
Monday, May 18, 2009
Anda Yakin, Anda Seorang yang Faham Islam???

YB A.Shukur ADUN KUANG Dilantik Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor

Semoga perlantikan ini memberi satu roh baru di dalam menghadapi apa jua isu-isu serta tomahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang serta mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dalam menghadapi pilihanraya yang ke-13 akan datang. Kami juga berharap UMNO kembali mentadbir Negeri Selangor serta memperkasakan kembali UMNO dari peringkat akar Umbi....
Saf 9.56am (I)
Wednesday, May 13, 2009
Pemimpin PKR-PAS biadap....


datang ke rumah orang cubalah beri salam dan minta kebenaran,.. tetapi mereka tidak pun berjumpa dengan Tuan Nazir meminta kebenaran.. inikah budaya pemimpin PKR ceroboh tempat orang dan mereka laungkan kononnya merekalah pembela bangsa.. UMNO di Bandar Tasik Puteri tidak pernah pun menggunakan Masjid bagi kepentingan politik malah menjaga serta memastikan Kesucian Masjid ini bebas dari kengkangan fahaman mana-mana parti politik.
kalau inilah caranya pemimpin PKR (DSAI), belajarlah cara-cara beradap dan hormatilah bangsa sendiri.
Masjid ini terbuka kepada semua masyarakat Islam selagi mana ia tidak dicemari dengan perkara-perkara yang tidak baik.Janganlah hendak mencari publisiti murahan sehingga mengunakan Masjid bagi kepentingan politik mereka.Pemimpin PKR Bandar Tasik Puteri ibarat lalang tiada pendoman yang tetap, bila pemimpin atasan datang, macam lalat hurung tahi, kononnya merekalah bagus.. tunjuk mereka pun ke Masjid.. sebelum ni nak jenguk masjid pun tak da...bagus juga datang tapi janganlah bila ada kepentingan je.. yang penting datanglah berjemaah solat fardu kat masjid tu... baru lah betul.
Sehingga ke hari ni tak nampak pun Pemimpin PKR-PAS membantu dalam pembangunan kat Masjid, nak kata tolong bantu dapatkan jalan pintas....tanah kubur... Van jenazah.. habuk cakap jee. kerajaan negeri mereka punya apa yang boleh buat.. Jumpa Hassan Ali sama je 2X5, nasib baik YB Kuang orang UMNO dapat juga jalan sementara... mereka hanya gah bawa penceramah dari kecil hinggalah pangkat besar.. tapi apa yang kita orang Tasik Puteri dapat...??
Kenali lah isu tempatan dan isu politik, janganlah campur aduk, hairan juga kita, ada wakil penduduk yang mereka (PKR-PAS) lantik sebagai JKP ( Jawatankuasa Penduduk) siapa penduduk yang iktiraf, takkan taman perumahan nak buat macam kawasan kampung kot.. fikir2lah yob hoiiiii.., bagilah kebebasan kepada penduduk yang menentukan wakil mereka.. setahu ana setiap taman udah ada pengerusinya sendiri yang dilantik oleh penduduk setiap taman, hormatilah sekit....jangan zalim sangat..setakat penyewa dan bukannya penduduk tetap yang dilantik buat apa.. gabis beras je. Dia nak bantu diri sendiri pun tak boleh, ni kan pulak nak bantu masyarakat.... cuba yob tulis apa JKP yang telah lakukan bagi membangunkan tasik puteri...TULIS YOBBBBBBBBBBBB!!!!
dengar2 25 ni Masjid nak buat forum yang dianjurkan oleh Parlimen Selayang..., dah tak de orang lain ke, atau dak kurang orang yang bagus dalam agama untuk berceramah, balik2 badutAmin je.... dia tu bukannya nak beri ilmu sebaliknya taktik nak dapatkan publisiti murahan agar dapat dipilih bertanding pada pilihanraya ke-13...orang yang pilih dia tu pun bangang juga nak buat macam mana.... Nik Aziz, Hadi Awang boleh bawah datang, awet bila buat forum ni, tak bawa...
