang di bawah anjuran Biro Penerangan.
Fasilitatornya terdiri dari kalangan Blogger yang tidak asing lagi, antaranya husin lampoyang dan Depa kata.Pengalaman kedua-dua mereka ini dikongsi bersama, memberi pendedahan yang berguna kepada hadirin.Di dalam program ini juga,peserta dapat berbincang, bertanya dan memberi pendapat sesuatu mengenai Blog.
kekadang kita tidak mengetahui apa sebenarnya Blog dan kepentingan di dalam dunia cyber ini.Secara asasnya Blog bolehlah kita tafsirkan sebagai satu catatan dairi di dunia cyber, malah apa saja catatan yang boleh kita lakukan antaranya tulisan berkisar hobi, politik, peribadi, pendapat dan sebagainya.Jika kita melihat pada hari ini (politik), pihak pembangkang mengunakan sepenuhnya kemudahan ini serta menjadikan ia sebagai satu saluran maklumat bagi menerangkan atau menghentam kerajaan terutamanya kepimpinan UMNO kepada rakyat. Kesannya pada pilihanraya ke-12 di mana banyak kerusi-kerusi Parlimen atau DUN ketika itu milik BN, akhirnya jatuh ke tangan PR, ini kita tidak boleh nafikan (peranan Blog).
Apa yang saya lihat kita ahli UMNO juga perlu berani dan tegas di dalam mengharungi dunia blog, pemimpin-pemimpin UMNO juga perlu menangkis hujah jahat pihak pembangkang bagi menyedarkan rakyat jangan terpengaruh dengan pembohongan mereka.Kita kena berani dan bukan lagi bergantung kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Tidak keterlaluan saya katakan, ada antara pemimpin-pemimpin UMNO peringkat pusat mahupun Negeri serta Bahagian yang tidak memahami pentingnya peranan Blog ini.Blog yang dilihat lebih "free" serta bebas kita bercerita sesuatu isu, malah media cetak lebih dilihat terhad.. Kesedaran inilah, Biro penerangan UMNO Bhg.Selayang menganjurkan program ini bagi memberi pendedahan peranan Blog dalam dunia cyber ini.
kehadiran ahli UMNO Bhg.Selayang di dalam program ini dialu-alukan dengan ucapan terima kasih.
Saf 13.45 (A)

