Thursday, March 26, 2009

KJ menang Ketua Pemuda Malaysia



PWTC, KJ (304 undi ) menang calon ketua pemuda apabila menewas dua pencabar terdekat iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ( 254 undi ) dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir (232 undi ).
Keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menampakkan kejutan apabila calon yang mendapat tempat ketiga di dalam pencalonan jawatan Ketua Pemuda dan akhirnya menang sebagai Ketua Pemuda. Keputusan yang dibuat adalah kemahuan perwakilan pergerakan pemuda dan semua pihak harus terima dengan rasa persaudaraan.
Sudah tiba masanya Pergerakan Pemuda menyusun kembali saf kepimpinan dalam merangka strategi memastikan UMNO kembali relevan.
Sahabat-sahabat kita di Cawangan UMNO BTP juga menyaksikan detik-detik sejarah ini yang melihat perubahan semua sayap kepimpinan UMNO dari peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri di PWTC.
Dengan perubahan ini kita harapkan agar UMNO terus di hati rakyat....
Saf 8:16am (K)