Tuesday, February 9, 2010

Allah SWT masih menyayangi kerajaan Perak di bawah BN


Zambry diisytihar MB Perak yang sah

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Kami UMNO BTP mendoakan agar rakyat PERAK mendapat keberkatan di bawah pimpinan yang diterajui BN...
"Rakyat didahului, pencapaian diutamakan"

Sunday, February 7, 2010

YB Shukur, turun merasmikan sukaneka Blok 27B GVP





Hari keluarga dan sukaneka di perumahan Daisy Blok 27B dirasmikan oleh ADUN Kuang YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus, Turut hadir sama di majlis itu En.Magedran A/L Muniandy pegawai PPD Daerah Gombak serta kepimpinan UMNO Bandar Tasik Puteri.
Wakil rakyat yang prihatin kepada program kemasyarakatan, telah meluluskan beberapa peruntukkan yang dipohon oleh persatuan penduduk Daisy.Program sebegini memang dialu-alukan kata beliau bagi menjalinkan ukhwah di antara ahli masyarakat.
Program ini perlu diteruskan,
"Kenanglah orang yang telah berjasa"

300 Belia Bandar Tasik Puteri menyokong kepimpinan YB Shukur





Meriah.., itu yang saya gambarkan sewaktu perasmian Belia DUN Kuang yang diadakan di Bandar Tasik Puteri.
Umno Bandar Tasik Puteri mengucapkan syabas kepada pihak YB, kerana banyak membantu masyarakat BTP dalam usaha memastikan "rakyat didahulukan prestasi diutamakan". Ucapan beliau yang menyentuh soal kebajikan rakyat yang telah dilaksanakan sekian lama sejak beliau menjadi ADUN Kuang. hampir 1800 keluarga susah di DUN Kuang telah dapat pembelaan tanpa ada perasan dengki, samada mereka itu menyokong kita atau tidak.
Kata beliau lagi, hari ini kita lihat bagaimana kerajaan negeri selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sangguh rampas tanah YBK, walaupun kita berbeza fahaman politik... tidak adakah rasa simpati terhadap bangsa sendiri bagi membantu orang miskin. Sebaliknya mereka boleh meminjam duit dari CIMB bank untuk membantu Talam Corp., siapa talam corp. ini, apa jasa mereka.. kepada rakyat miskin di Selangor.
Cerdiklah sedikit, lihat betapa ruginya kita, lebih-lebih lagi orang Serendah, disebabkan sikap angkuh pemimpin mereka yang hanya tidak dapat menjadi pengerusi YBK, akhirnya tanah YBK dirampas.Rakyat tahu permainan mereka, 2 tahun mentadbir selangor mereka hanya berceramah mengutuk orang kerja tak buat...
Saya yakin masyarakat BTP faham dan boleh menilaikan perkara yang mana baik dan betul. Khabar angin yang mengatakan Belia BTP tidak menyokong saya, tetapi hari ini saya yakin mereka berdiri teguh dengan saya.Mereka juga mengatakan BTP kubu kuat mereka..., tindakan berebut-rebut nak jadi pengerusi masjid,surau,PIBG dan sebagainya mereka lakukan.. sebaliknya tanggungjawab mereka tidak laksanakan. itulah sikap mereka..berpolitik semata-mata.Tuan-tuan juga boleh nilaikan apa yang telah mereka lakukan setelah mereka mengambil alih semuanya...
Kita juga berharap mereka ini boleh membawa pembangunan di BTP seperti mana yang kita sentiasa prihatin kepada masyarakat BTP. Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat, ini yang dituntut.Kecelaruan berbagai Isu di dalam PR, kita harap sokongan kepada perjuangan UMNO akan kembali.
Hari ini, kita telah mendaftarkan hampir 30 pertubuhan belia diperingkat DUN Kuang, setakat ini 8 pertubuhan telah diluluskan, kita yakin selebihnya akan menyusur. Sokongan ini kita harap golongan belia akan lebih menjalankan aktiviti yang berfaedah. Kita perlu menjaga golongan belia ini, kerana mereka merupakan lapisan di masa akan datang dan menentukan hala tuju perjuangan kita.
** Adakalanya saya tertanya-tanya, bangsa melayu mahu menuntut hak-hak orang melayu dari siapa?