Melayu usah menjadi Si Kitul


SESIAPA pun yang menyaksikan atau kebetulan berada berdekatan Istana Iskandariah, Perak, selepas solat Jumaat 6 Februari lalu pasti menggelengkan kepala.
Bukan sekali geleng tapi berulang kali.
Beberapa manusia berkopiah dan berlitup kepala sanggup berbaring di jalan raya sambil disertai ribuan lain, semata-mata kerana ikutkan kata hati membantah titah Sultan Perak melucutkan barisan Exco kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang yang lepas termasuk Menteri Besarnya.
Meskipun kemurkaan Sultan Perak ke atas peristiwa itu hanya dilaporkan oleh sumber dalaman istana, namun kenyataan khas Sultan Selangor yang menyusul seminggu kemudian, menyerlahkan betapa ia amat mendukacitakan raja-raja Melayu.
''Kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warganegara Malaysia serta mudahnya golongan tertentu terpedaya dengan budaya mob amat memalukan. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana," demikian kenyataan khas baginda.
Sememangnya elok direnung kembali sejarah Si Kitul yang direkodkan dalam Sejarah Melayu.
Rasuah, nafsu, fitnah, dendam kesumat yang melanda pemerintahan Melaka pada ketika itu dengan watak utamanya dimainkan oleh Si Kitul akhirnya membawa kehancuran kepada kerajaan Melaka.
Inilah barah yang melapah kekuatan mana-mana masyarakat dan negara. Bukan sekadar negara kota seperti Melaka hancur berderai, bahkan empayar raksasa pun bisa roboh.
Menurut kata Sahibul Hikayat, pengarang Sejarah Melayu, Raja Mendeliar merupakan orang terkaya di Melaka dan beliau berbalah dengan Nina Sura Dewana iaitu penghulu segala saudagar Melaka.
Namun kerana peranan Si Kitul, akhirnya Raja Mendeliar percaya bahawa Nina Sura Dewana telah berpakat dengan bendahara untuk membunuh beliau. Apabila Raja Mendeliar mendengar cerita Si Kitul, maka beliau mengambil surat hutang Kitul dan mengoyakkannya dan berkata yang hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat.
Akibat hasutan dan fitnah Si Kitul, Raja Mendeliar memberikan hadiah emas kepada laksamana dan meminta laksamana menyampaikan kepada sultan bahawa bendahara cuba untuk menderhaka.
Sultan, apabila disembahkan oleh laksamana mengenai penderhakaan bendahara terus membuat keputusan tanpa usul periksa dengan membunuh bendahara dan keluarganya kecuali Tun Fatimah.
Moral cerita berkenaan cukup jelas.
Kerajaan Melayu Melaka dulu gah sampai ke seluruh pelosok dunia. Siapa dapat bayangkan kerajaan hebat itu akan jatuh? Lagipun berapa banyaklah orang Portugis yang serang Melaka waktu itu. Entah berapa kapal saja. Tapi kerana orang Melaka berpecah belah benteng pertahanan orang Melaka punah. Dengan mudah sahaja Melaka hancur.
Kita semua tahu siapa dajalnya masa itu. Si Kitullah yang buat kacau, buat fitnah dan timbulkan kebencian dan syak wasangka. Akhirnya pemimpin Melaka berbalah. Melaka jadi lemah.
Sebab itu perlu diingatkan, kita semua tak kekal. Kerajaan sekuat mana pun tidak kekal selama-lamanya.
Kemewahan orang Melayu - kalau pun ada - juga tidak kekal.
Begitu juga mungkin kuasa politik Melayu.
Xfiles 10.37(S)um

Taksuf dan Angkuh dengan Politik Mereka...


Apabila terlalu taksuf dengan ideologi politik, mereka tidak kenal orang Alim atau orang yang kita perlu mengambil kira pandangan mereka.Inilah perjuangan orang-orang parti pembangkang yang kononnya berpegang kepada Islam. Walaupun teguran hendak dilontarkan terhadap pandangan yang kita rasa tidak berpuas hati, Islam mengajar kita secara berhemah.
Kita lihat hari ini, perjuangan mereka sudah jauh tersasar dari apa matlamat perjuangan yang sebenar.mereka kini sangguh menghina sesama bangsa dan keturunan...tiada lagi nilai cintakan bangsa yang sama agama dengan mereka.Sudah menjadi tanggungjawab beliau menyatakan kebenaran kenapa perlu melontarkan kata-kata yang kesat.
Inilah kegilaan ulamak mereka yang memfatwakan, Islam menghalalkan mencarut...pada satu ketika dahulu mengharamkan kerjasama dengan orang kafir, sebaliknya mereka sendiri yang berkawan, ada juga fatwa yang mereka buat kononnya mengangkat wanita menjadi pemimpin haram, apa dah jadi sekarang mereka pun meletakkan golongan wanita sebagai wakil mereka... inilah Ulamak mereka....mengunakan kepentingan agama untuk politik sempit mereka.
Kita kena ingat bahawa golongan mukmin mestilah takut kepada allah,rasulnya dan juga pemerintah, selagi mana pemerintah itu tidak menyuruh melakukan perkara yang mungkar atau perbuatan maksiat, kita mesti taat.
Ceramah-ceramah tok guru mereka kononnya didengari, tapi masuk kiri keluar kanan.. tu yang pengikutnya dapat.. pakai kopiah, pakai serban, dan berjubah, benda ni bagus sunnah nabi tapi yang pakai tu tak faham satu apapun hikmahnya, kat jalan tunjuk perasaan "laung takbir" dahsyat didengari..tapi ada setengahnya bini kat umah pun tak tutup aurat...itulah Islam depa..
Apa-apa pun kita perlu ingat jalanlah ulamak ini menjadi api dalam sekam, mengajar mereka melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan, sedarlah ulamak itu pewaris nabi..
Tindakan yang dilakukan perlu memikirkan Bangsa dan agama..jangan menang bersorak kampung tergadai...