Nak ceti sikitlah kat sini, belum lagi pegang kuasa (Nazir) kat Masjid dah buat sesuatu yang kononnya dia yang paling berkuasa..., panggil orang tu dan orang ni... kalaupun gila kuasa tunggulah sehingga sampai tempohnya lepas tu buatlah kau nak buat... kalau pegawai masjid tu buatlah macam pegawai masjid, janganlah nak sibuk mentadbir pulak...sabar je..lah.Nak kata selalu ada kat Masjid.... boleh juga di kira... apa2 lu fikirlah sendiri.... kadang2 kononnya buat tak tahu tetapi dialah dalangnya disebalik kuca-kaci kat Masjid....
"Syabas mereka-mereka yang sabar melihat gelagat ini kat masjid, sesungguhnya sabar itu separuh dari cabang Iman". ( Semoga Tuan Nazir Lama di beri kekuatan..menghadapi semua ini...).
sambung simbang di lain kali...
11:29am (R)
Wednesday, May 6, 2009
Bahana PAS jika DUN Perak Bubar

Sebenarnya orang-orang PAS ni bukanlah cerdik sangat… Lihat sajalah ada sanggup menyabung nyawa berbaring di laluan kenderaan Sultan semasa memprotes tindakan Paduka Sultan Perak mengarahkan Menteri Besar PR , Nizar meletak jawatan.
MB Nizar pula yang separuh sedar di junjung keliling negeri oleh Ngeh dan Nga masih lagi didalam impian bahawa dialah pemimpin pilihan rakyat padahal PAS hanyalah memenangi 6 kerusi sahaja didalam DUN Perak. DAP ada 19 kerusi!
Siapakah yang lebih layak memerintah Perak kalau bukan DAP. Tetapi tidak boleh berlaku demikian kerana undang-undang tubuh Negeri Perak mengkehendaki orang Melayu sebagai Menteri Besarnya.
Masih ingatkah kita bahawa semasa PR menumbangkan kerajaan BN di Perak pada PRU 12, Sultan Perak telah menitah untuk melantik YB Nizar sebagai Menteri Besar Perak . Reaksi spontan DAP pada masa itu ialah untuk memboikot majlis lantikan MB.
Tidak sukar difahami bahawa DAP terpaksa menjunjung Nizar atas ‘izin kerana terpaksa’. Sedarkah wahai umat-umat PAS bahawa saranan pembubaran DUN untuk di adakah pilihanraya baru DUN Perak kali ini sebagai landasan DAP untuk berkuasa secara mutlah di Negeri ini?
Kesilapan terbesar DAP pada PRU 12 yang lepas ialah kerana tidak meletakkan calon Melayu dari Parti DAP sendiri untuk bertanding di salah satu DUN di negeri ini. Bukan luar biasa kerana DAP pernah meletakkan seorang calon Melayu (Lawyer Asri – kemudian bertanding atas tiket PKR ) satu ketika dulu dan pernah menang. DAP telah silap percaturan pada PRU 12 tempohari. Kalau tidak DAP tidaklah perlu bersusah payah untuk bersetuju memilih calon MB dari PAS.
Sekiranya hajat pembubaran DUN Perak tertunai … sudah pasti pada kali ini DAP akan meletakkan calon Melayunya sendiri . Mungkin antara mereka yang boleh diketengahkan seperti Penasihat DAP, Tengku Abdul Aziz atau Ahmad Nor atau Lawyer Asri kembali.
Pastilah, sekiranya PR menang sekali lagi, jelasnya DAP akan memerintah dan PAS akan ‘datang bulan’… Takebeer!
ANWAR lagak macam dia BOS dalam PAKATAN
PAS juga mendakwa mereka kesal dengan tindakan ketua pembangkang itu yang berlagak seperti "orang besar" dalam Pakatan Rakyat yang "tidak menghormati" pemimpin parti-parti lain.
