Jangan jadikan para pelajar kita sebagai mangsa akibat ketaksuban kita dalam memperjuangkan Bahasa Melayu. Saya berpendapat adalah lebih baik ketaksuban ini disalurkan ke arah usaha- usaha yang lebih berkesan seperti:-
- Meminta pihak swasta menggunakan Bahasa Melayu didalam urusan peniaagan mereka.
- Menggandakan lagi usaha untuk menterjemah buku-buku ilmuan ke dalam Bahasa Melayu.
-Berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengenalpasti atau mewujudkan istilah-istilah yang digunakan di dalam bidang Ssains, Matematik dan Teknologi di dalam Bahasa Melayu, bukannya mencedok terus daripada bahasa asing dan dimelayukan.
Ke manakah perkataan-perkataan baru yang diwujudkan oleh DBP seperti PAWAGAM, KUGIRAN, ANGKASAWAN, PERAGAWAN? Kini perkatan cineplex, band dan model sebagai contoh, yang digunakan secara meluas.
Perkataan daripada Bahasa Inggeris pula dimelayukan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, automobile menjadi otomobil. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana menggunakan angkasawan dan bukannya astronaut/astronut.
- Memantau pengunaan Bahasa Melayu oleh stesen - stesen penyiaraan dan akhbar harian.
Saya rasa banyak lagi perkara - perkara seperti di atas boleh difikirkan oleh golongan pejuang Bahasa Melayu untuk memertabakan Bahasa tercinta ini.
Tetapi jangan korbankan masa depan para pelajar kita.Sebarang polisi memerlukan masa untuk berjaya. Enam tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk melihat keberkesanan sesuatu polisi. Bahasa Melayu tidak akan lenyap disebabkan oleh PPSMI. Saya lihat para pelajar yang belajar di SJK (Cina), SKA, SMKA ataupun di Maahad Taafiz masih lagi boleh bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu.
Tetapi jika para pejuang Bahasa Melayu gagal mengambil tindakan di atas perkara - perkara seperti yang saya nyatakan di atas, maka walau semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Melayu pun, bahasa tercinta ini pasti akan terhakis di bumi sendiri.
AJK PIBG (UM 5/2/09) 16.00 (K)
Kelantan