Monday, March 9, 2009

Hari Keluarga UMNO BTP Meriah


Bandar Tasik Puteri, Hari Keluarga yang disambut oleh UMNO BTP amat meriah sekali, seramai 120 orang termasuk kanak-kanak serta remaja turut hadir.
walaupun YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakan, kami Jawatankuasa berbangga di atas kehadiran wakil YB Sdra.Mohd Zainodin Bin Daros@Darusman.
Dalam ucapan, beliau meminta agar ahli UMNO perlu bersatu serta jangan sesekali kita terpengaruh dengan tipu helah pembangkang dalam isu-isu yang dimainkan sekarang.Kita tidak mahu ahli-ahli UMNO berpecah, dengan mengadakan program seperti ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara ahli-ahli UMNO.Terima kasih kepada UMNO BTP di atas kesedaran serta prihatin dalam membentuk kekuatan antara ahli.
Beliau juga berharap agar program ini dijadikan aktiviti tahunan. Melihat kehadiran yang amat menggalakkan, pastinya UMNO di BTP akan terus kuat serta pastikan pilihanraya ke-13 BTP hak kita.
Pihak UMNO Cawangan BTP mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan program ini serta pemberian hamper-hamper dan penyediaan makanan,lebih-lebih lagi pihakYB Abdul Shukur.
Kami Jawatankuasa akan memastikan supaya ahli UMNO di BTP boleh memberi sumbangan bagi menyakinkan masyarakat matlamat perjuangan UMNO yang sebenarnya serta menerangkan pembohongan pembangkang dalam isu-isu semasa.
"Lihat gambar-gambar semasa hari keluarga, klik link di bawah,"
Saf 11.22pm (I)