Sunday, March 22, 2009

Sambutan "Setahun Mandat Dijunjung" - YB DUN KUANG


Kg.Setia (Tasik Biru), Sambutan "setahun mandat dijunjung" sempena pentadbiran YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus di DUN Kuang N13 mendapat sambutan yang luar biasa apabila hampir 2500 orang tanpa mengira bangsa hadir menjayakannya.
Berbagai acara diadakan antaranya sukaneka Tadika, Futsal, Bola Jaring, Sukan Rakyat, Sukaneka antara DUN dan sebagainya.Dalam aktiviti ini juga sumbangan kebajikan kepada OKU,Warga Emas serta pesakit Kronik juga tidak dilupakan.Tarian antara kaum juga turut diadakan.
Bagi kami di cawangan BTP dan cawangan lain di Bandar Tasik Puteri, di bawah kepimpinan Pemuda (Sdra.Mohd Khairuddin Hanapah) juga turut serta dalam acara sukan tarik tali dan Futsal.Team tarik tali Bandar Tasik Puteri mendapat tempat ketiga. Taniah kepada mereka..
Pada majlis ini juga YB telah melancarkan "Wacana DUN KUANG" (arah tuju DUN Kuang) yang menjadi "platform" dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat. Kelahiran Wacana ini akan menjelaskan segala aktiviti Barisan Nasional sebagai pembela rakyat dan menyangkal dayah pembohongan pembangkang.
Kita mengharapkan agar aktiviti seperti ini, menjadi pemangkin mengeratkan rakyat kepada UMNO-BN..

Gambar-gambar sekitar majlis

saf 7:47am (A)