Thursday, February 5, 2009

BI: Usah Perlekeh Anak Melayu

Isu Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kini semakin hangat diperkatakan, dengan gesaan agar ia dimansuhkan makin lantang. Antaranya usaha yang bersungguh-sungguh diperjuangkan oleh Gerakan Mansuh Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (Mingguan Malaysia Ahad, 1 Februari 2009).
Senario ini jelas membuktikan pemikiran yang memperlekeh dan merendah-rendahkan keupayaan bangsa dan anak-anak sendiri; suka hidup dalam zon selesa; berfikiran cetek; budaya demonstrasi; kakitangan yang tidak menghayati dan suka menentang dasar majikan dan organisasi.
Majoriti orang Melayu hanya menguasai satu bahasa. Jika dilihat bangsa lain majoritinya menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa (bahasa ibunda dan Bahasa Melayu). Adakah orang Melayu kurang keupayaan berfikirnya dan kemahiran lingustiknya? Sepatutnya Bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua orang Melayu, tidak kira di desa atau di kota. Malangnya seperti biasa kita suka merendahkan keupayaan anak-anak kita yang mempunyai potensi yang cukup besar.
Isu terbesar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah bukanlah isu anak-anak yang merasakan ia sukar. Tetapi ia lebih kepada kurang kesungguhan golongan yang terbabit dalam mewujudkan kesedaran yang tinggi terhadap anak-anak dan kesukaran mereka untuk keluar dari zon selesa (mengajar dalam Bahasa Melayu). Budaya sukar keluar dari zon selesa ini telah menyebabkan anak-anak menjadi mangsa dan mewarisi budaya yang sama.
Bahasa Inggeris adalah bahasa global, bahasa ilmu, bahasa perdagangan dan merupakan salah satu bahasa terpenting dunia. Fakta dan andaian dengan penggunaan Bahasa Melayu juga boleh melahirkan saintis, pakar perubatan dan cerdik pandai lain sememangnya benar. Tetapi pernahkah kita terfikir berapa ramai di kalangan golongan professional berasa rendah diri kerana tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik? Malah mereka sering terfikir alangkah baiknya mereka dilahirkan di dalam pendidikan beraliran Inggeris supaya mereka dapat menembusi pasaran luar negara dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Secara asasnya saya berpandangan kebanyakan ahli Kelab Pemansuh PPSMI ini bukan saja tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik malahan menjadi penghalang masa depan Bangsa Malaysia baru.
Pemikiran yang cetek ini perlu diperdalamkan dalam memperjuangkan pendidikan anak-anak kita. Seperti kata Saidina Umar "Didiklah anak kamu kerana anak kamu akan dibesarkan dengan bukan zaman kamu".
Kebelakangan ini kita dapat melihat satu arus perubahan yang cukup dinamik dalam politik semasa. Masyarakat Malaysia sudah bersedia untuk berubah, malah semua orang telah begitu pandai berhujah sehingga kita sendiri tidak tahu siapakah yang pandai, siapakah yang tidak.
Pemandu seolah-olah pakar ekonomi membincangkan isu Petronas dan sudah bercita-cita tinggi untuk tinggal bersebelahan dengan rumah doktor pakar (analogi kerana semua orang cuba berlagak pandai).
Terdapat juga pegawai-pegawai kerajaan yang digaji untuk mendokong dasar-dasar kerajaan telah menjadi 'pembunuh' dan penghalang dasar. Mereka sudah mula menggunakan pemikiran yang ada sehabis boleh untuk menentang dasar kerajaan yang sedia ada untuk kepentingan peribadi, bukannya kepentingan generasi akan datang.
Pada masa dahulu tiada kemudahan media massa, infrastruktur cukup terhad, nisbah pelajar dan guru sangat tinggi jurangnya. Guru-guru tiada latihan yang begitu sistematik tetapi masih mampu melahirkan pelajar yang mampu berbahasa Inggeris. Kenapa sekarang tidak? Kalau dalam isu bahasa pun kita tidak mampu berubah, bagaimana kita mengimpikan satu bangsa dan satu negara maju?
Kita perlu berfikir untuk kebaikan semua, kebaikan masa depan anak-anak kita. Berfikir untuk menjayakan dasar kerajaan untuk anak-anak bangsa Malaysia.
Ibu-bapa harus memainkan peranan penting untuk berubah. Daripada asyik bergebang di kedai kopi dan berdemonstrasi di tepi jalan, baliklah mengajar anak-anak Bahasa Inggeris di samping meningkatkan Bahasa Inggeris sendiri.
Demonstrasi tidak sesuai dengan isu PPSMI ini. Kerana perkara yang ditakuti adalah kita beranggapan 'kita hero' dalam memperjuangkan nasib anak-anak kita tetapi sebenarnya kitalah penghancur masa depan anak-anak kita, seperti dalam filem Anakku Sazali.
Guru-guru anggaplah perubahan ini satu pengorbanan besar untuk perubahan diri sendiri dan 'survival' anak-anak kita. Kerajaan perlu melihat dengan telus apakah masalah utama PPSMI ini.
Jika kurang latihan, pertingkatkan latihan. Kalau kurang guru, tambah jumlah guru. Kalau kurang kemudahan, perbanyakkan kemudahan. Tetapi kalau sikap dan disiplin yang tidak dapat diubah, ambil tindakan sewajarnya demi masa depan anak-anak kita.