"Beliau selalunya bercakap tentang (pentingnya) Pakatan Rakyat, (tetapi) contoh terbaru, isu Fairus letak jawatan (diputuskan) tanpa berbincang dengan DAP dan PAS pusat," kata pemimpin itu yang enggan dikenali.
"Tak berbincang. Dia buat macam orang besar dalam Pakatan. Tak hormat (rakan Pakatan yang lain)."
Menurut sumber itu, tindakan sebelah pihak Anwar itu boleh menggugat kesatuan gabungan pembangkang di Pulau Pinang kerana memaksa PAS dan DAP "mengikut caranya."
"Pakatan Rakyat tidak boleh pergi (bertahan) lama kalau bergantung ikut cara dia, ikut kehendak dia," katanya.
Tindakan penasihat PKR yang tidak berbincang tentang peletakan Mohamad Fairus tanpa memikirkan kesan kepada Pakatan khususnya menyebabkan akar umbi kecewa dengan situasi tersebut.
"Pengundi dan ahli akar umbi PAS dan PKR kecewa," katanya.
Tambah sumber, beliau dimaklumkan kemungkinan penyokong PAS dan PKR di Penanti tidak akan keluar mengundi sekiranya PKR meletakkan calonnya Mansor Othman dalam pilihanraya kecil itu, 31 Mei ini.
Berdasarkan maklum balas akar umbi parti itu, pemimpin tersebut berasa bimbang dengan situasi itu, kemungkinan calon Pakatan Rakyat kalah.
Beliau juga mendengar rungutan daripada perayu-perayu undi di kalangan Dewan Muslimat yang menghadapi masalah untuk meyakinkan pengundi setelah menguar-uarkan Mohamad Fairus – calon muka baru – boleh berkhidmat untuk mereka dalam pilihanraya umum tahun lalu.
"(Muslimat memberitahunya:) Apa lagi yang kami nak cakap, (dulu) kata Fairus boleh buat kerja, tiba-tiba letak jawatan sebab tidak berprestasi, jadi macam nak yakinkan pengundi (sekali lagi)?" katanya.
Kemarahan mereka itu diterjemahkan antaranya dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang minta isu pengunduran Mohammad Fairus Khairuddin ditanyakan sendiri kepada Anwar, kata sumber lagi.
Selain kelambatan Anwar mengumumkan pengganti jawatan timbalan satu ketua menteri yang ditinggalkan Mohammad Fairus, pemimpin DAP itu juga tidak senang apabila tidak dimaklumkan tentang langkah mengosongkan jawatan tersebut.
Susulan itu, dalam mesyuarat agung kawasannya, PAS Permatang Pauh sebulat suara meminta pucuk pimpinannya meletakkan calon dalam pilihanraya kecil itu.
Ketua Pemuda PAS negeri waktu itu Mohamed Hafiz Nordin kemudian turut membuat desakan yang sama. Desakan itu disusuli dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Mujahid Yusof Rawa.
Muktamar Dewan Pemuda Pulau Pinang, Ahad lalu, turut memutuskan sebulat suara daripada kira-kira 100 perwakilan agar PAS meletakkan calon dalam pilihanraya kecil tersebut.
MK 10:41 (R)
Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh
Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.
Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.
Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.
Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.
Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.
Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.
Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''
Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.
Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.
Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.
Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.
Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.
Tuesday, May 5, 2009
Mes.Agung UMNO Caw.Bandar Tasik Puteri Ke-5
Mesyuarat Persidangan Tahunan akan
diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 23hb MEI 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Antara Jalan 8/3 dan 8/4 (berhampiran Rumah KC)
Dirasmikan Oleh : YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus
Ketua UMNO BHG.SELAYANG
Merangkap ADUN KUANG (N13)
Wakil
Bahagian : Sdra.Azman Bin Yusof
Anda ahli UMNO Caw. Bandar Tasik Puteri
dijemput hadir beramai-ramai.....
Saf 10:15am (S)