Xfiles 10.30 (S)

Monday, February 16, 2009

Jangan Terpedaya Laungan Jihad Oleh PASBTP


Kononnya PasBtp mengadakan sumbangan Jihad bagi membantu Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang dan mengatakan kerajaan UMNO Perak Haram. Atas dasar apa yang mereka pertikaikan... Wahai ahli-ahli UMNO BTP kita mengikut lunas perlembangaan bukan seperti yang mereka salakan..

Bila mana kita mengajak mereka bersama membentuk kerajaan Perak pada ketika itu, keluarlah kata-kata ulama mere ...ka kononnya, berkerja dengan UMNO zalim tetapi tak pa jika dengan orang kafir.Maka mereka pun berkerja dengan orang kafir yang mempertikaikan perjuangan mereka yang ingin melaksanakan hukum hudud.Hari ini lihatlah kuasa allah swt membalas perbuatan yang mereka lakukan kepada rakyat perak selama 11 bulan memerintah.

Pas hanya 6 kerusi, Keadilan 8 kerusi malah DAP 18 kerusi kita pun dah nampak kedudukannya... dan lihat pula porfolio exco apa yang dipegang oleh Nizar dan apa yang dipegang oleh DAP...semua jawatan penting diberikan kepada DAP... (perjanjian Pangkor 2).

tanyalah dan fikirkan PAS hanya boneka semata-mata..

Mereka adakan tunjuk perasaan kononnya tidak berpuas hati dengan tindakan UMNO merampas kerajaan Perak...Cina2 DAP puan buat propaganda .. balik-balik kita lihat tok-tok lebai Pas yang tidur kat jalan, jihadlah katakan..mana sekutu-sekutu PR mereka, seorang pun tak keluar...rupanya melayu yang dimainkan.. tak tahu pula ini cara Islam yang diajakkan oleh tok2 guru mereka..

Guna perkataan JIHAD bagi kepentingan mereka saja...pi jihad bantu anak-anak remaja T.Puteri tu lebih baik (kata perjuang Islam).Janganlah mudah nak kata kita ni perjuang Islam kalau sekitar kita pun tak betul.

"Kita ahli-ahli UMNO serta masyarakat BTP jangan tertipu muslihat JIHAD yang dimainkan oleh mereka". kalau nak kerja Jihad kenapa meminta pula, buatlah secara suka dan rela.Biarkan allah yang menilainya...


Xfiles 10.42 (I)

Sunday, February 15, 2009

Ayahanda Pak Kassim Meninggal Dunia (Gambar)

15hb.Feb'2009 Ahad--Al-Fatihah, Ayahanda Pak Kassim, yang lebih dikenal ramai dan berkhidmat sebagai Bilal Surau As-siddiqin telah menghembuskan nafas terakhir sebelum waktu Zohor di Hospital Selayang kerana sakit tua.
"Kami seluruh warga Ahli UMNO Bandar Tasik Puteri" mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH..

Saf 15.13 (A)

Wednesday, February 11, 2009

Forum Perlembagaan MALAYSIA



"SELAMA MANA PERLEMBAGAAN MAMPU MENJAMIN HAK KETUHANAN MELAYU"
(SATU PENILAIAN TERPERINCI)

TARIKH:
14HB.FEBRUARI 2009 (SABTU)

MASA:
8.30 MALAM

TEMPAT:
DEWAN C, JALAN MERAK 6/3 SEKSYEN 6,
SHAH ALAM

ANJURAN:
PERSATUAN AMAL SHAH ALAM

PANELIS UTAMA:
PROF.DATUK DR.HAJAH RAMLAH ADAM
(REKTOR KOLEJ YAYASAN MELAKA/SEJARAWAN NEGARA)

"MASYARAKAT BDR.TASIK PUTERI YANG BERKELAPANGAN DIJEMPUT HADIR "

Saf 20.47 (R)