AL-JAHIZ (UM 5/2/09) 16.00 (K)
Kota Bharu, Kelantan

Banyak Cara Lain Daulatkan Bahasa Melayu

SAYA berasa pelik dan hairan dengan tingkah laku pejuang Bahasa Melayu yang sehingga sanggup untuk mengadakan demostrasi bagi mengugut Kementerian Pelajaran agar memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Saya sering tertanya-tertanya adakah perbuatan mereka ini kerana memperjuangkan kepentingan mereka atau pun kepentingan pelajar?Adakah kerana mereka merasa terancam kerana tidak mampu mengajar dengan baik kepada para pelajar menggunakan Bahasa Inggeris sehingga menjejaskan prestasi mereka? Atau adakah kerana mereka malas untuk mengambil inisiatif bagi menambah penguasaan mereka di dalam Bahasa Inggeris?
Saya amat bersetuju dengan pandangan Mohd. Khairi dari Kulim dan juga Guru Pendalaman dari Sarawak. Saya sendiri melihat terdapat peningkatan dalam pencapaian para pelajar di dalam UPSR dari setahun ke setahun. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk belajar dalam Bahasa Inggeris. Jika pun ada, ini menunjukkan para pelajar kita telah dapat menyesuaikan diri mereka dengan penggunaan Bahasa Inggeris.

Jangan jadikan para pelajar kita sebagai mangsa akibat ketaksuban kita dalam memperjuangkan Bahasa Melayu. Saya berpendapat adalah lebih baik ketaksuban ini disalurkan ke arah usaha- usaha yang lebih berkesan seperti:-

- Meminta pihak swasta menggunakan Bahasa Melayu didalam urusan peniaagan mereka.
- Menggandakan lagi usaha untuk menterjemah buku-buku ilmuan ke dalam Bahasa Melayu.
-Berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengenalpasti atau mewujudkan istilah-istilah yang digunakan di dalam bidang Ssains, Matematik dan Teknologi di dalam Bahasa Melayu, bukannya mencedok terus daripada bahasa asing dan dimelayukan.
Ke manakah perkataan-perkataan baru yang diwujudkan oleh DBP seperti PAWAGAM, KUGIRAN, ANGKASAWAN, PERAGAWAN? Kini perkatan cineplex, band dan model sebagai contoh, yang digunakan secara meluas.
Perkataan daripada Bahasa Inggeris pula dimelayukan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, automobile menjadi otomobil. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana menggunakan angkasawan dan bukannya astronaut/astronut.
- Memantau pengunaan Bahasa Melayu oleh stesen - stesen penyiaraan dan akhbar harian.
Saya rasa banyak lagi perkara - perkara seperti di atas boleh difikirkan oleh golongan pejuang Bahasa Melayu untuk memertabakan Bahasa tercinta ini.
Tetapi jangan korbankan masa depan para pelajar kita.Sebarang polisi memerlukan masa untuk berjaya. Enam tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk melihat keberkesanan sesuatu polisi. Bahasa Melayu tidak akan lenyap disebabkan oleh PPSMI. Saya lihat para pelajar yang belajar di SJK (Cina), SKA, SMKA ataupun di Maahad Taafiz masih lagi boleh bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu.
Tetapi jika para pejuang Bahasa Melayu gagal mengambil tindakan di atas perkara - perkara seperti yang saya nyatakan di atas, maka walau semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Melayu pun, bahasa tercinta ini pasti akan terhakis di bumi sendiri.