Sumbangan YB Shukur meringankan beban mangsa kebakaran





Bandar Tasik Puteri, 6hb.Feb 2010.
Tragedi kebakaran yang menimpa En.Tock Chin Wat pemilik kedai membaiki Motorsikal serta pekerjanya Inthyran, En.Che Kam Lin (kedai Hotlink) dan Sdra.Rosdi Ahmad mendapat perhatian pihak YB Shukur selaku ADUN Kuang.
Kejadian kebakaran itu yang disaksikan sendiri oleh beliau (YB), atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab YB Shukur telah menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa tragedi bagi meringankan beban mereka. Majlis penyampaian sumbangan ini telah dilangsungkan di Bandar Tasik Puteri pada Majlis perasmian persatuan Belia DUN Kuang yang diadakan di Medan Puteri Jam 9.00 malam pada 6hb.Feb 2010.
Bagi kami UMNO Bandar Tasik Puteri mengucapkan terima kasih..., Jangan kita hanya pandai mengata sahaja, sepatutnya kita buat kerja dan bantu rakyat..inilah perjaungan kita..
Saf(A)

Saturday, February 6, 2010

Program YB DUN Kuang Bulan Feb'2010

6 Feb 2010 - Perasmian Persatuan Belia Dun Kuang di Bandar Tasik Puteri Jam 8.30
malam bertempat di Medan Puteri

7 Feb 2010 - Perasmian hari keluarga dan sukaneka Daisy Blok 27B
Bandar Tasik Puteri Jam 10.30 pagi

8 Feb 2010 - Lawatan keluarga angkat dari Jepun di Kg.setia Kuang Jam
1 Petang di rumah Sdra.Haris Samsul

9 Feb 2010 - Pembayaran JKM Cari DUN Kuang (Penerima Bt.Arang dan
Bandar Tasik Puteri) di Dewan MCA Bt.Arang Jam 2.30 ptg

10 Feb 2010 - Pembayaran JKM Cari penerima bantuan orang tua (BOT)
di Pejabat ADUN Kuang Jam 11.00 pagi - 4.00 petang

11 Feb 2010 - Pembayaran JKM Cari penerima bantuan (BTB,EPC,BKK,
KRONIK) di pejabat ADUN Kuang Jam 2.00 petang



**akan di update dari masa ke semasa

Taklimat Pemutihan Ahli UMNO dan Pindaan Perlembagaan



4hb.Feb 2010 Jam 9.00Malam,
Satu taklimat berhubung perkara ini telah disampaikan oleh SU Sdra.Zawawi dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Cikgu Sanusi, Dalam pertemuan itu, mereka meminta agar semua kepimpinan akar umbi perlu mengambil tindakan segera dalam perkara ini.
Taklimat ini juga memastikan supaya kerja yang dilakukan ini memastikan kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya ke-13. Pihak Bahagian meminta supaya semua kepimpinan akar umbi kembali bersatu demi memertabatkan UMNO. Sudah tiba masanya kita perlu bangun dari tidur serta tidak menganggap kita di dalam keadaan selesa.Kita perlu menghampiri masyarakat serta menjelaskan perjuangan kita agar mereka kembali menyokongnya.
2 tahun bukannya lama untuk kita memastikan UMNO merupakan Juara Rakyat dalam menghadapi pilihanraya ke-13. Semoga usaha ini perlu mendapat sokongan semua peringkat Wanita,Pemuda,Puteri di peringkat akar umbi.
Ingat UMNO DULU, KINI, dan SELAMANYA......



Kebakaran Kedai Motor di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri




5.Feb.2010, Jam 9.40 am,
Kebakaran yang melibatkan kedai motor berlaku kira-kira Jam 9.40 pagi mengemparkan penduduk yang sedang menikmati sarapan pagi di kawasan berhampiran apabila kedengaran beberapa letupan.
Keadaan menjadi cemas apabila asap tebal menyelubungi kawasan kejadian, ditambah dengan suasana riuh.Beberapa minit kemudian, bantuan Bomba telah sampai dari Cawangan Bt.Arang, Rawang, Sg.Buluh dan Bistari jaya.Orang ramai turut sama melihat tempat kejadian menyebabkan pihak polis terpaksa membuat kawalan tali rentang bagi memastikan keselamatan mereka di tempat kejadian.
3 orang termasuk kanak-kanak terperangkap di tingkat atas rumah kedai, ketangkasan pihak Bomba dapat menyelamatkan mereka keluar menggunakan laluan tingkap belakang menggunakan tangga.kesemua mereka dikejarkan ke hospital oleh pihak ambulan kerana kesesakkan nafas disebabkan asap tebal.Sementara itu, tauke kedai Ah wat dan pembantunya mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan anaknya serta isteri beliau yang mengandung dapat menyelamatkan diri.
Kerugian serta sebab berlaku kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan polis.Orang ramai tidak dibenarkan membuat spekulasi kebakaran ini kerana akan menjejaskan mangsa.
Kejadian itu turut disaksikan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN Kuang, yang bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh Ketua-Ketua UMNO di Bandar Tasik Puteri.Beliau melahirkan rasa simpati dengan apa yang berlaku semasa melawat mangsa kejadian.Beliau mengarahkan ketua-ketua UMNO Caw. selaku ketua masyarakat membuat semakan mangsa yang terlibat bagi menghulurkan sumbangan kecemasan. Sumbangan ini akan diberi pada satu majlis (Perasmian Persatuan Belia DUN Kuang) pada 6hb.Feb 2010 Jam 8.30 Malam.
Jawatankuasa UMNO Bandar Tasik Puteri mengucapkan takziah kepada semua mangsa kejadian, semoga mereka bersabar menghadapinya.