AJK PIBG (UM 5/2/09) 16.00 (K)
Kelantan

Kembalikan Ketenangan Politik Perak - Itu Yang UMNO BTP Inginkan



5hb Feb 2009, AKHIRNYA setelah 11 bulan memerintah, kerajaan negeri Perak yang ditubuhkan dengan pakatan antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, tumbang semalam.Pakatan pembangkang yang sebelum ini mendakwa kerajaan negeri masih stabil walaupun dua Ahli Dewan Undangan Negerinya meletakkan jawatan, akhirnya terpaksa akur dengan perkembangan terkini.
Langkah Jamaluddin Mohd. Radzi (PKR-Behrang), Mohd. Osman Mohd. Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing dan menjadi ahli Bebas diikuti oleh Datuk Nasharuddin Hashim (Bota) kembali kepada BN sudah cukup memastikan riwayat kerajaan negeri Perak berakhir.Sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) yang kini mempunyai 28 kerusi termasuk mendapat sokongan tiga wakil rakyat Bebas berkenaan berhak menubuhkan kerajaan negeri biarpun mempunyai jumlah kerusi yang sama dengan pembangkang.
Ia sekali gus bermakna BN kembali berkuasa di Perak yang sememangnya sejak dulu lagi dianggap kubu kuat parti tersebut.Apa yang diharapkan perkembangan terbaru ini amat menamatkan segala kekalutan yang berlaku dalam arena politik Perak.Walaupun mungkin ramai yang mengharapkan pilihan raya diadakan semula, namun dalam situasi ekonomi sekarang, jalan terbaik tanpa merugikan mana-mana pihak terutamanya rakyat harus dipilih.Justeru langkah membenarkan BN kembali memerintah dilihat langkah terbaik kerana rakyat tidak seharusnya terus dibebani dengan perbalahan politik yang berlanjutan.
Pakatan pembangkang perlu menerima realiti politik ini dengan terbuka dan mengamalkan sikap berjiwa besar membenarkan BN memerintah dengan tenang.Rakyat Perak tidak harus lagi dibebani dengan kekecohan politik kerana negeri itu memerlukan kestabilan dalam usaha membolehkan segala perancangan bagi membela nasib rakyat dapat dilaksanakan.Bagi BN pula sudah pastilah, kejayaan menubuhkan kerajaan negeri tanpa diduga ini akan memberikan keinsafan yang cukup besar kepada mereka.
Parti itu tentunya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah baru itu dengan berkesan serta tidak akan melakukan tindakan yang boleh menggugat kedudukan politik mereka.Namun begitu bagi memastikan kestabilan berkekalan, tiga wakil rakyat yang terlibat perlu keluar daripada barisan Bebas dan menyertai BN.Ini bagi membolehkan tidak timbul keraguan selama mana kerajaan negeri yang diwujudkan oleh BN mampu bertahan.BN memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh bagi membolehkan segala agenda mentadbir negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa perlu memikirkan mengenai kerapuhan kedudukannya.
Hakikatnya, rakyat Perak tidak perlu merasa gusar dengan kewujudan semula kerajaan negeri di bawah BN kerana sebelum pilihan raya umum lalu, parti itu sememangnya terbukti sebuah kerajaan yang mampu membela nasib rakyat.Semoga segala yang berlaku di Perak juga memberi pengajaran kepada semua pihak bahawa pilihan raya bukanlah medan ujian sebaliknya penentuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil demi kesejahteraan rakyat.
Petikan dari Utusan Malaysia 5/2/09 (K)

Wednesday, February 4, 2009

Program "OTAI" - Biro Penjaja dan Peniaga Kecil UMNO Bhg.Selayang

Anda semua dijemput hadir beramai-ramai bagi peluang pekerjaan dan perniagaan di dalam program "OTAI" yang akan didadakan seperti berikut:-

Tarikh : 8hb.Feb 2009 (AHAD)

masa : 9.30 PAGI

Tempat : 1001 Dewan Kg.Setia

Anjuran : DUN Kuang Bersama Biro Penjaja dan Peniaga Kecil UMNO Bhg.Selayang

Bagi golongan Belia yang tinggal di Bandar Tasik Puteri, anda dialu-alukan, Jangan lepaskan peluang ini, marilah bersama-sama menjayakan program ini. Jika tidak mencuba anda tidak akan tahu rasa kejayaannya.

" Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan "

Saf 15.06 (R)

Tuesday, February 3, 2009

Hari Keluarga UMNO Caw.Bandar Tasik Puteri

3hb.Feb 2009 Selasa, UMNO Cawangan Bandar Tasik Puteri telah merancang untuk mengadakan program Hari Keluarga yang akan dirasmikan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku Wakil Rakyat DUN Kuang dan merangkap Ketua UMNO Bahagian Selayang.

Program yang dianjurkan ini diharap dapat melahirkan sikap kekeluargaan sesama ahli UMNO di Bandar Tasik Puteri.Kami Jawatankuasa sudah pastinya mendoakan agar program yang baik ini mendapat sambutan serta keberkatan Allah swt.


.....Insyaallah..



Saf 14.32 (S)

Sunday, February 1, 2009

Penubuhan Cawangan UMNO Baru di Bandar Tasik Puteri


Alhamdullilah, walaupun di dalam keadaan politik yang tidak stabil ataupun pandangan masyarakat sinis terhadap UMNO. UMNO di Bandar Tasik Puteri yakin, semangat yang kuat mampu melahirkan banyak lagi Cawangan baru. Asas kekuatan ini, Sdra.Rustan (Gambar) telah berusaha sehingga beliau mampu menubuhkan cawangan baru di Camelia Court bagi membuktikan bawa masyarakat masih yakin dan percaya kepada UMNO yang merupakan parti keramat.Kini beliau merupkan Ketua Cawangan Penaja.

Dalam perjumpan yang telah diadakan pada 1hb.Feb 2009 bersama Ketua UMNO Bahagian Selayang Sdra.YB Shukur Bin Hj.Idrus, bertempat di Bandar Tasik Puteri, Secara rasionalnya penubuhan cawangan ini mendapat persetujuan dari YB Ketua Bahagian. Mengulas lanjut pertemuan yang diadakan ini, KC Penaja berkata, beliau mengharapkan penubuhan ini memberi satu titik anjakan kepada masyarakat Camelia serta UMNO ini dapat membantu apa yang boleh. Kita tidak mahu masyarakat beranggapan dengan kewujudan UMNO ini hanya semata-mata menyenangkan mereka yang terlibat atas kepentingan peribadi.Marilah sama-sama kita berdoa agar usaha murni ini di berkati allah swt. Percayalah allah swt akan membantu kita jika niat kita betul.

Semoga banyak lagi cawangan UMNO akan ditubuhkan di Bandar Tasik Puteri demi kepentingan masyarakat setempat. Dilihat senario politik di Tasik Puteri, UMNO masih relevan dan pihak pembangkang tiada apa isu yang hendak mereka bawa. Apa yang telah terlaksana di Tasik Puteri dari segi pasarananya adalah jasa dan pengorbanan orang UMNO yang berkerja keras untuk mendapatkannya. ( Masjid, Sekolah, Gelanggang Futsal, dan sbgnya..)


Marilah sama-sama kita menyokong perjuangan UMNO.....


Saf 14.34(A)


Ahad 31hb.Jan 2009, Satu mesyuarat Caw.Umno Bandar Tasik Puteri telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara serta mencari satu penyelesaian.Di dalam pertemuan itu, UMNO Caw.Bandar Tasik Puteri telah merangka satu program yang akan diadakan pada 8hb.Mac 2009.Program ini melibatkan kesemua ahli cawangan.

Ketua Cawangan (KC) berkata, dengan terangkanya program ini, diharapkan semua ahli cawangan memberikan komitmen yang baik.Sudah tiba masanya, kita harus melahirkan sikap cintakan parti serta komitmen yang kuat di dalam menyertai aktiviti yang dilakukan oleh cawangan demi kebaikan kepada semua ahli.

Beberapa program telah disusun bagi menyusuli program pertama ini.Apa yang penting semua ahli UMNO perlu bersatu dan buangkan sikap ego, semaikan sikap cintakan parti, jika kita ingin melihat parti kita relevan kepada masyarakat.


Saf 7.44 (A)